Memaparkan catatan dengan label Pendedahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendedahan. Papar semua catatan

Kes Cikgu Fauzia Khanom Yang Pernah Gempar Satu Masa Dahulu

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTZODVRIKHOo-IIdfr9go0b6vDgMgFzzGrfMiNcqRk_yEOW3muz

Menjadi mangsa kepada kerakusan penjawat awam yang korup dan sistem perkhidmatan awam yang tidak telus dan penuh konspirasi .

Mahkamah juga tidak menyebelahi beliau selepas beliau dibuang kerja pada tahun 2012 yang lalu .

Ikuti kisah mangsa dalam E-Book yang saya buat untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman semua .

Saya ambil dari sumber asal iaitu dari blog uncle seeker :
Sumber Kes Ini

Tetapi saya dapati sukar sedikit untuk mengikuti dan memahami bila membaca dari blog itu .

Jadi saya telah permudahkan dan memecahkannya kepada 3 bahagian untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman teman-teman semua .

Bila faktanya jelas dan dapat difahami semua , pastinya anda akan terkejut bagaimana guru yang malang ini dizalimi oleh pelbagai agensi/jabatan/kementerian dalam perkhidmatan awam di Malaysia ini .

Akhirnya keadilan entah kemana dan SYAITAN-SYAITAN  DALAM KES INI YANG KETAWA!

Ikuti kisah penuh tragis ini . Download link dibawah dan baca denga teliti .

Pihak Yang Terlibat dalam Kes

Kronolgi Kes

Siapa Sebenarnya Cikgu Fauzia Ini ?

Selanjutnya ...

Bukan Dulu Najib Ada Janji Macam Ni Ke?


Terkejut saya bila mendengar minyak iaitu Ron 95 dinaikkan semalam sebanyak 20 sen .

Sebab seingat saya pada tahun 2012 dahulu , Najib dalam satu ceramah umum pada Ferbruari 2012 , BERJANJI , walau apa pun terjadi , harga minyak RON 95 tidak akan dinaikkan .

Ia ialah kerana konon-kononnya UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT .

Tiba-tiba semalam dah mungkir janji aka jadi penipu .

Lihat gambar dibawah .


Maka jangan hairanlah bila gambar-gambar troll dibawah diterbitkan , memerli JANJI PALSU Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia .


Apa komen anda semua pula ?


Selanjutnya ...

Tahukah Anda Semua Pemimpin Paling Berkuasa Didunia Sekarang Ini Ialah Seorang Islam ?


Bayangkan begini sebuah negara yang sangat dibenci oleh orang Islam kerana bersekongkol dengan Israel  , sebenarnya diketuai oleh seorang Islam.

Jadi benarlah , Islam yang memimpin dunia sekarang ini .

Pemimpin ini menyokong Islam secara terang-terangan dan mengamalkan Islam dalam kehidupannya

Tentu ada terkejut dengan pendedahan ini

Patutlah di kebanyakan forum antarabangsa , kebanyakan orang barat menggelarnya sebagai 'Anti Christ' atau dajjal dalam panggilan orang Islam .

Beliau begitu lantang menyebarkan Islam dalam ucapannya , cuma tidak banyak dipaparkan di rantau sebelah sini .

Pada yang membenci negara ini , fikirkan sekali lagi .

Atau adakah ia hanya muslihat barat ?

Atau pemimpin ini sangat hebat sehingga penduduk negara yang bersekongkol dengan Israel itu terpaksa tunduk pada beliau ?

Hanya masa akan menentukannya .

Dah tahu jawapannya siapakah pemimpin itu ?

Tepat sekali jawapannya , BARRACK OBAMA!

Presiden USA atau Amerika Syarikat pada masa entri ini ditulis .

Orang yang memerintah WHITE HOUSE sekarang ini .

Bukti yang saya berikan bukan dalam bentuk tulisan atau audio .

Tapi saya akan berikan anda semua dalam bentuk VIDEO , yang tidak boleh disangkal lagi .

Saksikan sendiri dan rasai misteri ini yang akan bakal terungkai , mungkin tidak lama lagi , mungkin .




Selanjutnya ...

UPDATED !!!! Gambar Gaza Diserang Habis-habisan Oleh Israel


Gambar dibawah ini dirakamkan sepuluh minit sebelum entri ini diterbitkan .

Memang menakutkan walaupun ia hanya sekadar gambar sahaja .

Bayangkan mereka yang berada disana semasa kejadian ini berlaku ?

Anda boleh bayangkan kemusnahannya bila melihat pada gambar dibawah ini .

Setakat ini 1200 orang rakyat Palestin telah terkorban dan 200 daripada yang terkorban itu ialah kanak-kanak .

Israel makin rakus dan Sayap Kanan parti di Israel melaungkan slogan :

"Serangan akan diteruskan dan dilipatgandakan sehingga TIADA LAGI KANAK-KANAK HIDUP DI PALESTIN"

Bilakah YANG BAIK AKAN MENANG DI DALAM DUNIA INI ?



Selanjutnya ...

Sifat Terpuji Seorang Anak Raja di Malaysia dan Wajib Dicontohi


Tak ramai manusia yang sebegini .

Kerana itu didunia ini penuh dengan kemisikinan dan kesengsaraan .

Sikap terpuji beliau membuat sesuatu yang tak ramai orang akan buat memang wajar dapat 2 THUMBS UP dari saya .

Kerja mulia yang dilakukan beliau bukan kerja hakiki beliau pun, tapi beliau melakukannya demi satu nilai yang dinamakan KEBAIKAN .

Orang yang dimaksudkan itu ialah Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin .


Kerja ikhlas yang beliau lakukan ini juga tidak diberi promosi oleh media kerana beliau melakukannya secara senyap .

Berita nya pun saya perolehi dari FB Dr Asri atau MAZA .

Seperti biasa , lumrah manusia BILA MEMBUAT KEBAIKAN , memang ramai manusia tak peduli , tetapi jika membuat kesalahan , RAMAI JE DATANG MENGUTUK DAN MENGEJI .

Seolah-olah macam buat baik ni SEMUA ORANG BUAT SEPANJANG MASA dan ia bukan perkara yang mengkagumkan terutama yang membuatnya ialah 'seorang anak raja' .

Persepsi dan mentaliti ini harus diubah segera kerana ia tidak menggalakkan orang ramai untuk membuat kebaikan .

Seperti yang diketahui biasanya orang kaya tidak akan memperdulikan nasib orang miskin , KERANA ITU JUMLAH ORANG MISKIN SEMAKIN BERTAMBAH-TAMBAH .

Berbeza pula dengan sifat dan akhlak  Tuanku Syed Faizuddin Putra ini , kerana itu saya tanpa segan memujinya , untuk melahirkan penghargaan atas kerja yang beliau telah lakukan walaupun status beliau amat tinggi dalam masyarakat sebenarnya .


Walaupun yang melakukannya tidak mengharapkan balasan , sikap ambil tahu dan prihatin umum akan MENGGALAKKAN LEBIH RAMAI ORANG UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN .

Dan kebaikan itu pula WAJIB BERTERUSAN , dan bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja .

Dibawah ialah sedutan tulisan MAZA mengenai apa yang beliau dan Tuanku Syed Faizuddin Putra lakukan selama ini .

"Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat. 

Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Muda Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali. 

Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.

Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.

Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu
."

Di bawah ialah gambar mereka , semoga mereka yang terlibat dibawah ini boleh konsisten membuat kebaikan ini dan diharap lebih ramai orang akan mencontohi dan melakukan perkara yang sama iaitu membuat kebaikan .

Dunia ini memang perlukan LEBIH RAMAI ORANG BAIK YANG MEMBUAT KEBAIKAN SECARA BERTERUSAN .




Selanjutnya ...

Penutup Pendedahan Korupsi , Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara Malaysia


Ini ialah entri terakhir atau kesimpulan berkaitan pendedahan tentang korupsi , salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku secara berleluasa dalam organisasi Polis Diraja Malaysia atau PDRM .

Saya faham pendedahan ini tidak boleh mengubah apa-apa kerana SAYA TIDAK ADA KUASA .

Bukan mereka yang didakwa baik dan tidak bersalah , harap pembaca jelas mengenainya .

Kes ini sangat berat kerana ia melibatkan isu profesion yang mengawal KESELAMATAN dan MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG di Malaysia .

Bila IA KORUP , SIAPA LAGI YANG MAHU DIHARAPKAN UNTUK MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ?

Bayangkan jika anda membaca semua entri berkaitannya , DARI SETINGGI-TINGGI  JAWATAN IAITU PEGUAM NEGARA MALAYSIA , KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA , hingga ke organisasi PDRM sendiri dari akar umbinya ke jawatan tertinggi , korup!

Jika ada yang terlepas , boleh membaca link-link dibawah :
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 1
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 2
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 3

Polis fungsinya dalam masyarakat ialah MENJAGA & MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG .

Peguam Negara yang mengetuai bahagian pendakwaan undang-undang Kerajaan Malaysia pula MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG DITEGAKKAN DENGAN CARA PENDAKWAAN KE ATAS PESALAH YANG MELAKUKAN KESALAHAN ATAU JENAYAH .

Jadi Polis dan Peguam Negara bagaikan aur dan tebing dan teras kepada penguatkuasaan undang-undang Malaysia .

Bayangkan bila kedua-dua entiti ini KORUP , MEMBUAT PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA ?

Kerana itu keluarnya intro entri saya dibawah :
Siapa Lagi Yang Boleh Dipercayai , Undang-undang Malaysia Boleh Campak Dalam Tong Sampah ?

Saya memang sengaja membuatkan reversed sequence atau urutan terbalik supaya pembaca boleh berfikir secara waras dan memahami apa yang berlaku sebenarnya didalam dakwaan ini .

Mungkin ada yang menempelak , bila membaca intro entri diatas pada masa ia mula dibuka  , kerana tidak faham apa yang saya utarakan sebenarnya .

Jadi hari ini anda akan faham dan mungkin akur dengan apa yang saya sampaikan .

Teringat pula saya filem filem THE DEPARTED lakonan Jack Nicholson , Matt Damon dan Leornado DiCaprio bila membaca fakta dan kronologi tentang kes ini .

Yang belum lihat filem ini , IA WAJIB TONTON JIKA ANDA MAHU MEMAHAMI TENTANG APA ITU  POLIS KORUP YANG MENYALAH GUNAKAN KUASA DAN MEMBUAT PENYELEWENGAN DAN CARA MEREKA MELAKUKANNYA .

Saya sangkakan ia hanya berlaku di dalam filem sahaja dan POLIS KORUP HANYA ADA DI AMERIKA!

Realitinya apa yang belaku di Malaysia berkaitan polis dan undang-undang JAUH LEBIH MENAKUTKAN!

Siapa lagi yang boleh dipercayai di Malaysia berkaitan undang-undang ini ?

Walaupun BUKAN SEMUA POLIS dan bukan SEMUA YANG MENJADI PEGUAM PENDAKWAAN KORUP , TETAPI KESAN PERBUATAN KHIANAT YANG TELAH DILAKUKAN DALAM KES INI AKAN JADI SATU PARUT PANJANG YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN!

SEMUA mereka yang didakwa ini MASIH BEBAS KERANA MEREKA ADA KUASA , bukan kerana mereka tidak membuat salah kerana mereka semua UNTOUCHABLE!

Adakah perbicaraan terhadap Gani Patail ?
Adakah perbicaraan terhadap Musa Hassan ?
Adakah perbicaraan terhadap semua polis yang dinamakan dalam akaun bersumpah 6 rakan sejawat mereka ?

Kesalahan mereka yang didakwa oleh rakan sejawat mereka pula bukan kerana menipu 20 sen atau mencuri pensil 2B .

Bila membaca balik semua akuan bersumpah itu , saya boleh bayangkan 'POLIS SEBAGAI PENJENAYAH DALAM PAKAIAN SERAGAM'!

Lebih hebat 'penjenayah beruniform' ini ada LESEN BESAR DAN BOLEH PILIH SIAPA YANG JAHAT , SIAPA YANG PERLU DIDAKWA , SIAPA YANG BOLEH DILEPASKAN , ATAU MUDAH CAKAP , SUKA HATI MAK BAPAK MEREKA SAHAJA!

Tiada gunanya UNDANG-UNDANG lagi bila ini telah berlaku , sedang berlaku dan akan berlaku lagi .

UNDANG-UNDANG TERCIPTA UNTUK MENANGANI SALAH LAKU , jadi apa gunanya UNDANG-UNDANG bila 'pesalah dan penjenayah' sendiri YANG MENGAWALNYA ?

Yang sedang membaca entri ini , mungkin merasakan kupasan saya ini keras , saya rasa elok juga anda membaca terlebih dahulu , Kompilasi Akuan Bersumpah 6 Pegawai Polis , dan kemudian baru anda fikirkan semula entri saya ini wajar atau tidak .

Saya tinggalkan anda semua untuk memikirkan BETAPA KRONIKNYA UNDANG-UNDANG di Malaysia ini sebenarnya .

Selanjutnya ...

Kompilasi 6 Akuan Bersumpah Penyelewengan , Salah Guna Kuasa dan Korupsi Dalam Polis Diraja Malaysia


Saya rasa saya tidak perlu bercerita panjang mengenainya .

Anda baca sendiri , fahamkan , hadamkan dan fikirkan betapa nazaknya polis dan undang-undang di Malaysia ini .

Mungkin juga pada yang telah membaca entri Akuan Bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad sebelum ini secara sinis akan berkata , 'MESTI MIOR FAHIM NI PEGAWAI YANG BERMASALAH'

Itulah biasanya alasan dan tuduhan yang dikenakan , kepada pegawai dalam perkhidmatan awam yang berjawatan lebih rendah , bila membuat aduan salah laku ke atas pegawai yang lebih tinggi jawatannya dalam perkhidmatan awam .

Bagaimana dengan aduan bersumpah 5 pegawai lain , ada antara mereka berjawatan ASP , sarjan , sarjan mejar , adakah mereka ini juga bermasalah ?

Daripada 6 pegawai yang membuat akuan bersumpah ini , 3 dari mereka berbangsa Melayu , 2 berbangsa India dan seorang berbangsa Cina .

'KEENAM-ENAM PEGAWAI INI 'MENIPU' TANPA DIKETAHUI APA MOTIF MEREKA'!

Kemudian tidak dikenakan tindakan pula lepas itu walaupun antara dakwaan mereka ialah Ketua Polis Negara Malaysia sendiri terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Kalau dakwaan keenam-enam mereka 'palsu' , pastinya mereka telah didakwa kerana ini melibatkan kes yang sangat besar dan berat , kenapa tidak ada dakwaan pada mereka  ?

Saya akan biarkan soalan ini difikirkan jawapannya oleh anda sendiri .

Baca kompilasi akuan bersumpah 6 pegawai terbabit dibawah :






Selanjutnya ...

Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 3


Peguam Negara Gani Patail Turut Terlibat Dalam Konspirasi Ini dan Terpaksa Menyelamatkan Polis Yang Korup ?

Tentu ada yang bertanya , kalau polis yang korup , kenapa pulak nak kaitkan Gani Patail ?

Soalan yang bagus , kenapa Gani Patail pula dituduh sekali kan ?

Baca peranan dan apa yang Gani Patail buat dalam berita dibawah:
KPN dan Peguam Negara Bersubahat ?

Dibawah ialah surat yang 'membersihkan polis-polis korup terlibat' , kerana 'connection' mereka dikatakan dianiayai dan keterangan beliau telah 'dipalsukan' .

Jadi semua keterangan yang dikumpulkan jadi tidak valid lagi .

Perlu diingat , pendedahan dan pembongkaran ini dilakukan oleh ENAM ANGGOTA POLIS yang berpangkat ASP sampai ke pangkat Sarjan .



Apa yang berlaku sebenarnya ?????

Selanjutnya ...

Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 2


Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang membabitkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

Semalam, Malaysiakini menyiarkan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen itu mendedahkan maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Sesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata, usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

“Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan,” kata Sivarasa.

Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Ketua Peguam Negara Lindungi Kongsi Gelap?

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipaksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

Johari Baharum kemudian mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik ...

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

Selanjutnya ...

Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 1


'Tuduhan berkaitan kongsi gelap untuk burukkan saya'

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan mereka yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap sewaktu beliau masih berkhidmat cuba merosakkan nama baiknya.

Musa percaya ia dibuat kerana beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes Liwat 1 melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingin merosakkan reputasi saya. Ini juga ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila reputasi saya rosak Anwar boleh kata saya menganiaya dia," katanya.

Musa bagaimanapun tidak mengesahkan yang pegawai-pegawai kanan polis yang dimaksudkannya itu mempunyai kaitan secara langsung dengan Ketua Pembangkang itu.

Dua pegawai tertinggi polis, Datuk Ramli Yusuff dan Mat Zain Ibrahim sebelum ini dilaporkan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tribunal itu bertujuan menyiasat kebenaran dakwaan bahawa Musa bertanggungjawab membebaskan seorang ketua kongsi gelap Johor, dikenali sebagai Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

Dalam temubual dengan Malaysiakini, Musa mengaku mengetahui tuduhan terhadap Tengku Goh namun beliau tidak mengenalinya secara individu.

"Saya tak kenal Tengku Goh pun. Masa di Johor saya tahu dia terlibat dengan ekor haram.

"Masa itu saya dimaklumkan Tengku Goh ditangkap Commercial Crime (jenayah perdagangan) kerana terlibat dengan judi.

"Saya putuskan semasa mesyuarat Commercial Crime (jenayah perdagangan) hanya ambil tindakan terhadap along (sindiket wang haram), bukan judi. Judi (di bawah kendalian) D7. Kenapa dia (Ramli) pula yang pergi menyiasat?" katanya.

Ramli yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebelum ini mendakwa ditugaskan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharom untuk membanteras sindiket pinjaman wang haram di Johor.

Dalam siasatannya, Ramli mendakwa menemui perkaitan di antara Tengku Goh dan Musa.

Ramli mendakwa, bagi melindungi dirinya, Musa kemudian berpakat dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menganiaya pasukannya yang menyiasat Tengku Goh.

Jabatan Peguam Negara dilaporkan mendakwa enam orang pegawai penyiasat pasukan Ramli atas tuduhan memalsukan bukti, namun semua tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Sewaktu ditanya tentang tuduhan yang beliau menghapuskan rangkaian kongsi gelap lain di Johor bagi membolehkan ia ditadbir Tengku Goh sahaja, Musa menjawab tindakan itu, jika benar, adalah 'tindakan yang bodoh'.

"Kenapa saya hendak buang network (rangkaian) ini dan ambil orang baru jadi ketua dan buat network lain.

"Bukan senang nak ada network (rangkaian). Kalau saya nakkan duit, baik saya ikut network (rangkaian) lama. Jadi saya rasa tak logik," katanya.

Dalam wawancara sama, Musa turut mendedahkan yang tindakan terhadap Ramli (kiri) adalah kerana satu laporan yang dibuat Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa Ramli memiliki tanah seluas 200 ekar di Sabah.

"Saya dikatakan menganiayai seseorang. Padahal yang buat report (adalah) Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa dia (Ramli) ada tanah 200 ekar di Sabah. Sebab itu SPRM siasat. Ia kemudian membawa kepada siasatan akaun beliau," katanya.

Ramli sebelum ini dituduh tidak mengisytiharkan hartanya sebanyak RM27 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga dakwaan menggunakan pesawat Cessna milik polis untuk meninjau tanah miliknya di Sabah, sewaktu bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Ramli kemudian dibebaskan Mahkamah Sesyen sehingga ke Mahkamah Rayuan yang memutuskan beliau tidak perlu dipanggil membela diri.

Tidak kenal BK Tan

Dalam wawancara yang sama, Musa turut ditanya tentang dakwaan bahawa beliau meminta nasihat seorang lagi individu dalam kongsi gelap, dikenali sebagai BK Tan dalam memutuskan kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan polis.

Menjawab soalan itu, Musa berkata beliau mengenali ramai BK Tan dan kenaikan pangkat pegawai kanan polis turut disaring Perdana Menteri serta jawatankuasa tatatertib polis.

"Semua nama untuk kenaikan pangkat saya serahkan kepada Perdana Menteri. Bukan saya seorang naikkan pangkat orang," katanya.

Menjawab dakwaan bekas pembantunya (aide de camp), Noor Azizul Rahim yang membuat pengakuan bersumpah dan mengaku melihat sendiri perkara itu berlaku, Musa mengatakan yang beliau bebas meminta nasihat sesiapa sahaja dalam perkara itu.

"Saya naikkan pangkat orang yang perform dan tidak terlibat dengan rasuah," katanya.

Di sebalik semua dakwaan itu, Musa berkata beliau tidak pernah menyesal memimpin pasukan polis selama empat tahun kerana beliau tetap mendapat sokongan sebahagian daripada mereka yang berada dalam pasukan itu.

Namun, beliau simpati dengan mereka yang menyokongnya dahulu tetapi kini 'dipinggirkan' dalam pasukan polis.

"Tidak mengapa. Saya terima kerana saya tahu saya buat yang terbaik untuk pasukan.

"Memang ada yang bersama (saya) tetapi apabila (saya) pencen, nama mereka susah nak 'naik' dipertimbang untuk kenaikan pangkat)," katanya.

Selanjutnya ...

Siapa Lagi Yang Boleh Dipercayai , Undang-undang Malaysia Boleh Campak Dalam Tong Sampah ?



Sebelum membaca pendedahan berikut , jika anda mengikuti blog saya ini , anda pasti telah membaca 'salah laku' seorang hakim seperti yang dinyatakan oleh seorang pendakwa .

Mungkin kerana pendakwanya hanya orang biasa seperti anda dan saya , maka TIADA APA-APA dilakukan .

Jika anda terlepas membacanya , sila klik link dibawah :

Saya faham alasan yang akan keluar seperti :

- 'polis pun ada polis jahat , kami bukan malaikat , tak akan seribu polis jahat, katakanlah , seluruh anggota polis dicop jahat'
-'hakim bukan malaikat , tak terlepas dari membuat kesalahan , kadang-kadang terdorong oleh emosi juga'
- 'menteri pun ramai penyamun jugak, bukan ramai menteri baik , boleh dikira dengan jari , tapi saya memang menteri yang baik'

Saya boleh mengagak jawapan sebegini akan keluar , cuma persoalan yang timbul ialah , ADAKAH SIASATAN TELAH DILAKUKAN SECARA TELUS KEPADA KES-KES INI DAN APAKAH KEPUTUSANNYA ?

Itu yang orang awam seperti saya mahu tahu , bukan seperti kes di atas atau kes dibawah yang anda bakal baca yang tergantung kesudahannya , dan semacam Malaysia ini TIDAK ADA UNDANG-UNDANG!

Undang-undang tidak mengenal siapa anda , Perdana Menteri , menteri , hakim , polis , pengarah , bomba , waimah siapa pun anda , UNDANG-UNDANG SENTIASA BERADA DIATAS ANDA SEMUA!

Malangnya jika melihat 2 contoh kes ini , terbukti , undang-undang boleh dibuat sesuka hati , apakah ketahian yang berlaku ini ?

Bagaimana orang awam di Malaysia mahu percaya kepada undang-undang lagi ?

Belum lagi sentuh kes-kes besar seperti kes Pembunuhan Altantuya dan kes NFC Lembu Kondo Shahrizat Jalil and Family , yang nampak sangat penipu dan tak logiknya .

Jelas bila diperhalusi kes-kes ini , jelas BIAS , KORUP dan LUMPUH nya undang-undang di Malaysia .

Bila anda orang biasa dan menentang orang atasan yang jelas membuat kesalahan , anda yang tidak bersalah pulak dianiaya , puncanya ?

Salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku bagi golongan yang berkuasa menguasai Malaysia , dan mereka ini semua lebih TINGGI DARI UNDANG-UNDANG .

Suka juga saya highlightkan kes saya sendiri , boleh baca linknya dibawah :

Anda akan dapati laporan dan pendedahan saya langsung tidak diperdulikan , kerana yang membuat onar dan penyelewengannya ialah BOSS saya dan BOSS kepada BOSS saya dan SEKUTU MEREKA YANG BERSUBAHAT dan MELIBATKAN 3 KEMENTERIAN BERBEZA DAN JABATAN! 

Bila dikenang balik, IA REALITI YANG MENAKUTKAN , undang-undang Malaysia bersifat SELEKTIF , yang PENTING WHO YOU ARE , salah atau benar , KIRA NO 100!

Saya juga telah teraniaya gara-garanya sampai sekarang ini .

BOSS lagi tinggi dari undang-undang ye ?

UNDANG-UNDANG NEGARA MANA NI ?

Dah tentulah undang-undang Malaysia!

Perkara ini terbukti dan saya juga banyak bukti kukuh , malangnya tiada siasatan setelah lebih 3 tahun berlalu dan saya pula yang dikenakan tindakan , kasihan orang seperti saya dan yang senasib dengan saya di Malaysia ini .

Kes yang dipaparkan diatas senasib dengan saya , begitu juga kes yang dipaparkan dibawah , menunjukkan jelas UNDANG-UNDANG MALAYSIA SELEKTIF , HIPOKRIT , KORUP dan TIDAK ADIL!

Tentu anda pun bosan membaca saya membebel , 'kitorang dulik hape nasib korang" .

Fine , teruskan membaca kes yang membuktikan apa yang saya dakwa memang benar dan ianya satu realiti di Malaysia .


AKUAN BERKANUN


Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. 

Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. 
Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. 
Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. 
Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. 
DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. 
Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.
Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. 
Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. 
Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. 
Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. 
BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. 
Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. 
AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). 
DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. 
DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. 
Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. 
Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor
Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. 
Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. 
Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. 
Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. 
Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah.
Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. 
Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. 
Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. 
Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. 
DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. 
Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. 
Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. 
Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. 
Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru.

Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. 
Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. 
Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. 
Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. 
Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua
Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. 
Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. 
Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. 
Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). 
Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. 
Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. 
Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib
Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).



Nota : ASP Mior Fahim Bin Ahmad , yang membuat laporan diatas telah meninggal dunia akibat lemas 2 hari yang lalu , moga rohnya tenang disana walaupun semasa hidupnya , beliau dianiaya oleh pihak berkuasa yang menyalah gunakan kuasa , korup dan menyeleweng , amin .


Selanjutnya ...

Ibu Dyana Sofya Pengkhianat UMNO ?


Seseorang telah mengedarkan kepada saya apa yang Yammy Samat , iaitu ibu kepada Dyana Sofya , calon DAP PRK Teluk Intan dapat selama ini iaitu semasa menjadi ahli UMNO dengan jawatan Setiausaha Wanita Bahagian .

Tak tahu pula dakwaan itu fitnah atau betul , itu tak penting bagi saya , kerana saya memandangnya dari persepektif yang berbeza .

Perinciannya ialah seperti dibawah :


Mungkin yang mengedarkan dan menghebohkan perincian ini fikir mereka telah checkmate Dyana dan ibunya .


Bagi saya ia menelanjangkan UMNO yang sebenarya , memang jelaslah UMNO ini parti rasuah jika perincian yang diberikan diatas benar 100% , iaitu kesitimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada Yammy Samat iaitu ibu Dyana Sofya kerana memegang jawatan dalam UMNO .


Bayangkan Yammy Samat , yang hanya memegang jawatan Setiausaha Wanita Bahagian UMNO , mendapat limpahan rezeki dan kelebihan sebegini , bayangkan jawatan lain yang lebih tinggi daripada beliau .

Bayangkan berapa banyak kelebihan dan limpahan wang yang didapati dengan jawatan dibawah :

- Ketua Bahagian UMNO
- Putera UMNO
- Puteri UMNO
- Ketua Pemuda UMNO
- Ketua  Wanita UMNO
- Bendahari UMNO
- Setiausaha Agung UMNO
- Exco UMNO
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO
- Naib Presiden UMNO
- Timbalan Presiden UMNO
- Presiden UMNO

Anda boleh bayangkan tak keistimewaan dan kelebihan untuk jawatan-jawatan diatas ?

Saya bagi anda senarai jawatan besar sahaja , sedangkan beribu-ribu  lagi jawatan yang lebih kecil atau setanding dengan jawatan ibu Dyana Sofya .



Siapa checkmate siapa sekarang , jelas terang lagi bersuluh sekarang , memang rasuah menjadi permainan dan oksigen dalam UMNO .

Yang menyertai UMNO memang pentingkan tembolok dan kroni masing-masing sahaja , nasib orang Melayu miskin lain di luar sana BOLEH PERGI MAMPUS!


Betul lah dakwaan Nur Jazlan yang cuba melobi menjadi Ahli Majlis Tertinggi semasa PAU13 tempoh hari .

Anda semua boleh baca berita detailnya dibawah:
Nur Jazlan Kata Tak Rasuah


Tiada soalan lagi yang arif!!!


Selanjutnya ...

Pencalonan Dyana Sofya Satu Tamparan Hebat Bagi UMNO Sebenarnya


Pada umur 27 tahun , Dyana Soya telah menjadi calon pilihanraya .

Menang atau kalah ialah perkara kedua , pendedahan dan peluang itu yang sangat penting dan kritikal .

Bayangkan kalau Dyana Soya duduk dalam UMNO , apa jawatan beliau sekarang , adakah beliau mendapat peluang sebegini .

Jangan mimpi dan tunggu sampai kerepot lah nanti kalau nak jadi calon pilihanraya UMNO.

Parti mana yang beri peluang ni ?

Jawapannya ialah parti DAP , parti yang majoritnya dipenuhi oleh orang bukan Melayu .

Mana UMNO tak malu dan nampak begitu diperbodohkan .

Isu kecantikan Dyana Soya yang menjadi sinikal dalam kempen PRK masih tidak difahami UMNO .

Mesejnya ialah kenapa Dyana Soya cantik ?

Jawapannya ialah kerana Dyana Soya  masih muda tapi telah berpeluang menjadi calon pilihanraya yang didokongi oleh parti yang majoritinya bukan Melayu .

Bagi saya ini satu check-mate besar bagi pada sesiapa yang memahami senario politik Malaysia .

UMNO masih dengan totoknya , kalau tiada hubungan atau kabel , atau ada kroni dan boleh rasuah perwakilan , jangan mimpilah seseorang itu boleh jadi calon UMNO walaupun berumur 100 tahun!

Lihat kes Sharizat jalil , yang terkenal dengan kes 'lembu kondo'nya masih disimpan oleh UMNO .

Nampak jelas UMNO mempunyai hobi yang sangat jijik iaitu menyimpan sampah yang lama sepatutnya telah dibuang .

Nama saya boleh beri selain Shahrizat Jalil ialah Isa Samad .

Nama-nama diatas masih gah menjadi pemimpin dalam UMNO dan ia begitu meloyakan .

Tokoh paling muda yang menonjol dalam UMNO ialah Khairy Jamaludin .

Itu pun beliau naik semasa bapa mentuanya iaitu Abdullah Badawi menjadi perdana menteri Malaysia .

Khairy patut bertanya pada dirinya sekarang ini , adakah kalau Abdullah Badawi dulu tidak menjadi perdana menteri Malaysia , beliau akan berada dalam kedudukan hari ini ?

Jangan mimpilah , jelas UMNO parti yang mengamalkan kronisme dan rasuah yang telah sebati dengan budaya politik mereka .

Jelas Dyana Sofya menelanjangkan kebodohan dan kerakusan UMNO selama ini .

Dyana Sofya ialah satu ikon yang dipilih bukan bersandarkan beliau siapa  atau mempunyai wang berbillion ringgit yang boleh rasuah perwakilan .

Beliau hanya seorang gadis Melayu biasa yang diberi peluang oleh parti bukan Melayu .

Dyana Sofya menempelak Khairy Jamlaudin dan menyatakan bahwa Khairy Jamaludin juga 'nobody' satu masa dahulu sebelum bergelar 'somebody' pada hari ini .

Cuma nasib Khairy Jamaludin lebih baik kerana menjadi menantu kepada perdana menteri Malaysia ketika itu , Dyana Sofya tidak .

Bayangkan kalau Dyana Sofya menang PRK Teluk Intan ini ?

Impaknya begitu besar kepada politik Malaysia sebenarnya .

Pemimpin dilantik bukan kerana beliau banyak duit untuk rasuah orang memilihnya , tetapi kerana beliau layak untuk melakukan kerja itu , tidak kira umur beliau berapa .

Tapi perkara ini tak akan berlaku dalam UMNO . yang lebih suka menyimpan 'sampah' seperti Shahizat Jalil dari memberi peluang kepada pemimpin muda yang jujur dan amanah .

Seolah-olah kalau Shahrizat Jalil mati atau tiada lagi dalam UMNO , dunia ini akan kiamat!

Lihat begitu bodoh dan ceteknya pemikiran pemimpin UMNO , bagaimana pemimpin sebegini dipilih untuk memimpin Malaysia ?

Saya rasa mereka ini tak layak pun dipanggil pemimpin .

Pastinya saya bukan salah seorang dari yang memilih pemimpin-pemimpin korup ini .

Jadi gunakanlah PILIHAN yang kita ada sebaiknya , kalau tidak MENGAPA KITA PERLU ADA PILIHAN ?

Buat pilihan yang bijak , jangan suka simpan 'sampah' .
Selanjutnya ...

Dyana Sofya Difitnah Lagi


Jika sebelum ini gambar berbikini Dyana Sofya diedarkan , isunya itu telah reda dan bagi yang terlepas boleh mengikutinya dengan membaca link dibawah :

Gambar Dyana Sofya Berbikini ?
Kontroversi Bikini Dyana Sofya Berakhir

Kini muncul lagi satu fitnah yang tidak kurang dahsyatnya , seminggu sebelum PRK Teluk Intan .

Kononnya Dyana Sofya menolak hudud kerana beliau sendiri suka pada anjing dan membela anjing .

Lihat gambar dibawah ini .


Ia jelas fitnah dan anda boleh bandingkan gambar sebenarnya dengan gambar palsu diatas .


Saya beri anda gambar sebenar yang lebih clear supaya anda nampak bagaimana halusnya fitnah yang dibuat

Dibawah ini ialah gambar yang berkaitan gambar yang dipalsukan .



Jelas bukan , ia fitnah yang begitu ketara .

Orang yang suka buat fitnah ini jelas ORANG YANG TIDAK ADA AGAMA sebenarnya .
Selanjutnya ...

Kenapa Nak Menyusahkan Orang Lain ?


Manusia hidup didunia ini hanya sementara .

Jadi perbanyakkanlah berbuat kebaikan semasa didunia yang fana' ini .

Kalau kita tak mampu menolong orang , kita jangan pula menyusahkan orang lain .

Dah lah tak bantu apa-apa kan , kenapa pulak nak susahkan orang lain yang tak bersalah itu ?

Gambar dibawah dirakamkan berdekatan dengan Mahameru Flyover , Jalan Pudu IPK KL ke jalan Istana Lama .




Tidak salah perempuan didalam gambar itu untuk beribadat atau bersolat .

Situasi ketika itu hujan dan tempat perempuan itu solat disatu selekoh .

Sempat pula perempuan ini membaca Al Quran dalam situasi itu .

Soalannya kenapa mesti nak susahkan orang lain , seperti polis trafik dalam gambar itu yang terpaksa 
mengawal lalu lintas untuk beliau .

Kesusahan pasti turut dirasakan oleh pengguna yang melalui jalan itu .

Walaupun atas alasan agama , perbuatan ini sangat 'selfish' dan menganggu ketenteraman awam .

Matlamat tidak menghalalkan perbuatan walau atas alasan apa sekalipun .

Harap kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mementingkan diri ini .


UPDATED!!!!

Komen saya diatas tidak applicable pada situasi gambar diatas kerana perempuan yang solat itu mungkin mengalami sindrom kemurungan dan sekarang sedang dirawat di hospital .

Perinciannya bagi yang berminat nak mengetahui boleh klik link dibawah:
Wanita sembahyang di atas jalanraya
Wanita sembahyang di atas jalanraya V2

Tapi info saya diatas tetap valid bagi mereka yang normal dan waras , jangan pentingkan diri dan fikirkan kesenangan untuk orang lain juga .

Semuanya akan aman bila semua manusia tidak mementingkan diri sendiri .

Selanjutnya ...

Anak Raja Sebuah Negara Yang Bertegas Mahu Buat Undang-undang Hudud


Tidakkah ia menggelikan hati ?

Belum laksana hudud , dah beritahu awal-awal raja dan sultan , tak termasuk dalam undang-undang hudud tu , undang-undang apa macam tu ?

Undang-undang sewajibnya , adil kepada semua orang atau hidupan , itu baru undang-undang , contoh 'langgar lampu merah'.

Atas apa alasan atau siapa pun , undang-undang pasti lebih tinggi .

Lawak di Malaysia bila ambulans dan polis boleh langgar lampu merah , undang-undang mana dia pakai pun saya tak tahu .

Undang-undang tiada pengecualian , itulah hebatnya undang-undang .

Ia tidak mengenal anda sesiapa atau apa jua alasan anda .

Berbalik kepada entri ini , kalau raja yang mahu laksanakan hukum hudud ini mengamalkan ajaran Islam sebenar , saya yakin, anak beliau tidak berkelakuan dan jadi begini .

Tetapi kerana undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan , hanya tertakluk pada rakyat biasa dan bukan dari kalangan beliau , maka beliau beria-mahu dilaksanakan .

Ia kelak menjadi bahan ketawa bagi penganut agama lain .

Walaupun saya bukan rakyat negara berkenaan , tetapi bagi saya agama Islam menjadi tunggangan sahaja dalam kes ini .

Islam diperbodohkan kerana banyak munafik yang mengambil kesempatan .

Tengok sendiri semua gambar dibawah ini , apa hukuman yang raja ini sepatutnya kenakan pada anaknya sendiri , mengikut hukuman hudud , bila anak beliau sendiri berakhlak sebegini ?

Yang membaca boleh menilai sendiri justifikasi apa yang berlaku sebenarnya .












Selanjutnya ...