Apa Keperluan Fizikal Manusia Masa Kini ?

 

Entri ini tidak akan membincangkan keperluan manusia dari segi spiritual atau teologi , ia hanya akan membicarakan dari keperluan fizikal manusia .

Fizikal bermaksud perkara yang boleh nampak oleh 5 pancaindera manusia seperti boleh dilihat , disentuh , dipegang , didengar dan dirasa oleh lidah manusia .

Mari saya senaraikan keperluan popular masa kini .

1. Duit atau wang

2. Rumah yang selesa

3. Kenderaan yang selesa

4. Talian internet yang pantas

5. Gajet canggih dan sentiasa up to date

6. Teman wanita/isteri yang cantik

Dari 6 senarai diatas , saya berpendapat keperluan mendesak hanya dari no 1 hingga no 4 sahaja , yang no 5 dan no 5 lebih bersifat optional .

Malangnya dalam realiti dunia masa kini , semua diatas begitu sukar digapai , semuanya pasti bermula dengan duit atau wang .

Bila anda ada duit atau wang yang banyak , semua senarai diatas senang dicapai . Begitu juga sebaliknya .

Ada pepatah yang mengatakan "USAHA TANGGA KEJAYAAN".

Malangya ia telah mejadi satu retorik dalam dunia masa kini kerana manusia hidup saling berkait antara satu sama lain . Manusia bukan entiti stand alone yang boleh membuat keputusan berdasar usaha mereka sahaja .

Banyak faktor lain boleh menjadi penyebab kepada kegagalan kepada usaha mereka . Kajian menunjukkan hanya 10% manusia yang berjaya dengan usaha mereka sendiri .

Kerana itu kita biasa melihat orang yang tidak berbuat apa-apa juga kaya-raya , jadi dimana konsep "usaha tangga kejayaan" itu ?

Ada pendapat sinis yang berkata , itu kalau usaha , kalau tidak berusaha lagilah tidak berjaya ?

Maksud pendapat sinis itu ialah jika anda sudah berusaha bersungguh-sungguh juga tiada jaminan akan berjaya , bayangkan jika anda tidak berbuat apa-apa?

Saya bersetuju dengan pendapat sinis ini tetapi yang saya tekankan ialah UNIVERSAL TRUTH itu sendiri .

Apa makusd "universal truth" itu ?

Simple saya boleh huraikan universal truth itu ialah sesiapa sahaja akan mengalaminya atau akan mendapatkannya tidak kira , manusia itu rajin atau malas , miskin atau kaya , kacak atau hodoh , gemuk atau kurus , alim atau jahil dan yang sewaktu dengannya .

Jadi ia sangat adil dan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini boleh mempertikaikannya .

Contoh jelas universal truth ialah MATI . Ada lagi 2-3 universal truth dalam dunia ini . Fikirkan kembali .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan