Dunia Semakin Tua Manusia Semakin Pelik


Jika anda ingat 20 tahun dahulu , manusia akan bergambar bila hari bahagia mereka tiba , contoh seperti harijadi , hari graduasi atau hari perkahwinan .

15 tahun dahulu pula , ditambah dengan satu lagi peristiwa penting iaitu hari pertunangan .

Keadaan sekarang pula jauh berbeza , nak bersalin atau beranak , pun ada photoshoot!

Phoshoot pra-bersalin dilakukan, dikala perut telah memboyot dan tunggu masa sahaja untuk untuk bersalin .

Yang saya komen ini semuanya bila telah dilakukan oleh ramai orang , jadi ia bukannya kes terpencil , sedikit masa lagi mungkin akan jadi ikutan dan jadi budaya , sama seperti gambar hari perkahwinan .

Belum cerita lagi photoshoot pra-perkahwinan , pun dah jadi trend .

Manusia semakin pelik , mungkin dunia semakin tua . atau kita semua selalu alpa .

Jangan terkejut 10 tahun akan datang , waktu bercerai pun ada photoshoot , ia tidak mustahil jika dilihat kepada "kegilaan" manusia masa kini .

Saya menulis untuk merekodkan insiden-insiden ini , untuk tujuan rujukan saya atau pada sesiapa lain yang berminat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan