Biro Pengaduan Awam Yang Tidak Berfungsi

http://vectorise.net/vectorworks/logos/Jabatan%20Kerajaan/downloads/Logo%20Biro%20Pengaduan%20Awan%20(BPA).png

Kebanyakan kes yang melibatkan penjawat awam pastinya melibatkan peranan Biro Pengaduan Awam sebagai orang tengah yang tidak berfungsi atau lebih tepat dipanggil tunggul sahaja .

Saya memberi testimoni ini berdasarkan pengalaman saya sendiri berurusan dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) yang sangat inkompeten dan buat kerja cincai sahaja . BPA bersikap bias dan langsung tidak berperanan walhal BPA ialah satu badan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia .

Saya sendiri pernah pergi ke BPA online dan ada diminta cadangan untuk konon-kononnya penambah-baikan untuk BPA .

Nak tau apa cadangan saya ?

Saya cadangkan BPA DITAMATKAN PERKHIDMATAN SERTA-MERTA kerana langsung tidak berfungsi merujuk kepada kes saya .

Tiada seorang pun pegawai BPA berani memberi respons pada saya setelah saya memberi cadangan tersebut walaupun saya memberikan nama sebenar saya , jawatan saya dan nombor telefon saya .

Kenapa ? Jawapannya kerana mereka bersalah , tetapi disebabkan sistem perkhidmatan awam Malaysia ini yang korup dan tunggu runtuh sahaja , maka tiada tindakan dikenakan kepada mereka .

Bayangkan kes saya telah berjalan selama hampir 2 bulan pada waktu itu , akibat kecuaian dan budaya membuat kerja cincai dalam BPA , saya yang mengalami padahnya Ia kekal hingga ke hari ini dan kes saya telah berjalan lebih setahun 3 bulan , iaitu hingga ke hari ini .

Nak tau apa alasan pegawai yang menguruskan kes saya ?

" SAYA INGAT ...... " , itulah jawapannya setelah beliau gagal mengaturkan pertemuan saya dengan satu kementerian lain dalam masa 2 bulan tersebut . Beliau langsung tidak membuat tindak susul terhadap perkembangan kes ini . Saya sendiri banyak kali menghubungi pegawai tersebut , malangnya beliau selalu sahaja cuti dan kursus .

Ada 2 kali juga pegawai lain yang menyambut panggilan saya meminta saya tinggalkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi , tetapi seperti yang dijangkakan , beliau langsung tidak menghubungi saya , mungkin merasakan kes saya tidak begitu penting untuk diambil berat oleh beliau .

Pegawai ini hanya mula menghubungi saya kembali selepas saya membuat aduan rasmi secara online di BPA online pusat . Aduan saya sebelum itu ialah dengan cara menghantar surat kepada BPA cawangan negeri . "Saya ingat ...." itulah perkataan yang terpacul pada mulut pegawai tersebut sebaik menghubungi saya selepas pertemuan saya yang sepatutnya diuruskan oleh beliau 2 bulan sebelum itu .

Maksud beliau ialah beliau ingat pertemuan saya yang diatur oleh beliau antara saya dan satu kementerian lain di Malaysia ini telah berlangsung .

Kenapa beliau tidak tahu bahawa pertemuan itu tidak berlaku ? Jawapannya mudah sahaja , beliau tidak membuat kerjanya dan walaupun saya cuba menghubunginya untuk memberitahunya , sedangkan sepatutnya belia yang patut hubungi saya untuk mengikuti perkembangan kes ini, maka kes ini tergendala sampai ke hari ini , telah setahun 3 bulan berlalu .

Kalau pertemuan itu berlaku , dan satu keputusan dicapai , kes saya tidak akan berpanjangan sampai ke hari ini . Bayangkan apa yang telah dibuat oleh pegawai BPA ini ? Apa pula tindakan untuk beliau ? Jawapannya ialah tiada kerana saya tiada tempat mengadu untuk menghukum perbuatan beliau .

Jadi beliau bebas berbuat apa sahaja kerana tiada siapa akan menghukum beliau bila membuat kesalahan , bayangkan kesalahan besar pula yang dilakukan beliau dalam kes saya ini .

Kerana itu saya mencadangkan BPA ini ditamatkan perkhidmatannya serta-merta kerana membazir duit rakyat Malaysia sahaja . Mereka juga bias dan tidak berkecuali semasa mengendalikan kes-kes yang melibatkan penjawat awam yang membuat aduan . Saya ada banyak bukti betapa korupnya BPA semasa mengendalikan kes yang berkaitan dengan aduan penjawat awam .

Kes yang melibatkan orang awam lain, nampak agak baik penerimaan mereka kerana tidak melibatkan perjawatan , tetapi bila melibatkan perjawatan lain dalam perkhidmatan awam , BPA akan berat sebelah dan tidak membuat kerja mereka secara profesional . Yang salah ialah mereka yang berjawatan lebih rendah walaupun diberikan bukti salah-laku pegawai yang lebih tinggi jawatannya .

Lihat apa yang berlaku dalam sistem perkhidmatan awam Malaysia sekarang ? Kebanyakan penjwatan awam yang berpangkat rendah tidak dapat pembelaan sewajarnya kerana BPA sendiri korup dan tidak telus . Saya tidak tahu mana agensi/kementerian/jabatan dalam perkhidmatan awam Malaysia yang komited pada ketelusan dan nilai integriti yang selalu dilaungkan dalam perkhidmatan awam Malaysia .

Slogan bersih , cekap , amanah , komited pada kerja tidak lain hanya slogan retorik yang begitu memualkan dan menyakitkan telinga bila ia kedengaran .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan