Memaparkan catatan dengan label Cetusan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cetusan Rasa. Papar semua catatan

Nasihat Kepada Pemimpin Malaysia Yang Ada Kuasa Sekarang Ini


Ingatlah kuasa yang ada didunia ini hanyalah fana dan sementara  , kuasa yang sementara itu tidak akan dibawa masuk ke dalam kubur anda nanti .

Jangan ke hulu ke hilir dengan kuasa sahaja , sampai LUPA APA MAKSUD TANGGUNGJAWAB dan AMANAH , pakej yang disertakan dengan kuasa yang diberi sementara itu .

Saya cuma orang biasa yang tidak ada apa-apa , terpanggil untuk memberi nasihat ini , jika mahu didengari .

Jika tak nak dengar sebab SIAPALAH SAYA kan , tak payah dengar , saya tidak akan rugi 1 sen pun didunia atau diakhirat nanti .

Tapi bagi pemimpin yang masih beragama Islam dan percaya pada HARI PEMBALASAN , elok juga mengambil serius nasihat yang saya berikan ini .

Kelak nanti , jagan beri alasan TIADA ORANG BERITAHU ANDA TENTANG TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang anda pikul itu .

Memang tak nampak amanah dan tanggjungjawab itu , itu yang selalu salahgunakan kuasa , pecah amanah dan rasuah itu .

Tapi masih belum terlambat jika anda mengakuinya , bertaubatlah sementara nyawa tidak sampai di halkum dan ingat pesan ini baik-baik nanti  .

Anda semua tiada alasan diakhirat nanti untuk mengatakan tidak tahu atau tidak pernah diberi peringatan .

Baca hadis dibawah , fahamkan , telan dan hadamkan .

Berubahlah ke arah kebaikan , buatlah perkara yang betul mulai hari ini , mulai saat ini .

Kerana KUASA YANG ADA PADA AWAK ITU SEMENTARA sahaja sifatnya dan anda semua akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya!


Selanjutnya ...

Cadangan Hukuman Hudud Disegerakan , Jangan Banyak Dalih Lagi...


Seperti yang diketahui , kisah Hudud telah menenggelamkan terus kisah kehilangan MH370 .

Begitu panas , ke hulu ke hilir orang membicarakannya .

PAS nak buat , tapi tiada sokongan .

UMNO pula berdolak-dalih .

Yang bukan Islam pula takut jika mereka semua pun dikenakan hukuman hudud juga .

Jadi sebagai cadangan menyegerakan pelaksanaannya . elok saya cadangkan Hukuman Hudud ini dikenakan kepada pemimpin dan pemerintah Malaysia dahulu , ada sesiapa bersetuju dengan saya ?

Macam dalam rumah, kalau ayah tidak mahu anaknya merokok , pastinya beliau juga tidak boleh merokok .

Kepimpinan melalui teladan , sudah tentu yang berkuasa perlu tunjukkan contoh pada yang tidak berkuasa .

Yang memimpin , tunjukkan contoh pada yang dipimpin.

Logik kan cadangan saya ni ?

Sama macam hukuman hudud ini , kita buat setahun dahulu , pada pemimpin dan pemerintah Malaysia , macam menteri , perdana menteri dan orang-orang kaya yang bersangkut paut dengan politik dan pemerintahan Malaysia .

Ada bangkangan tak , pastinya selepas setahun itu berlalu saya berani jamin 100% , TIADA LAGI RASUAH . TIADA LAGI PENYELEWENGAN , TIADA LAGI SALAH GUNA KUASA!

Kesimpulannya memang syariah compliance lah pemerintahan dan pentadbiran Malaysia selepas setahun itu .

Jadi ada ke pemimpin Malaysia dikalangan menteri , pentadbir atau yang mempunyai kuasa sementara di dunia ini , TAKUT AKAN CADANGAN SAYA INI ?

Kalau tak takut , laksanakan serta-merta , buat hukuman hudud kepada golongan pentadbir , orang politik , orang kaya dan bangsawan d iMalaysia ini , sebagai role model kepada hukuman hudud yang menyeluruh kepada semua rakyat marhaen selepas setahun dikenakan kepada mereka terlebih dahulu .

Jangan banyak sembang saja , islam ke hulu , islam ke hilr , rasuah macam makan nasi je tiap-tiap hari

Pecah amanah macam minum teh tarik je tiap-tiap hari , buat pertama kali , jadilah seorang manusia yang jujur , berani,  bertanggungjawab dan ada akauntabiliti .

Jangan menyorok dibelakang jawatan sementara anda di dunia ini , kelak diakhirat nanti jawatan itu semua tidak berguna satu sen pun disisi tuhan .

Saya cadangkan Malaysia membuat perkara yang betul kerana di Arab Saudi , hukuman hudud tidak dikenakan kepada pemerintahnya.

Perkara yang sama juga berlaku di Brunei , sultannya tidak tertakluk dalam hukuman hudud itu.

Jadi Malaysia , pemimpinnya , buat perkara yang kelak jadi ikutan , laksanakan pada pemimpin dan ketua mereka terlebih dahulu , kemudian baru dikenakan kepada rakyat kebanyakan .

Saya nak tengok apa akan berlaku seterusnya .
Selanjutnya ...

Dunia Semakin Tua Manusia Semakin Pelik


Jika anda ingat 20 tahun dahulu , manusia akan bergambar bila hari bahagia mereka tiba , contoh seperti harijadi , hari graduasi atau hari perkahwinan .

15 tahun dahulu pula , ditambah dengan satu lagi peristiwa penting iaitu hari pertunangan .

Keadaan sekarang pula jauh berbeza , nak bersalin atau beranak , pun ada photoshoot!

Phoshoot pra-bersalin dilakukan, dikala perut telah memboyot dan tunggu masa sahaja untuk untuk bersalin .

Yang saya komen ini semuanya bila telah dilakukan oleh ramai orang , jadi ia bukannya kes terpencil , sedikit masa lagi mungkin akan jadi ikutan dan jadi budaya , sama seperti gambar hari perkahwinan .

Belum cerita lagi photoshoot pra-perkahwinan , pun dah jadi trend .

Manusia semakin pelik , mungkin dunia semakin tua . atau kita semua selalu alpa .

Jangan terkejut 10 tahun akan datang , waktu bercerai pun ada photoshoot , ia tidak mustahil jika dilihat kepada "kegilaan" manusia masa kini .

Saya menulis untuk merekodkan insiden-insiden ini , untuk tujuan rujukan saya atau pada sesiapa lain yang berminat .
Selanjutnya ...

MH370: 1 Imaginasi , Adakah Ia Berkemungkinan Berlaku ?


Adakah ia boleh menjadi kenyataan ? Hanya masa akan menentukannya .

Tonton video dibawah ini .

Selanjutnya ...

Bila Perkataan Disalahtasir dan Disalahertikan ...


Pastinya dalam kehangatan bencana yang melanda Malaysia iaitu misteri kehilangan MH370 , istilah salah tafsir atau salah erti ini sangat popular .

Mungkin yang memberi info ingin memberitahu A , tetapi disalahertikan sebagi B atau C .

Dan lebih malang lagi jika pemberi maklumat ingin menyatakan A , dan penerima , memahaminya sebagai F!

Itulah kehidupan , manusia dilahirkan dengan kefahaman yang berbeza-beza berdasarkan latar belakang , status dan persekitaran hidup masing-masing .

Sama juga terjadi bila manusia cuba menafsirkan sesuatu yang kabur , kemungkinan besar akan jadi seperti gambar dibawah ini .

Klik pada gambar untuk melihat imej yang lebih besar
Selanjutnya ...

Tempat "Bersemadinya" MH370 ? Lautannya Sentiasa Begelora dan Sangat Merbahaya ...


Adakah disini segala episod dan misteri apa yang terjadi sebenarnya kepada MH370 berakhir ?

Atau pun , ia hanya satu permulaan kepada satu episod lain yang lebih panjang ?

Hanya masa akan menentukannya .

Selanjutnya ...

Perkara Lawak dan Menyakitkan Hati di Malaysia


Ia jadi lawak kerana nampak sangat tak pandai mengurus dan mentadbir, bayangkan pula bila ia menyentuh isu keselamatan di Malaysia .

Baca link dibawah dan beritahu saya apa anda fikirkan dan rasa:
Lebih Banyak Pasport Palsu Dikesan

Anda telah baca ? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ?

Menteri yang sama juga semasa kes Lahad Datu tahun lepas mengatakan pengganas yang datang itu tidak merbahaya dan membiarkan pengganas itu berkampung diasana lebih kurang 2 minggu sehingga mereka boleh menyusun strategi dan membunuh polis Malaysia akhirnya , boleh ke panggil manusia macam ni menteri ?

Saya beri buktinya .




Sekarang bila ia melibatkan pasport senang dipalsukan atau senang lepas pemeriksaan imigresen di KLIA walaupun menggunakan pasport palsu , nak tau apa jawab pakcik ni ?

“Kesemua empat nama ada dengan saya dan saya sudah serahkan kepada unit risikan,” katanya.

Masalahnya perkara telah berlaku dan "the damage has been done" , bagaimana keselematan boleh jadi sangat longgar di pintu keluar masuk Malaysia .

Ini yang kita ketahui dan bocor kerana ada kes sebegini , bayangkan entah berapa puluh kali , atau ratus kali , atau ribu kali , atau juta kali  sebenarnya ,  yang telah lepas menggunakan cara yang sama , siapa boleh sahkan ini kali pertama sahaja ia terjadi ?

Sebelum ini kita juga kita dikejutkan dengan kes pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank wanita , dan dia sebenarnya seorang rakyat Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu dan berjaya menjadi pengawal keselamatan dan bebas menggunakan senjata api .

Penjenayah tersebut juga ada akaun bank Malaysia , begitu juga ramai kawan-kawannya yang lain .

Bayangkan betapa longggarnya keselamatan di Malaysia ini , semuanya "boleh dibeli"!

Buat apa ada menteri kalau kes-kes sebegini berlaku , bagi makan gaji buta je!

Setakat tahu komen dan bagi alasan selepas perkara buruk berlaku , letak sahaja lah jawatan sebagai menteri tu , memang tak layak langsung sebenarnya , makan gaji buta dan menghabiskan duit rakyat Malaysia sahaja .
Selanjutnya ...

Teori Saya Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dalam Kes Pesawat MAS MH370


Panas sungguh insiden ini , pada masa entri ini ditulis pada pukul 2.05 petang , Ahad , 9 Mac 2014 , masih tiada khabar berita mengenainya lagi .

Telah hampir 48 jam dan pesawat ini masih belum dijumpai atau apa-apa petunjuk lagi .

Jadi saya ingin membentangkan teori saya terhadapa apa yang telah dan sedang berlaku .

Dah nama TEORI , tidak semestinya ia betul , dan tidak juga ia salah sehingga keputusan didapati .

Sehingga itu anda boleh fikirkan kelogikan apa yang akan saya bentangkan ini .

Pada pendapat saya , kapalterbang ini telah dirampas , pendapat saya sahaja .

Kenapa saya berpendapat sedemikian ?

1. Kerana ada 4 penumpang yang menaiki pesawat ini yang menggunakan pasport palsu , pada mulanya hanya 2 orang . Saya tidak yakin dengan 2 orang mereka boleh merampas pesawat , tetapi ianya boleh dilakukan bila ada 4 orang . Link berita dibawah yang menceritakan ada 4 orang disyaki menggunakan 4 pasport palsu warganegara 4 negara berbeza , pelik bukan ? Lihat laporan dibawah:
4 orang disyaki menggunakan 4 pasport palsu
1 lagi penipuan pasport , jadi 5 atau ini telah termasuk dallam 4 yang dilaporkan sebelum ini ?

Jadi adakah hanya kebetulan , ada 4 orang menaiki kapalterbang ini menggunakan pasport palsu pada masa yang sama , saya rasa tidak mungkin dan ia telah dirancang .

2. Lihat tindak-balas MAS dan kerajaan Malaysia menangani kes ini , begitu perlahan dan banyak soalan dijawab NO KOMEN , kenapa ?

Saya agak , perampas yang merampas kapalterbang ini telah menghubungi MAS dan meminta wang tebusan atau pertukaran , atau apa sahaja tuntutan lain , dan telah memberi amaran pada MAS supaya tidak banyak memberi komen

3. Pertemuan Najib Razak iaitu perdana menteri Malaysia dengan keluarga mangsa pada pukul 6 pagi tadi dilihat agak pelik , apa signifikannnya ?
Lihat laporan berita:
Najib jumpa keluarga mangsa

Kemudian keluar berita keluarga mangsa akan diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui , untuk tujuan apa ?

Kalau nak buat pengecaman , katakalah perkara buruk berlaku , saya tidak rasa ada antara mangsa dapat dikenali lagi kecuali jatuh kedalam laut , tapi saya masih berharap teori saya ni betul , jadi semua mangsa masih hidup , harapnya .

4. Laporan mengatakan perhubungan MAS dengan kapalterbang ini terputus 2 kali , dan kali ke-2 , pada pukul 2.40 pagi 8 Mac 2014 , ialah perhubungan terakhir kapalterbang itu dengan menara kawalan .

Mulanya pada pukul 12 lebih telah hilang untuk kali pertama , tetapi kemudian hubungan dapat dikesan semula pada pukul 2 lebih dan kemudian hilang terus pada pukul 2.40 pagi itu .

Bayangkan pastinya ada antara penumpang yang ada telefon yang boleh menghubungi sesiapa jika ia tidak dikawal oleh sesiapa .

Perkara buruk ialah kapal terbang ini meletup diudara yang menyebabkan tiada siapa bersedia untuk menghubungi sesiapa , tetapi meletup kerana apa ?

Jika ditanya pada saya , hanya ada 2 kemungkina kalau meletup , ditembak dengan peluru berpandu , atau perampas meletupkan bom dari dalam pesawat , kerosakan akibat elektrik atau dipanah petir tidak akan menyebabkan kapalterbang meletup serta-merta .

Kapalterbang ini juga dilengkapi dengan transponder dan peralatan canggih lain yang membolehkan ia dikesan , bagaimana semuanya boleh hilang begitu sahaja ?

Komen FBI mengenai kemungkinan ia dirampas atau ditembak .
Komen FBI mengenai MH370

Seperti yang saya nyatakan pada awal entri , ini ialah teori saya , ia boleh jadi salah , dan ia boleh juga jadi betul , wallahu alam .
Selanjutnya ...

Inikah Senario Yang Melanda Malaysia Sekarang ?


Amat mendukacitakan , tetapi kenyataan memang pahit untuk ditelan .

Patutlah menteri-menteri kangkung Malaysia berbuat sesuka hati , beraja di mata bersultan di hati , buat kenyataan sesuka hati dan fikir rakyat Malaysia punya IQ sama rendah dengan mereka juga .


Selanjutnya ...

Kuasa Rakyat Malaysia Sebenarnya


Ingat , kita yang bebas memilih dan BEBAS MEMBUANG ANASIR/PEMIMPIN/SISTEM yang dah lama kaput , berkarat , berkurap , lebih hina dari sampah dan najis  .

KUASA di tangan KITA SEMUA , cuma RAMAI YANG LUPA DAN ALPA , dan TIDAK MENGGUNAKAN KUASA ITU .

Adakah MAJORITI rakyat Malaysia SEKARANG , PUAS HATI DENGAN APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA sejak 5 tahun kebelakangan ini ?

Mahu masih DIAM , KEPALA DIPIJAK-PIJAK , KERINGAT DIPERAH SESUKA HATI ?

Sistem sedia ada MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA MENJADI HAMBA ABDI KEPADA PEMIMPIN!

Pemimpin pemerintah ramai tak sedar diri dan membuat sesuka hati dan segala kerosakan di Malaysia ini , tanpa memperdulikan nasib majoriti rakyat marhaen Malaysia .

RASUAH MENJADI AGAMA dan OKSIGEN di Malaysia ini .

Pemimpin ini TAHU dan SEDAR , TIADA APA YANG MAJORITI RAKYAT MARHAEN MALAYSIA AKAN BUAT WALAUPUN MEREKA TERUS-TERUSAN DIZALIMI DAN DIBULI .

Sewajibnya dan selayaknya SISTEM YANG KITA AMALKAN , meletakkan RAKYAT JELATA , MENJADI RAJA dan PEMIMPIN MENJADI HAMBA!

Pastinya pemimpin akan GENTAR dan TAKUT , MEMBUAT KESALAHAN KEPADA RAJA!

Sistem yang ada sekarang ini SANGAT PINCANG dan KORUP , "FLUSH" IA SEGERA dan GANTIKAN DENGAN SISTEM YANG MENJADIKAN RAKYAT SEBAGAI RAJA!

Jatuhkan SISTEM PEMERINTAHAN YANG MENJADIKAN PEMIMPIN SEBAGAI "RAJA" KE DALAM GAUNG"!

Anda mampu MENGUBAHNYA ......




Selanjutnya ...

Egois Sifat Tercela


Tanpa kita sedari media sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dalam diri kita kian hari .

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan , kalau ada barang baru, jangan menunjuk depan kawan , nanti kawan sedih nak beli juga tapi mungkin mak ayahnya tak mampu..

Kalau makanan ada sedikit , jangan makan depan kawan nanti dia terliur..

Betapa indah pembentukan akhlak kanak-kanak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain .

Tapi kini, tanpa kita sedari , melalui Facebook dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah atas alasan "share" .

- Beli barang baru , upload gambar
- Sebelum makan , upload gambar

- Perah susu banyak , upload gambar
- Dapat komisen, elaun atau gaji lebih , upload gmbar cek , slip gaji , slip bank
- Melancong kesana kesini , upload gambar
- Anak dapat result exam bagus , upload gambar buku penyata anak
- Dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan , kemenangan , "konon-kononnya" ....


Realitinya tanpa kita sedar atau memang kita tidak peduli kerana gejolak egois yang mencengkam jiwa , mungkin pada masa kita bersifat ego itu :

- Ada antara yang lihat gambar makanan yg kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan,
 

- Ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja
 

- Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang tidak seberapa
 

- Ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi kesengsaraan yang kita tidak sedari 

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"

"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang sedang papa kedana"

"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"

"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana."


Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia .

Ingat dosa pertama makhluk di alam ini ialah IBLIS kerana sifat TAKBUR atau RIAK , MENINGGI DIRI DAN MERASAKAN DIRI SENDIRI HEBAT , mahukah kita semua tergolong dalam kalangan begitu ?

FIkir dan nilaikan kembali , saya hanya berpesan dan mengingatkan , hendak terima atau tidak , bukan urusan saya .
Selanjutnya ...

Ilmu Lah Yang Akan Bebaskan Manusia Dari Kejahilan ...


Siapa pun kita didunia ini , yang membezakan kita hanya ilmu .

Seperti yang kita lihat di Malaysia , walaupun berjawatan Menteri dan Perdana Menteri , jelas tahap keintelektualan , IQ dan ilmu mereka sangat rendah dan lemah .

Boleh dilihat golongan ini walaupun berjawatan tinggi dan ada kuasa , jelas dibenci dan diperlekehkan oleh masyarakat cyber Malaysia .

Kebebalan mereka jelas terserlah dari hari ke sehari dengan isu demi isu yang meloyakan .

Menteri dan Perdana Menteri ini jika anda melungsuri dunia cyber ini , kerap akan akan terjumpa dengan panggilan kurang sopan dan tidak bermaruah yang dilabel kepada mereka akibat sikap tidak ada hormat lagi oleh warga cyber pada mereka .

Istilah LEMBU , SAMPAH , PARASIT dan AYAM telah didendangkan oleh warga cyber Malaysia sejak 5 tahun kebelakangan ini .

Istilah terbaru yang menjadi TROLL atau ejekan warga cyber Malaysia ialah KANGKUNG , merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak .

Seperti yang saya katakan pada awal entri ini , ILMU :

- yang membezakan manusia dari haiwan seperti lembu

- yang membezakan manusia dari sampah di tepi jalan

- yang membezakan manusia dari kangkung ditepi lombong

Akhir sekali renungi gambar dibawah dan elakkan kita menjadi manusia disebelah kiri gambar itu , selamat berjaya semua .



Selanjutnya ...

Apa Keperluan Fizikal Manusia Masa Kini ?

 

Entri ini tidak akan membincangkan keperluan manusia dari segi spiritual atau teologi , ia hanya akan membicarakan dari keperluan fizikal manusia .

Fizikal bermaksud perkara yang boleh nampak oleh 5 pancaindera manusia seperti boleh dilihat , disentuh , dipegang , didengar dan dirasa oleh lidah manusia .

Mari saya senaraikan keperluan popular masa kini .

1. Duit atau wang

2. Rumah yang selesa

3. Kenderaan yang selesa

4. Talian internet yang pantas

5. Gajet canggih dan sentiasa up to date

6. Teman wanita/isteri yang cantik

Dari 6 senarai diatas , saya berpendapat keperluan mendesak hanya dari no 1 hingga no 4 sahaja , yang no 5 dan no 5 lebih bersifat optional .

Malangnya dalam realiti dunia masa kini , semua diatas begitu sukar digapai , semuanya pasti bermula dengan duit atau wang .

Bila anda ada duit atau wang yang banyak , semua senarai diatas senang dicapai . Begitu juga sebaliknya .

Ada pepatah yang mengatakan "USAHA TANGGA KEJAYAAN".

Malangya ia telah mejadi satu retorik dalam dunia masa kini kerana manusia hidup saling berkait antara satu sama lain . Manusia bukan entiti stand alone yang boleh membuat keputusan berdasar usaha mereka sahaja .

Banyak faktor lain boleh menjadi penyebab kepada kegagalan kepada usaha mereka . Kajian menunjukkan hanya 10% manusia yang berjaya dengan usaha mereka sendiri .

Kerana itu kita biasa melihat orang yang tidak berbuat apa-apa juga kaya-raya , jadi dimana konsep "usaha tangga kejayaan" itu ?

Ada pendapat sinis yang berkata , itu kalau usaha , kalau tidak berusaha lagilah tidak berjaya ?

Maksud pendapat sinis itu ialah jika anda sudah berusaha bersungguh-sungguh juga tiada jaminan akan berjaya , bayangkan jika anda tidak berbuat apa-apa?

Saya bersetuju dengan pendapat sinis ini tetapi yang saya tekankan ialah UNIVERSAL TRUTH itu sendiri .

Apa makusd "universal truth" itu ?

Simple saya boleh huraikan universal truth itu ialah sesiapa sahaja akan mengalaminya atau akan mendapatkannya tidak kira , manusia itu rajin atau malas , miskin atau kaya , kacak atau hodoh , gemuk atau kurus , alim atau jahil dan yang sewaktu dengannya .

Jadi ia sangat adil dan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini boleh mempertikaikannya .

Contoh jelas universal truth ialah MATI . Ada lagi 2-3 universal truth dalam dunia ini . Fikirkan kembali .
Selanjutnya ...

Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khatab

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT9hKhGiTxHevnC3ma2BBiNBNk6zdfb840NhcluTuSWDRJd2L39WA

Satu hari Umar Al-Khatab telah didatangi seorang pemuda yang susah . Pemuda yang susah itu menangis dan menceritakan bahawa beliau miskin dan selalu tidak makan .

Lantaran itu , pemuda itu pun menyelak bajunya dan terlihatlah akan seketul batu yang diikat pada perutnya untuk menahan sakit akibat kelaparan .

Umar Al-Khatab mengangguk tanda faham masalah yang dihadapi oleh pemuda itu . Malangnya pemuda itu jelas lebih terkejut dan takjub bila Umar Al-Khatab menunjukkan sesuatu pada beliau .

Nak tahu apa yang Umar Al-Khatab tunjukkan pada pemuda itu yang membuatkan pemuda itu terkejut dan menjadi lebih takjub ?

Umar Al-Khatab menyingkap bajunya dan terlihat TIGA KETUL BATU YANG TERIKAT PADA PERUTNYA . Tujuannya sama dengan pemuda itu iaitu untuk menahan sakit akibat kelaparan .

Adakah INI YANG SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA ?

Jawapannya pasti tidak .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheAH0tyRqE4tTx3F9uB0OQc3_WiIcNBKQrqf0SmRkm3C7ErfvYc9sU5HKtGqgjGYw2YWwawwDvU9sD0WMQw7ExcvLY6LRJ1Ag3neLUN-2yvoNqNO-uXao-kbr5O8_xDm6BS0EjwFGWF48/s400/kualitas+utama+PEMIMPIN+HEBAT.jpg


Umar Al-Khatab sebagai SEORANG PEMIMPIN YANG PENUH TANGGUNGJAWAB , DAN TAHU BERAT AMANAH YANG DIBERI KEPADANYA SEBAGAI PEMIMPIN , TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYATNYA .

Pemuda itu tidak makan kerana Umar Al-Khatab sendiri tidak dapat makan dan 3 kali ganda lebih susah dari pemuda tersebut . Jelas ia menunjukkan CIRI SEORANG PEMIMPIN YANG AMANAH DAN BERATANGGUNGJAWAB .

Kalau ini yang berlaku di Malaysia , pastinya rakyat marhaen seperti saya tidak marah dengan pemimpin Malaysia , malangnya ia berlaku sebaliknya .

Pemimpin-pemimpin tidak bertanggungjawab ini jelas tidak tahu apa-apa dan melepaskan diri mereka semata-mata , jadi persoalannya , BUAT APA ADA PEMIMPIN JIKA ADA SI TOLOL BEGINI ?

Relatif pemimpin dan rakyat ialah seperti AYAH DAN ANAK . Pemimpin itu ialah ayah dan rakyat ialah anak .

Jika DIKETAHUI AYAH ITU ADA BANYAK DUIT , KEMUDIAN BERJOLI , MEMBAZIR , RASUAH , GAGAL BERFUNGSI SEPATUTNYA & BERBAGAI PENYELEWENGAN LAIN DILAKUKAN , sedangkan pada masa yang sama , anaknya tidak makan , adakah beliau ayah yang baik ?

Inilah yang berlaku di Malaysia . Saban tahun Laporan Audit Negara Malaysia melaporkan berbillion duit rakyat Malaysia dibazirkan dan ia tetap berlaku saban tahun . Jika tak silap saya , dari tahun 2008-2013 , pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara Malaysia mencecah RM 50 billion .

Dah naikkan harga barang , dah buat salah , kemudian buat jawapan seperti seorang budak spastik dan tahap IQ budak sekolah darjah 6 sahaja ,  soalannya apa penyelesaian jangka panjang BAGI PIHAK YANG ADA KUASA , itu soalan sebenar yang perlu dijawab .

Kenapa ini berlaku , siapa yang bertanggungjawab , siapa pula yang tidak bertanggungjawab ? Anda fikirkan sendiri .
Selanjutnya ...

Apa Akan Berlaku Seterusnya Dalam Tahun 2014 Ini ?

Post ini menceritakan serba-sedikit tentang ekonomi di Malaysia ini yang semakin nazak dan kronik .


Apa pula pendapat anda semua ? Anda bersetuju atau berkata sebaliknya ?
Selanjutnya ...

Biarlah Gambar Ini Semua Sendiri Yang Berbicara V2

Ada pepatah Inggeris yang berkata begini , " A picture tells a thousand stories"
Mungkin entri ini sesuai dengan pepatah Inggeris itu .
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRGipgiBXuFU7KPRbFUDkuSQsdC4WVPSciVWHYWVOb71QG5wq4C 

http://www.utusan.com.my/pix/2009/1120/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_07.1.jpg


http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/x3115.jpg.pagespeed.ic.CUUnNKvHt0.jpg


 http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201311/15/003154n1ydqdw3dwddz3ly.jpg

Selanjutnya ...

Biarlah Gambar Ini Semua Sendiri Yang Berbicara

Berbakti untuk orang lain/hidupan lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan .........

Malangnya ratio tau nisbah orang baik sangat sedikit di dunia yang fana' ini...
















Selanjutnya ...

Sokong Atau Bangkang Sesuatu Isu Itu Dengan Ilmu Dan Bukan Kerana Sentimen Perasaan


Bila ia berlaku , pasti ia akan menunjukkan anda seorang yang cerdik atau kurang cerdik . Manusia diberi akal oleh tuhan untuk menilai sesuatu . "BETUL" bagi manusia berbeza definisinya oleh seseorang manusia berdasarkan tahap akademik , persekitaran , keperluan , geografi dan sejarah mereka sendiri .

http://i1023.photobucket.com/albums/af357/smatbis/00_zpsc832cd81.jpg

Siapa pun anda , pastikan anda tidak bias dan ada ilmu dan pengetahun bila membuat sesuatu penilaian . Pastikan apa yang dipertikaikan ada lojik dan fakta menyokong kenapa anda mempertikaikannya . jangan pertikaikannya kerana kawan-kawan anda pertikaikannnya , kerana mungkin sebab mereka berbeza .

Jangan membantah atau mempertikaikan hanya kerana RAMAI ORANG DISEKELILING ANDA membantah . Pastikan anda ada sebab dan fakta yang kukuh sebelum melakukannya .

Kesimpulannya melakukan sesuatu itu dengan ilmu jauh lebih baik dari anda lakukan sesuatu itu membabi-buta kerana mengikut tindakan orang di persekitaran anda . Jika anda berasa ragu-ragu ambil masa anda dan cari fakta yang lojik dan rasional .

Jangan mudah terpedaya dengan sentimen bangsa dan agama yang dicetus oleh pihak yang mengambil kesempatan menguasai anda dengan 2 elemen ini . 
Selanjutnya ...

Kasihan Pada Ibu Bapa Masa Kini ...

http://i1023.photobucket.com/albums/af357/smatbis/anakderhaka_zpsa5f0cf8d.jpg

Kisah benar...saya singgah makan di McDonald's Seri Iskandar.... Di belakang saya terdapat dua couple, sy yakin mreka pelajar UITM Sri Iskandar berdasarkan baju yg mereka pakai...


BF dia pergi ke tandas, tiba tiba budak perempuan tu buat panggilan , hello mak, nak rm 100 dua ratus boleh tak? Along nak guna untuk belajar.... Mak jawab: along nak guna ntuk apa, mak xdak duit lar,2-3 hari ni makan ikan masin jew, ayah kamu xda kerja seminggu dua nih.....along balas: tak kan xda langsung mak, along nak guna esok nih, mak jawab: xda along, tgu la minggu depan... Baru pak hasan suruh ayah betulkan dapur rumah dia ... Ada la duit.....along jawab: takpe lah mak! Tamat perbualan ,

Selang 5 minit lepas tuh BF dia balik dari tandas, tanya cmne ur mum da masuk duit, jawab Si gadis : mama i bz la gi oversea, kita cancel la nak gi Cameron.... Aku terfikir di kala ibu dan ayah makan ikan masin di kampung, anak makan McDonald's, dikala ibu and ayah Banting tulang , anak sibuk nak bercuti... Bukan drama ianya kisah benar yang aku dengar.... Tanpa habiskan makanan kerana sebak, aku terus keluar berlalu..... Untuk renungan and share...sengaja highligtkan tempat dia stdy and tempat sy jumpa dia... Salam aidiladha

p/s: hidup lh dgn ape yg ade..hidup ikutm kmampuan..jgn blagak sapai mnyusahkan mak ayah..


Untuk kisah lebih lanjut layari FB di bawah :

Anak Pentingkan Diri Dan Tak Pedulikan Kesusahan Ibu Bapa



Komen saya

Macam entri sebelum ini , ada saya menyentuh betapa mementingkan diri sendiri itu ialah satu perbuatan terkutuk dan harus dijauhi . Bila sifat itu lekat pada seseorang manusia ia kan mencetuskan berbagai perkara-perkara negatif dan perbuatan berdosa yang bakal dilakukan .

Jadi hindarilah perbuatan MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI , kalau boleh buang terus dari diri anda atau delete terus perkataan itu dari hidup anda .
Selanjutnya ...

Renungan Buat Orang Islam Sempena Kedatangan Aidil Adha 1434

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnAhfo_FpI-3Sd3w3KscMYIGOwzKXsWPPd3CBt_KjBHuFrputy1OhWEKW61dREptA4N9ojGt7kYhSkaoo9UKzKHvD62UyLlIIjoUUv9J2EieTwqPTAi5J8vO7RkvXIIrEe7NLriVOCvl2Y/s1600/berlumba-lumba+buat+kebaikan.jpg


Renungkan dengan teliti , fahamkan dan hayati bait-bait lirik lagu dibawah , simpan di dalam hati anda dan di dalam fikiran anda , supaya kebaikan terus subur di alam yang fana' ini .

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya


Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya


Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya


Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya


Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya


Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati

Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya



Sama seperti tajuk blog ini , FATAMORGANA MEMPERDAYA MANUSIA , mengingatkan sesama insan yang dunia ini hanya sementara dan pastikan sentiasa berbuat kebaikan semasa berada di dunia ini .

SEMUANYA KEPUNYAAN ALLAH dan "dia" beri kita PINJAM HANYA UNTUK SEKETIKA SAHAJA dan "dia" akan tanya nanti diakhirat , semasa kita meminjam anugerah yang "dia" beri semasa kita di dunia ini , APA YANG TELAH KITA BUAT ?

Apa kita akan jawab kalau didunia ini kita sentiasa membuat kejahatan , maksiat dan dosa , kita hendak lari ke mana semasa itu ?

Jadi di kesempatan ini , saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada semua yang membaca coretan ini , IA NYA MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK KITA BERTAUBAT SELAGI ADA NAFAS .

Teruskan dan konsisten lah membuat kebaikan SENTIASA selagi ada nafas semasa hidup di dunia ini , amin . 
Selanjutnya ...