
Orang yang lalu-lalang akan nampak dan tahu rumah berkenaan telah dipotong bekalan airnya kerana kepala paip yang bersambung dengan meter , telah dicabut dan dibawa pergi oleh pekerja berkenaan .
Malang bertimpa-timpa untuk pemilik rumah tersebut , pastinya beliau tiada duit untuk membayar bil air , kesannya bekalan air dipotong dan kemudian mendapat aib dan malu pula .
Di negara jiran Malaysia ini , walaupun anda tidak membayar bil air anda 10 tahun , bekalan air ke rumah anda tidak akan dipotong , sebaliknya bekalan hanya akan kecil dari volume biasa .
Ini berlaku kerana mereka menjunjung tinggi HAK ASASI MANUSIA dan air ialah sebahagian dari keperluan asasi manusia didunia ini , tiada siapa boleh nafikannya .
Manusia boleh hidup jika tiada elektrik , maksudnya elektrik bukan keperluan asasi manusia sejagat , anda boleh bayangkan kalau hidup tanpa air ?
Berbeza dengan Malaysia yang kononnya juga menjunjung hak asasi manusia , kalau lambat bayar sedikit sahaja pun , cepat saja akan dipotong bekalan air , kemudian DIMALUKAN di khalayak ramai pula .
Inilah retorik kehidupan di Malaysia yang telah lama berlaku dan tiada siapa pun pedulikannya . Jika minda pemimpin dunia ketiga , jangan haraplah negara akan berkembang sebagai negara kelas pertama .
ya betul...tak dapat di nafikan lagi...........
BalasPadamsian nasib org miskin kat malaysia ni kan
BalasPadam