Kenapa Nak Menyusahkan Orang Lain ?


Manusia hidup didunia ini hanya sementara .

Jadi perbanyakkanlah berbuat kebaikan semasa didunia yang fana' ini .

Kalau kita tak mampu menolong orang , kita jangan pula menyusahkan orang lain .

Dah lah tak bantu apa-apa kan , kenapa pulak nak susahkan orang lain yang tak bersalah itu ?

Gambar dibawah dirakamkan berdekatan dengan Mahameru Flyover , Jalan Pudu IPK KL ke jalan Istana Lama .




Tidak salah perempuan didalam gambar itu untuk beribadat atau bersolat .

Situasi ketika itu hujan dan tempat perempuan itu solat disatu selekoh .

Sempat pula perempuan ini membaca Al Quran dalam situasi itu .

Soalannya kenapa mesti nak susahkan orang lain , seperti polis trafik dalam gambar itu yang terpaksa 
mengawal lalu lintas untuk beliau .

Kesusahan pasti turut dirasakan oleh pengguna yang melalui jalan itu .

Walaupun atas alasan agama , perbuatan ini sangat 'selfish' dan menganggu ketenteraman awam .

Matlamat tidak menghalalkan perbuatan walau atas alasan apa sekalipun .

Harap kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mementingkan diri ini .


UPDATED!!!!

Komen saya diatas tidak applicable pada situasi gambar diatas kerana perempuan yang solat itu mungkin mengalami sindrom kemurungan dan sekarang sedang dirawat di hospital .

Perinciannya bagi yang berminat nak mengetahui boleh klik link dibawah:
Wanita sembahyang di atas jalanraya
Wanita sembahyang di atas jalanraya V2

Tapi info saya diatas tetap valid bagi mereka yang normal dan waras , jangan pentingkan diri dan fikirkan kesenangan untuk orang lain juga .

Semuanya akan aman bila semua manusia tidak mementingkan diri sendiri .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan