Bantuan Diperlukan Untuk Menolong Keluarga Miskin dan Daif Ini


Tentu ada tertanya-tanya keluarga mana yang paling miskin di Malaysia ?

Teruskan bermain-main dengan fikiran anda sehingga anda habis baca entri ini .

Bolehkah sesiapa diluar sana memberikan saya , satu nama keluarga di Malaysia ini  , yang memerlukan kerajaan Malaysia mengeluarkan belanja besar untuk bela satu keluarga itu  , ada ?

Bila disebut belanja besar , berapakah nilai yang anda dikirkan , RM10,000 , RM200,000 ?

Mahu tahu nama keluarga itu , sudah tentu ramai yang sudah tahu, ye betul keluarga Shahrizal Jalil , tepat sekali .

Isu ini telah lama didendangkan , cuma saya akan bawa isu ini dari perspektif berbeza, sudut pandangan yang anda tidak pernah fikir selama ini .


Bayangkan kerajaan Malaysia terpaksa belanjakan RM250,000,000 , jika ditulis lebih mudah dibaca , RM250 juta atau 0.25 billion atau suku biliion , duit rakyat Malaysia , semata-mata mahu bela keluarga Shahrizat Jalil ini .
Kenapa saya pilih istilah BELA ?

Soalan yang menarik .

NFC atau National Feedlot Centre pada mulanya diberi dana RM250 juta untuk projek BELA Lembu , diberikan kepada suami Shahrizat Jalil , yang kemudiannya menggunakan dana tersebut , UNTUK BELA KELUARGA SHAHRIZAT JALIL pula .

Kerana itu tajuk entri ini ialah Keluarga Miskin perlukan bantuan , kerana belum ada sejarah dalam Malaysia, duit rakyat Malaysia sebanyak RM250 juta , disalahgunakan untuk BELA SATU KELUARGA , tidak pernah sama sekali .

Bayangkan betapa papa kedana dan miskin melaratnya keluarga Shahrizat Jalil ini ? Ini baru didunia , bayangkan diakhirat pula balasan untuk keluarga sebegini .

Anda mahukan bukti yang dana RM250 juta itu sebenarnya memang DIGUNAKAN UNTUK BELA KELUARGA SHAHRIZAT JALIL ?

Dibawah ialah buktinya , pendapatan anak-beranak Shahrizat Jalil setelah mendapat dana NFC yang berjumlah RM250 juta yang betujuan untuk BELA mereka  :

Pengerusi NFC : Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) - Gaji bulanan RM100,000

Pengarah Eksekutif NFC
: Wan Shahinur Izmir (anak Shahrizat Jalil , berumur 31 tahun) - Gaji bulanan RM45,000

Ketua Pegawai Eksekutif NFC
: Wan Shahinur Izran (anak Shahrizat Jalil berumur 27 tahun) - Gaji bulanan RM35,000

Pengarah NFC: 
Wan Izzana Fatimah (anak Shahrizat Jalil berumur 25 tahun) - Gaji bulanan RM35,000


Jelas atau tidak sekarang , dana RM250 juta itu semata-mata dikeluarkan daripada wang rakyat Malaysia , semata-mata  UNTUK BELA KELUARGA SHAHRIZAT JALIL tetapi bertopeng kononnya dana itu  untuk tujuan BELA LEMBU .

Itu belum cerita duit itu digunakan sesuka hati , ialah duit untuk BELA keluarga Shahrizat Jalil kan, jadi suka hatilah keluarga Shahrizat Jalil nak buat apa . 

Duit BELA keluarga Shahrizat Jalil antaranya telah digunakan untuk beli kondominium di Singapura dan Kuala Lumpur , selain beli restoran dan kereta mewah . 

Dah jadi duit mereka sekeluarga lah kan bila kerajaan Malaysia mengeluarkan dana khas untuk BELA KELUARGA SHAHRIZAT JALIL .

Apa kepentingan BELA KELUARGA SHAHRIZAT JALIL ini kepada rakyat Malaysia ? Pastinya tiada , inilah padahnya bila kroni dan rasuah bermaharajalela dalam Malaysia ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan