Gitaris Terhangat Malaysia Sepanjang Zaman


Walaupun muzik rock tidak lagi serancak 20 tahun dahulu di Malaysia ini , pastinya gitaris sentiasa diingati terutama pada zaman kegemilangan Rock Kapak suatu masa dahulu .

Solo gitar memang tidak boleh dipisahkan dengan muzik rock sejak ia bermula bertapak di dunia ini .

Di barat muzik telah berkembang sejak tahun 1960an lagi dan di Malaysia pula ia meletup sekitar lewat tahun 1970an .

Band barat yang popoular dengan muzik rock di tahun 1960an sebagai contohnya ialah Deep Purple .

Di Malaysia pula ialah kumpulan Sweet Charity dan Rusty Blades , tetapi yang paling menonjol ialah Sweet Charity . Buat pengetahuan semua kedua-dua kumpulan ini ialah dari Singapura tetapi popular di Malaysia .

Deep Purple dengan penyanyi utamanya Ritchie Blackmore popular dengan lagu-lagu seperti Smoke On The Water dan Highway Star .

Sweet Charity pula dengan vokalisnya iaitu Ramli Sarip popular dengan lagu Kamelia dan Sejuta Wajah . Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang popular bagi band-band ini cuma saya tidak menumpukan kepada lagu popular dalam entri ini .

Saya lebih suka fokus kepada solo dan sumbangan gitaris terbabit yang berjaya menyedapkan sesuatu lagu itu .

Pada zaman kegemilangan Rock Kapak , antara gitaris yang sangat menonjol di Malaysia ketika itu ialah :

1. Man Kidal (Lefthanded)
2. Opie (Bloodshed)
3. Joe (Wings)
4. Hillary Ang (Search)
5. Kid (Search)
6. Rosli Mohalim (Sweet Charity)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0829/Kosmo/Hiburan/hi_02.1.jpg

Saya pilih enam sahaja gitaris ini kerana solo dalam lagu mereka banyak yang catching ears dan melodik dari gitaris-gitaris lain yang mungkin hanya ada 2-3 lagu sahaja yang tertonjol solo mereka .

Selain itu ada juga gitaris hebat lain seperti Shahrul Ekamatra , Shah Slam , Hamdan Reko Bloodshed , Izo XPDC , Kiya Vagrant , Boy Mukhlis Kris dan Ija Medicine , tetapi senarai enam gitaris yang saya bagi ini diatas jauh lebih menonjol pada zaman kegemilangan mereka

Untuk Man Kidal , antara solo hebat beliau ialah melalui lagu :
- Debunga Wangi
- Nombor
- Kenangan Bersamamu

Bagi Opie pula :
- Srikandi Cintaku
- Samarkand

Yang saya suka solo berkaitan Joe Wings pula ialah :
- Taman Rashidah Utama
- Alam Barzakh
- Dalam Kehadiran Sofia

Solo Hillary Ang yang hebat pula ialah :
- Musnah
- Meniti Titian Usang
- Kau Pergi
- Bisa
- Pelesit Kota
- Pawana
- Rozana


https://i1.ytimg.com/vi/vfzdKzBGNOo/hqdefault.jpg

Kid pula dengan solo bluesy rocknya :
- Isabella
- Diari Habil Dan Qabil
- Teguh
- Roket
- Rock And Roll Pie
- Melastik Ke Bintang
- Paranoid
- Manusia Reptilia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmudgUf8_oPYHZDfa7xwPcnGDX9roU8RDQFyreTSCN8M-iEei6fa0KcVp2ofpswao6QjUN_6HWTcLrhmL6JBdDu8yW5h0GWLotzVyFZn6zhyphenhyphencXYVsRMk4lOvqOtrahnZ_E0eZ4qmJJJ7M/s1600/189470_171922376193343_153750424677205_460248_2071004_n.jpg

Gitaris terakhir dalam list saya untuk gitaris hebat sepanjang zaman ini ialah Rosli Mohalim dengan lagu-lagu berikut :
- Kamelia
- Sejuta wajah
- Penunggu
- Teratai

Dari semua diatas pujaan hati saya ialah Kid Search .

Walaupun beliau bukan favourite gitaris di Malaysia ini berbanding gitaris lain, tetapi bagi saya solo beliau ada soul lain yang tidak terdapat pada gitaris lain di Malaysia ini .


Beliau juga mungkin sedikit tenggelam kerana dibayangi dengan Hillary Ang yang sudah popular dengan Search  ketika itu .

Solo Kid Search jika anda dengar selalunya melodik , laju dan clean . soundnya juga bukan senang untuk dimainkan semula .

Man Kidal dalam satu temuramah pada suatu masa dahulu di majalah ROTTW , mengakui solo Isabella ialah solo terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia dan saya sangat bersetuju dengan beliau .

Walaupun saya tidak bersetuju dengan istilah terbaik bila ia berkaitan dengan muzik atau seni ini , tetapi kali ini saya sangat bersetuju dengan Man Kidal .


Mungkin anda tidak sependapat dengan saya , jangan marah , kerana ini ialah entri saya dan list gitaris kegemaran saya .

Semua orang ada pilihan masing-masing , tiada yang betul dan salah berkaitan muzik ini sebenarnya .

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum bro, saya pun minat solo2 kid search brbnding yg lain. Sy stuju list solo kid yg bagus2 yg bro listkan tu.kalu nk ikutkan mmg byk solo kid yg sedap2.sing along ngan lagu.ada jiwa dlm solo dia tu..

    BalasPadam
  2. wsalam...so kita meminati gitaris yg sama..hehe..

    BalasPadam