Manalah Orang Miskin Tak Jadi Papa Kedana Kat Malaysia ...

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQISA-i9oT2lENmgJYiSFVj1zk60bW8u_-d2XKIvgXfz7JlBJUJ8Q

Saya terjumpa kawan saya tadi dibank . Bersembang panjang dan pergi minum pasal dah lama tak jumpa . Banyak hal yang kami bercerita mengenai kehidupan masing-masing .

Kemudian dia mengeluh sejenak semasa sedang rancak berbual tu , Dia cakap dia baru buat loan dari Koperasi Nelayan atau KOBETA atau koperasi apa ntah yang dia sebut tadi , dan sekarang ini baru dia menyesal .

Saya tanya kenapa pulak ? Dia kata dia tak buat pertimbangan betul masa nak pinjam loan tu pasal dia terdesak sangat nak bayar roadtax dia yang dah mati .

Saya tanya dia kenapa degna loan tu , nak tau apa dia jawab ? Loan tu lebih dahsyat dari along . Pinjam RM3000 , dapat cash di tangan hanya RM1800 , maksudnya koperasi tu je dah ambil 40% dari pinjaman tu dulu . Ikat selama 3 tahun dan bayaran balik RM200++ , tak sampai RM220 lah kalau saya tak silap ingat saya tadi  .

Kasihan pula saya mengenangkan nasib dia , dia pinjam tu pun pasal terdesak , bukan dia pinjam untuk berjoli atau untuk bersuka-ria  .

Saya yang pernah ambil loan ni pun , sepanjang penagalaman saya dengan bank atau koperasi , kalau koperasi atau bank ambil 10% pun dah kira melampau . Inikan pula ambil 40% , dia kena bayar pula campur dengan riba bunga dekat RM7500 , sedangkan dapat di tangan dia hanya RM1800 . Bayangkan berapa kali ganda dia kena bayar dari jumlah wang yang dia pinjam itu ? Lebih dari 4 kali ganda atau lebih 400% dari jumlah yang dia dapat ditangan .

Mana orang miskin tidak semakin papa kedana bila ditekan dan dizalimi sebegini di Malaysia ini , siapa yang peduli dengan nasib mereka ? Saya sebagai kawan hanya boleh tumpang simpati dengan kisah malang kawan saya itu . Kalau saya mempunyai kuasa dan boleh mengawalnya , dan saya tidak berbuat apa-apa , memanglah saya tidak berguna juga .

Malangnya saya hanya manusia biasa juga , yang boleh saya buat setakat ini hanya berkongsikan cerita ini untuk teman-teman lain di luar sana . Yang kaya semakin kaya dan bermaharajalela berbuat sesuka hati di Malaysia ini , golongan marhaen dan miskin semakin terhimpit dan menderita digigit anasir yang bernama penganiayaan dan kezaliman .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan