Ilmu Lah Yang Akan Bebaskan Manusia Dari Kejahilan ...


Siapa pun kita didunia ini , yang membezakan kita hanya ilmu .

Seperti yang kita lihat di Malaysia , walaupun berjawatan Menteri dan Perdana Menteri , jelas tahap keintelektualan , IQ dan ilmu mereka sangat rendah dan lemah .

Boleh dilihat golongan ini walaupun berjawatan tinggi dan ada kuasa , jelas dibenci dan diperlekehkan oleh masyarakat cyber Malaysia .

Kebebalan mereka jelas terserlah dari hari ke sehari dengan isu demi isu yang meloyakan .

Menteri dan Perdana Menteri ini jika anda melungsuri dunia cyber ini , kerap akan akan terjumpa dengan panggilan kurang sopan dan tidak bermaruah yang dilabel kepada mereka akibat sikap tidak ada hormat lagi oleh warga cyber pada mereka .

Istilah LEMBU , SAMPAH , PARASIT dan AYAM telah didendangkan oleh warga cyber Malaysia sejak 5 tahun kebelakangan ini .

Istilah terbaru yang menjadi TROLL atau ejekan warga cyber Malaysia ialah KANGKUNG , merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak .

Seperti yang saya katakan pada awal entri ini , ILMU :

- yang membezakan manusia dari haiwan seperti lembu

- yang membezakan manusia dari sampah di tepi jalan

- yang membezakan manusia dari kangkung ditepi lombong

Akhir sekali renungi gambar dibawah dan elakkan kita menjadi manusia disebelah kiri gambar itu , selamat berjaya semua .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan