Betul Ke Rasuah Dah Jadi "Agama Baru" Di Malaysia Sekarang Ini ?

http://www.ourdifferentview.com/wp-content/uploads/2013/01/picture8.jpg

Kalau ditanya , pastinya ramai akan menjawab tidak , samalah seperti anda bertanya kepada perompak atau pembunuh , pastinya mereka akan menafikan jenayah yang telah mereka lakukan .

Agama merujuk kepada sesuatu kepercayaan .

Bila manusia percaya kepada sesuatu itu dan selalu melakukannya , maka itulah agamanya .

Seperti orang Melayu Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam , akan selalu membuat kebaikan , tidak makan yang haram macam rasuah , sembahyang lima waktu dan mengerjakan semua rukun islam yang lain .

Bagaimana pula yang hidupnya 24 jam rasuah , kumpul duit dan harta kekayaan dengan rasuah , kenapa dia gemar melakukan rasuah itu kalau dia tidak percaya rasuah akan membuatnya kaya ?

Berbeza dengan agama islam , dimana penganut agama Islam percaya rasuah itu ialah haram dan pelakunya ialah pengikut syaitan .

Jadi jika anda orang islam , pastinya anda tidak melakukan rasuah melainkan anda menganut agama baru .

Jadi agama baru ini namanya rasuah dan tuhannya ialah duit atau wang .

Penganutnya akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi tuntutan tuhannya .

Penyelewengan , pecah amanah , salah guna kuasa , menipu dan malas ialah sebahagian dari rasuah sebenarnya .

Rasuah bukan semestinya dalam bentuk duit , bila anda tipu dari segi kepercayaan atau amanah , itu juga rasuah .

Kita dimomok-momokkan untuk takut kepada ajaran syiah kerana syiah dikatakan islam yang menyeleweng .

Tetapi syiah tidak merompak hasil negara Malaysia seperti yang agama rasuah lakukan .

Bagi saya agama rasuah ini jauh lebih bahaya kepada rakyat Malaysia kerana ia merompak dan menipu wang rakyat Malaysia berbillion-billion ringgit setiap tahun .

Bayangkan di Malaysia ini penganut agama rasuah bebas melakukan rasuah terutama jika mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan awam walaupun bukan semua penjawat awam melakukan rasuah ini .

Tetapi teras sistemnya digerakkan dengan rasuah dan tidak ada sesiapa akan mengambil tindakan .

Bayangkan saban tahun dilaporkan penyelewengan , pecah amanah , salah-guna kuasa dan rasuah merompak dan melarikan wang rakyat Malaysia berbillion-billion ringgit setiap tahun , kenapa ia masih berlaku sesuka hati , sehingga saat entri ini ditulis ?

Jawapannya ialah kerana rasuah telah menjadi agama baru di Malaysia dan penganutnya WAJIB melakukannya .

Kalau tak rasuah berdosa , kalau tak pecah amanah nanti berdosa , kalau tak salah-guna kuasa nanti masuk api neraka!

Pemimpin-pemimpin dalam kerajaan yang memerintah juga majoriti menganuti agama yang sama , jadi bagi orang islam yang memandang rasuah ini ialah perkara jijik dan berdosa besar bagi yang melakukan nya , disisi mereka ialah SATU TUNTUTAN BESAR DAN DAPAT PAHALA MELAKUKAN RASUAH INI .

Tak cukup dengan itu dapat duit dan harta pulak , jadi walau siapa pun mengatakannya salah dan wajib ditangkap , agama baru ini tetap subur berkembang dan semakin banyak pengikutnya dari tahun ke setahun dan akan terus berkembang kerana ia didokong oleh kerajaan Malaysia sebenarnya

Jadi anda semua perlu berhati-hati dengan agama baru ini dan pastikan ia tidak berkembang supaya Malaysia ini tidak jatuh bangkrap akhirnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan