Penutup Pendedahan Korupsi , Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara Malaysia


Ini ialah entri terakhir atau kesimpulan berkaitan pendedahan tentang korupsi , salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku secara berleluasa dalam organisasi Polis Diraja Malaysia atau PDRM .

Saya faham pendedahan ini tidak boleh mengubah apa-apa kerana SAYA TIDAK ADA KUASA .

Bukan mereka yang didakwa baik dan tidak bersalah , harap pembaca jelas mengenainya .

Kes ini sangat berat kerana ia melibatkan isu profesion yang mengawal KESELAMATAN dan MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG di Malaysia .

Bila IA KORUP , SIAPA LAGI YANG MAHU DIHARAPKAN UNTUK MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ?

Bayangkan jika anda membaca semua entri berkaitannya , DARI SETINGGI-TINGGI  JAWATAN IAITU PEGUAM NEGARA MALAYSIA , KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA , hingga ke organisasi PDRM sendiri dari akar umbinya ke jawatan tertinggi , korup!

Jika ada yang terlepas , boleh membaca link-link dibawah :
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 1
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 2
Berita Berkaitan Dakwaan Polis Malaysia Korup Part 3

Polis fungsinya dalam masyarakat ialah MENJAGA & MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG .

Peguam Negara yang mengetuai bahagian pendakwaan undang-undang Kerajaan Malaysia pula MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG DITEGAKKAN DENGAN CARA PENDAKWAAN KE ATAS PESALAH YANG MELAKUKAN KESALAHAN ATAU JENAYAH .

Jadi Polis dan Peguam Negara bagaikan aur dan tebing dan teras kepada penguatkuasaan undang-undang Malaysia .

Bayangkan bila kedua-dua entiti ini KORUP , MEMBUAT PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA ?

Kerana itu keluarnya intro entri saya dibawah :
Siapa Lagi Yang Boleh Dipercayai , Undang-undang Malaysia Boleh Campak Dalam Tong Sampah ?

Saya memang sengaja membuatkan reversed sequence atau urutan terbalik supaya pembaca boleh berfikir secara waras dan memahami apa yang berlaku sebenarnya didalam dakwaan ini .

Mungkin ada yang menempelak , bila membaca intro entri diatas pada masa ia mula dibuka  , kerana tidak faham apa yang saya utarakan sebenarnya .

Jadi hari ini anda akan faham dan mungkin akur dengan apa yang saya sampaikan .

Teringat pula saya filem filem THE DEPARTED lakonan Jack Nicholson , Matt Damon dan Leornado DiCaprio bila membaca fakta dan kronologi tentang kes ini .

Yang belum lihat filem ini , IA WAJIB TONTON JIKA ANDA MAHU MEMAHAMI TENTANG APA ITU  POLIS KORUP YANG MENYALAH GUNAKAN KUASA DAN MEMBUAT PENYELEWENGAN DAN CARA MEREKA MELAKUKANNYA .

Saya sangkakan ia hanya berlaku di dalam filem sahaja dan POLIS KORUP HANYA ADA DI AMERIKA!

Realitinya apa yang belaku di Malaysia berkaitan polis dan undang-undang JAUH LEBIH MENAKUTKAN!

Siapa lagi yang boleh dipercayai di Malaysia berkaitan undang-undang ini ?

Walaupun BUKAN SEMUA POLIS dan bukan SEMUA YANG MENJADI PEGUAM PENDAKWAAN KORUP , TETAPI KESAN PERBUATAN KHIANAT YANG TELAH DILAKUKAN DALAM KES INI AKAN JADI SATU PARUT PANJANG YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN!

SEMUA mereka yang didakwa ini MASIH BEBAS KERANA MEREKA ADA KUASA , bukan kerana mereka tidak membuat salah kerana mereka semua UNTOUCHABLE!

Adakah perbicaraan terhadap Gani Patail ?
Adakah perbicaraan terhadap Musa Hassan ?
Adakah perbicaraan terhadap semua polis yang dinamakan dalam akaun bersumpah 6 rakan sejawat mereka ?

Kesalahan mereka yang didakwa oleh rakan sejawat mereka pula bukan kerana menipu 20 sen atau mencuri pensil 2B .

Bila membaca balik semua akuan bersumpah itu , saya boleh bayangkan 'POLIS SEBAGAI PENJENAYAH DALAM PAKAIAN SERAGAM'!

Lebih hebat 'penjenayah beruniform' ini ada LESEN BESAR DAN BOLEH PILIH SIAPA YANG JAHAT , SIAPA YANG PERLU DIDAKWA , SIAPA YANG BOLEH DILEPASKAN , ATAU MUDAH CAKAP , SUKA HATI MAK BAPAK MEREKA SAHAJA!

Tiada gunanya UNDANG-UNDANG lagi bila ini telah berlaku , sedang berlaku dan akan berlaku lagi .

UNDANG-UNDANG TERCIPTA UNTUK MENANGANI SALAH LAKU , jadi apa gunanya UNDANG-UNDANG bila 'pesalah dan penjenayah' sendiri YANG MENGAWALNYA ?

Yang sedang membaca entri ini , mungkin merasakan kupasan saya ini keras , saya rasa elok juga anda membaca terlebih dahulu , Kompilasi Akuan Bersumpah 6 Pegawai Polis , dan kemudian baru anda fikirkan semula entri saya ini wajar atau tidak .

Saya tinggalkan anda semua untuk memikirkan BETAPA KRONIKNYA UNDANG-UNDANG di Malaysia ini sebenarnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan