Bila ia berlaku , pasti ia akan menunjukkan anda seorang yang cerdik atau kurang cerdik . Manusia diberi akal oleh tuhan untuk menilai sesuatu . "BETUL" bagi manusia berbeza definisinya oleh seseorang manusia berdasarkan tahap akademik , persekitaran , keperluan , geografi dan sejarah mereka sendiri .

Siapa pun anda , pastikan anda tidak bias dan ada ilmu dan pengetahun bila membuat sesuatu penilaian . Pastikan apa yang dipertikaikan ada lojik dan fakta menyokong kenapa anda mempertikaikannya . jangan pertikaikannya kerana kawan-kawan anda pertikaikannnya , kerana mungkin sebab mereka berbeza .
Jangan membantah atau mempertikaikan hanya kerana RAMAI ORANG DISEKELILING ANDA membantah . Pastikan anda ada sebab dan fakta yang kukuh sebelum melakukannya .
Kesimpulannya melakukan sesuatu itu dengan ilmu jauh lebih baik dari anda lakukan sesuatu itu membabi-buta kerana mengikut tindakan orang di persekitaran anda . Jika anda berasa ragu-ragu ambil masa anda dan cari fakta yang lojik dan rasional .
Jangan mudah terpedaya dengan sentimen bangsa dan agama yang dicetus oleh pihak yang mengambil kesempatan menguasai anda dengan 2 elemen ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan