KPN Malaysia Pelawa Surendran Mengikut Mereka Menyertai Operasi Menangkap Penjenayah


Untuk berita lebih lanjut , boleh baca pautan di bawah
Polis pelawa Surendran ikuti operasi polis

Untuk lebih menyedapkan cerita , Timbalan Menteri Dalam Negeri , Wan Junaidi pulak tambah lauk lagi dan berkata , "Surendran seharusnya lebih kerap mengikut operasi polis supaya segala keangkuhannya dapat ditundukkan apabila berdepan dengan kejadian tembak-menembak" .
Pautan berita Surendran elok ikut lebih banyak operasi polis

Malangnya kepada semua pembaca budiman yang membaca entri ini sekarang , bukan isu ini yang saya mahu bincangkan .

Kalau anda semua telah baca semua entri di blog ini pastinya anda nampak saya banyak menghentam dan mengkritik Najib Razak iaitu Perdana Menteri akibat kebebalan dan kekorupan beliau , mesti anda semua perasan kan .

Jadi saya sedang menunggu Najib menghubungi saya dan MEMPELAWA SAYA MENTADBIR MALAYSIA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6B , SUPAYA SAYA TAHU BETAPA "SUSAHNYA" MENTADBIR MALAYSIA YANG DIPENUHI PENYELEWENGAN dan RASUAH  , AKIBAT KETAMAKAN DAN KEBODOHAN NAJIB RAZAK .

Lebih lama lebih bagus supaya saya faham bagaimana "susahnya" mentadbir Malaysia ini dan kenapa rasuah mesti jadi oksigen dalam sistem kerajaan Malaysia .

Dalam masa yang sama juga , sekarang ini juga saya sedang mengumpul fakta untuk MENGHENTAM GABENOR BANK NEGARA IAITU ZETI AKHTAR AZIZ KERANA MENYEBABKAN EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN TENAT AKIBAT HUTANG YANG TIDAK TERKAWAL .

Selepas itu , saya akan menunggu pula PELAWAAN DARI GABENOR BANK NEGARA SUPAYA SAYA BOLEH JADI GABENOR BANK NEGARA 2 , SUPAYA SAYA BOLEH FAHAM BAGAIMANA SUSAHNYA MENGAWAL EKONOMI NEGARA INI .

Anda semua boleh bayangkan situasi di atas jika ia benar-benar terjadi kepada saya ?

Saya tidak menyokong mana-mana pihak bila insiden ini berlaku , sebenarnya polis juga jadi mangsa keadaan kerana terperangkap dalam sistem yang korup dan busuk ini .

Bila TIADA INTERGRITI , semua yang anda buat akan dipersoalkan tak kiralah anda siapa pun di dalam dunia ini .

Ini isu sebenar dan perlu diatasi segera , bayangkan majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pada polis lagi dan selalu mencurigai tindak-tanduk mereka .

Diburukkan lagi dengan Laporan Audit Negara 2012 yang mendedahkan kepincangan dalam PDRM .

Saya tahu Surendran datang dari pembangkang , he's a good oppurtunist , without a doubt!

Soalannya , SIAPA YANG MENGUNDANG BELIAU ?

Jawapannya ialah kelemahan dan kekorupan sistem dalam perkhidmatan awam di Malaysia ini yang ditunjangi kerajaan Malaysia sendiri dan polis ialah satu cabang dalam perkhidmatan awam di Malaysia ini .

Selagi sistem yang berjalan ini korup , ia tetap akan menyeleweng dan membuatkan semakin lama semakin ramai rakyat tidak percaya lagi pada sistem ini .

Betulkan kiri , ia menyeleweng di sebelah kanan , betulkan di hadapan , ia menyeleweng di belakang , betulkan di barat , ia menyeleweng di timur and the list goes on .

Integriti hanya akan dapat dipulihkan BILA KEIKHLASAN dan KEJUJURAN ITU DIZAHIRKAN DENGAN TENANG dan SEMULAJADI dan tanpa paksaan , orang ramai atau rakyat akan menyedarinya dan akhirnya menerimanya .

Saya boleh bayangkan kerajaan Malaysia ini sebagai enjin 4 silinder dan sekarang ini ia bergerak menggunakan 2 silinder sahaja!

Selagi rakyat Malaysia menjadi HAMBA dalam sistem ini , ia akan bertambah korup kerana pemimpinnya terpaksa membuat penyelewengan untuk mengekalkan kuasa mereka yang semakin suram .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan