Cadangan Hukuman Hudud Disegerakan , Jangan Banyak Dalih Lagi...


Seperti yang diketahui , kisah Hudud telah menenggelamkan terus kisah kehilangan MH370 .

Begitu panas , ke hulu ke hilir orang membicarakannya .

PAS nak buat , tapi tiada sokongan .

UMNO pula berdolak-dalih .

Yang bukan Islam pula takut jika mereka semua pun dikenakan hukuman hudud juga .

Jadi sebagai cadangan menyegerakan pelaksanaannya . elok saya cadangkan Hukuman Hudud ini dikenakan kepada pemimpin dan pemerintah Malaysia dahulu , ada sesiapa bersetuju dengan saya ?

Macam dalam rumah, kalau ayah tidak mahu anaknya merokok , pastinya beliau juga tidak boleh merokok .

Kepimpinan melalui teladan , sudah tentu yang berkuasa perlu tunjukkan contoh pada yang tidak berkuasa .

Yang memimpin , tunjukkan contoh pada yang dipimpin.

Logik kan cadangan saya ni ?

Sama macam hukuman hudud ini , kita buat setahun dahulu , pada pemimpin dan pemerintah Malaysia , macam menteri , perdana menteri dan orang-orang kaya yang bersangkut paut dengan politik dan pemerintahan Malaysia .

Ada bangkangan tak , pastinya selepas setahun itu berlalu saya berani jamin 100% , TIADA LAGI RASUAH . TIADA LAGI PENYELEWENGAN , TIADA LAGI SALAH GUNA KUASA!

Kesimpulannya memang syariah compliance lah pemerintahan dan pentadbiran Malaysia selepas setahun itu .

Jadi ada ke pemimpin Malaysia dikalangan menteri , pentadbir atau yang mempunyai kuasa sementara di dunia ini , TAKUT AKAN CADANGAN SAYA INI ?

Kalau tak takut , laksanakan serta-merta , buat hukuman hudud kepada golongan pentadbir , orang politik , orang kaya dan bangsawan d iMalaysia ini , sebagai role model kepada hukuman hudud yang menyeluruh kepada semua rakyat marhaen selepas setahun dikenakan kepada mereka terlebih dahulu .

Jangan banyak sembang saja , islam ke hulu , islam ke hilr , rasuah macam makan nasi je tiap-tiap hari

Pecah amanah macam minum teh tarik je tiap-tiap hari , buat pertama kali , jadilah seorang manusia yang jujur , berani,  bertanggungjawab dan ada akauntabiliti .

Jangan menyorok dibelakang jawatan sementara anda di dunia ini , kelak diakhirat nanti jawatan itu semua tidak berguna satu sen pun disisi tuhan .

Saya cadangkan Malaysia membuat perkara yang betul kerana di Arab Saudi , hukuman hudud tidak dikenakan kepada pemerintahnya.

Perkara yang sama juga berlaku di Brunei , sultannya tidak tertakluk dalam hukuman hudud itu.

Jadi Malaysia , pemimpinnya , buat perkara yang kelak jadi ikutan , laksanakan pada pemimpin dan ketua mereka terlebih dahulu , kemudian baru dikenakan kepada rakyat kebanyakan .

Saya nak tengok apa akan berlaku seterusnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan