Apabila Nyawa Manusia Tidak Bernilai Lagi ...


Mungkin analogi perbandingan diatas hanya satu sinikal tetapi itulah realiti di Malaysia . Bayangkan saya yang selalu menggunakan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan terutama yang menghala ke selatan , sangat tidak selesa menggunakan jalan itu walaupun terpaksa membayar tol yang mahal , itu belum cerita minyak yang makin mahal kebelakangan ini .

Kualiti jalan di Lebuhrya juga lebih kurang sahaja dengan kualiti di jalan biasa , ia satu realiti dan saya tidak peduli jika Menteri mana pun menafikannya sebab saya tahu tahap IQ mereka yang tidak sebegitu tinggi mana untuk memahami kesusahan orang lain .

Bayangkan lubang sebesar diatas , kalau kereta masuk pun akan jadi kemalangan yang teruk , bayangkan kalau motorsikal ? Lubang yang lebih kecil sedikit dari lubang diatas boleh dijumpai dengan banyaknya di serata negeri di Malaysia ini dan ia merupakan pemandangan biasa .

Menteri pun bukan peduli walaupun ia sebahagian tugas mereka dan mereka dibayar untuk memantau segala perjalannya , yang penting mereka tidak cedera , "orang lain pergi mati lah"

Bayangkan sikap sedemikian terdapat pada majoriti pemimpin Malaysia , mereka tiada mata atau perasaankah , hendak kena pada batang hidung sendiri baru mahu bertindak ? Sedangkan gaji mereka dibayar hari-hari , jadi sewajibnya tiap-tiap hari mereka kena bertindak dan bukan bila berlaku sesuatu kemalangan atau seumpamanya baru hendak bertindak ?

Sistem yang diamalkan di Malaysia ini telah tercemar teruk dengan virus yang bernama rasuah dan ia telah kronik sehingga seorang kawan saya pernah berkata , "di Malaysia ini RASUAH DAH JADI AGAMA" . Melihat pada contoh-contoh yang telah saya beri dan akan saya beri sebentar lagi , nampak ada kebenaran dengan kata-kata beliau itu .

Satu lagi yang saya perasan ialah mengenai lampu isyarat .Bila pengguna langgar lampu isyarat , pastinya akna didenda atau dihukum kalau tertangkap , itu undang-undang kita semua terima .

Bagaimana pula dengan hukuman pada yang membiarkan lampu isyarat tidak berfungsi , pernah sendiri saya alami di laluan pergi kerja saya , 3 hari lampu isyarat tidak berfungsi dan ada kalanya mengjangkau ke 4 hari

Laluannya begitu sibuk dan kenderaan bergerak dengan laju macam di lebuhraya dan lampu isyaratnya boleh rosak sampai 3 hari ? Anda di luar sana boleh bayangkan situasinya tak ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan