Satu hari Umar Al-Khatab telah didatangi seorang pemuda yang susah . Pemuda yang susah itu menangis dan menceritakan bahawa beliau miskin dan selalu tidak makan .
Lantaran itu , pemuda itu pun menyelak bajunya dan terlihatlah akan seketul batu yang diikat pada perutnya untuk menahan sakit akibat kelaparan .
Umar Al-Khatab mengangguk tanda faham masalah yang dihadapi oleh pemuda itu . Malangnya pemuda itu jelas lebih terkejut dan takjub bila Umar Al-Khatab menunjukkan sesuatu pada beliau .
Nak tahu apa yang Umar Al-Khatab tunjukkan pada pemuda itu yang membuatkan pemuda itu terkejut dan menjadi lebih takjub ?
Umar Al-Khatab menyingkap bajunya dan terlihat TIGA KETUL BATU YANG TERIKAT PADA PERUTNYA . Tujuannya sama dengan pemuda itu iaitu untuk menahan sakit akibat kelaparan .
Adakah INI YANG SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA ?
Jawapannya pasti tidak .
Umar Al-Khatab sebagai SEORANG PEMIMPIN YANG PENUH TANGGUNGJAWAB , DAN TAHU BERAT AMANAH YANG DIBERI KEPADANYA SEBAGAI PEMIMPIN , TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYATNYA .
Pemuda itu tidak makan kerana Umar Al-Khatab sendiri tidak dapat makan dan 3 kali ganda lebih susah dari pemuda tersebut . Jelas ia menunjukkan CIRI SEORANG PEMIMPIN YANG AMANAH DAN BERATANGGUNGJAWAB .
Kalau ini yang berlaku di Malaysia , pastinya rakyat marhaen seperti saya tidak marah dengan pemimpin Malaysia , malangnya ia berlaku sebaliknya .
Pemimpin-pemimpin tidak bertanggungjawab ini jelas tidak tahu apa-apa dan melepaskan diri mereka semata-mata , jadi persoalannya , BUAT APA ADA PEMIMPIN JIKA ADA SI TOLOL BEGINI ?
Relatif pemimpin dan rakyat ialah seperti AYAH DAN ANAK . Pemimpin itu ialah ayah dan rakyat ialah anak .
Jika DIKETAHUI AYAH ITU ADA BANYAK DUIT , KEMUDIAN BERJOLI , MEMBAZIR , RASUAH , GAGAL BERFUNGSI SEPATUTNYA & BERBAGAI PENYELEWENGAN LAIN DILAKUKAN , sedangkan pada masa yang sama , anaknya tidak makan , adakah beliau ayah yang baik ?
Inilah yang berlaku di Malaysia . Saban tahun Laporan Audit Negara Malaysia melaporkan berbillion duit rakyat Malaysia dibazirkan dan ia tetap berlaku saban tahun . Jika tak silap saya , dari tahun 2008-2013 , pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara Malaysia mencecah RM 50 billion .
Dah naikkan harga barang , dah buat salah , kemudian buat jawapan seperti seorang budak spastik dan tahap IQ budak sekolah darjah 6 sahaja , soalannya apa penyelesaian jangka panjang BAGI PIHAK YANG ADA KUASA , itu soalan sebenar yang perlu dijawab .
Kenapa ini berlaku , siapa yang bertanggungjawab , siapa pula yang tidak bertanggungjawab ? Anda fikirkan sendiri .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan