Kalau betul , apa kesudahannya ?
Saya tidak nampak keputusan kes ini di media massa atau dimana-mana, adakah dibiarkan begitu sahaja ?
My name is Lee Heng Moy and I live in Banting,
Selangor Darul Ehsan. Home Address is No.89, Jalan Kiambang, Taman Gembira.
Poskod: 42700.You can contact me by phone - 03 3187 4388 or fax - 03 3181
7199.And, my email is either leehengyau@gmail.com or leehengmoy@gmail.com.
LAPURAN POLIS DIBAWAH SEKSYEN 107 KANUN PROSEDUR
JENAYAH
No Repot :SEK 11/004861/09
Tarikh : 05/07/2009
Waktu : 1531PM
INSP Aidil 012 6979295_ 6-7-09 5.35PM kata besok
2.30pm Bawa pergi BPR
BPR Raja Zahuruidin 012 5475 750 _7-7-09 3.35pm
3Day ok
LAPURAN POLIS DIBAWAH SEKSYEN 107 KANUN PROSEDUR
JENAYAH
PENGADU : LEE HENG YAU
NO.KP : 670217-04-5297
ALAMAT : NO. 89, JALAN KIAMBANG,
TAMAN GEMBIRA,
42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 3187 4388
FAKS: 03 3181 7199
TERHADAP: YANG ARIF DATO’ SYED AHMAD HELMY BIN
SYED AHMAD
ALAMAT : MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM (J1),
BANGUNAN MAHKAMAH SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
KESALAHAN: Mengikut takrifan SEKSYEN 19 “HAKIM”,
20 “MAHKAMAH” dan SEKSYEN 21 “PENJAWAT AWAM” (c) tiap-tiap hakim, telah
melakukan kesalahan dibawah SEKSYEN 219 dan 220 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
1. Ini adalah lapuran berkaitan dengan kesalahan
Jenayah yang dilakukan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad terhadap
saya pada 1 Julai 2009 (MTJ1-21-36-08) mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”,
Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim,
dibawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu:
A. Penjawat awam menggunakan kuasanya untuk
memenjarakan saya selama 3 bulan tanpa perbicaraan yang seadilnya sedangkan
mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan 8 (1) menyatakan semua orang adalah
sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata
di sisi undang-undang. Justeru itu, tiada siapa yang dapat mengatakan bahawa
beliau adalah lebih tinggi dari undang-undang.
B. Penjawat Awam telah menggunakan kuasanya untuk
tidak merujuk kepada Afidavit Tambahan yang dikemukakan oleh saya semasa
perbicaraan. Beliau juga sedia maklum keadaan saya yang enggan diwakili oleh
mana-mana peguam dan terpaksa menguruskan sendiri bagi mendapatkan nota
keterangan dan alasan penghakiman dengan menggunakan pembantu saya kerana
kemampuan dan kefahaman saya dalam membaca dan menulis adalah terhad.
Sebaliknya, pembantu-pembantu saya ini telah mengkhianati dan menganiaya saya.
C. Satu Lapuran Polis telah dibuat oleh saya
terhadap pembantu-pembantu saya, En. Muhammad Azman bin Nordin dan En. Mohd
Roshali bin Mohd Rosidi (No Repot: SEK15/022713/08) tetapi tiada tindakan
diambil oleh beliau untuk membolehkan kedua-dua pembantu saya untuk hadir ke
mahkamah dan mendapatkan keterangan dari kedua-dua individu tersebut. Jelas
disini menunjukkan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad telah
menggunakan kuasanya dan melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan seterusnya dibawah
takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat
Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melakukan kesalah di bawah Seksyen 219 dan 220
Kanun Keseksaan (Akta 574).
D. Penjawat Awam juga tidak mengikut prosedur
untuk menghukum penghinaan, dan tidak membicarakan kes ini seadilnya. Jelas
menunjukkan bawah beliau telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 dan mengikut
takrifan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melakukan
kesalahan dibawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).
E. Saya juga tidak dibekalkan dengan Jurubahasa
untuk menerangkan atau menterjemahkan kepada saya mengenai apa-apa berkenaan
dengan keputusan bagi kes tersebut. Jika mahkamah membekalkan saya dengan
Jurubahasa untuk menerangka apa-apa kepada saya, saya boleh menerangkan kembali
kepada mahkamah dengan logiknya.
F. Penjawat Awam juga menggunakan kuasanya untuk
mengenepikan surat permohonan saya untuk Penangguhan Agar Yang Arif Dato’ Syed
Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad Dikecualikan Daripada Mendengar Perbicaraan Untuk
Kes Usul Pemula (No: MTJ1-21-36-Tahun 2008) pada 04 Jun 2008, dan tetap juga
meneruskan perbicaraan. Pada 1 Julai 2009, beliau telah menggunakan kuasanya
untuk menjatuhkan hukuman pada saya. Mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”,
Seksyen 20 “Mahkamah”, Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, beliau
telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta
574). Beliau juga telah melakukan kesalahan yang sama mengikut takrifan Seksyen
19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap
hakim, terhadap adik saya, Lee Heng Moy di dalam kes perbicaraan Notis Usul
Ex-Parte No: MTJ1-25-7-2008 Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam pada 21 Mei
2008 (SEK11/003870/08), (SEK11/003821/08).
G. Penjawat Awam menggunakan kuasanya dibawah
takrifan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, melanggar Kod Etika
Hakim 1994 dan seterusnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220
Kanun Keseksaan (Akta 574):-
a) membelakangkan tugas-tugas kehakimannya demi
kepentingan persendiriannya;
b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas
kehakimannya;
c) beliau telah membiarkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang hakim;
(i) dia telah membiarkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai hakim;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya
bagi faedahnya sendiri;
d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian
cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;
e) kurang cekap atau kurang berusaha;
f) sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang
munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan
dan menulis alasan-alasan penghakiman.
Seksyen 219 Kanun Keseksaan (Akta 574)
mengatakan:-
“…Barang siapa menjadi seorang penjawat awam
dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan…yang ia
ketahui berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Seksyen 220 Kanun Keseksaan (Akta 574)
mengatakan:-
“…Barang siapa yang memegang apa-apa jawatan yang
diberi kepadanya kuasa undang-undang bagi menghukum orang supaya dibicarakan
atau dikurung (Penjara) dengan cara tidak jujur atau jahat menghukum seseorang
pada menjalankan kuasa tersebut, dengan mengetahui bahawa berbuat demikian itu
adalah bertindak berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau
kedua-duanya.
H. Sebelum ini satu Lapuran Polis telah dibuat
oleh adik saya berhubung dengan kesalahan Jenayah yang sama yang dilakukan oleh
Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad semasa perbicaraan kes adik
saya, Lee Heng Moy (No Repot: 11/003821/08) tetapi tiada tindakan diambil oleh
pihak Polis. Jelas menunjukkan disini bahawa pihak Polis telah melakukan
kesalahan di bawah Seksyen 221 iaitu Penjawat awam yang terpaksa di sisi
undang-undang menangkap seseorang itu dengan sengaja meninggalkan daripada
menangkap orang itu.
Seksyen 221 Kanun Keseksaan (Akta 574)
mengatakan:-
“…Barang siapa yang menjadi seorang penjawat
awam, yang terpaksa di sisi undang-undang sebagai penjawat awam itu menangkap
atau mengurung seseorang yang dipertuduhkan atau yang boleh ditangkap kerana
sesuatu kesalahan, dengan sengaja membiarkan orang itu lari, atau dengan
sengaja menbantu orang itu lari atau mencuba lari dari pengurungan itu,
hendaklah diseksa seperti berikut:-
a) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
tujuh tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung
itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap itu telah dipertuduhkan atau boleh
ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh; atau
b) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
tiga tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung
itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap itu, telah dipertuduhkan atau boleh
ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur
hidup, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun; atau
c) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
dua tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung
itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh
diseksa dengan penjara selama tempoh kurang daripada sepuluh tahun.
I. Pihak Polis (ASP Lim Chee Jiun) juga ada
mengeluarkan Surat Pemberitahuan Kedudukan Laporan SEK11/03870/08 &
SEK11/03821/08 yang bertarikh 17 Jun 2009 sebagai balasan kepada surat-surat
saya yang bertarikh 12 Jun 2008 dan 8 Jun 2009, juga balasan kepada surat pihak
Polis yang bertarikh 24 Jun 2008. Tetapi kandungan surat tersebut jelas
menunjukkan pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan/keterangan daripada
Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad atas kesalahan mengikut
takrifan Seksyen 21 ” Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, kerana melanggar Kod
Etika Hakim 1994, dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan
(Akta 574). Justeru itu jelas menunjukkan pihak Polis (ASP Lim Chee Jiun) telah
melakukan kesalahan dibawah Seksyen 167 iaitu Penjawat awam membentuk surat
yang tidak betul dengan niat hendak menyebabkan bencana.
Seksyen 167 Kanun Keseksaan (Akta 574)
mengatakan:-
“…Barang siapa yang menjadi seorang penjawat
awam, dan sebagai penjawat awam itu, ditugaskan membuat atau menterjemahkan
surat itu secara yang ia ketahui atau percaya tidak betul, dengan maksud dengan
jalan demikian itu hendak menyebabkan atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia
akan dengan jalan demikian itu menyebabkan bencana kepada seseorang, hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan
denda, atau dengan kedua-duanya”
J. Saya dengan ini melapurkan bahawa Yang Arif
Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”,
Seksyen 20 “Mahkamah” dan Seksyen 21’ Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah
melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen
219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574). Saya memohon agar pihak Polis dapat
memilih seorang penuh pengalaman (Senior), yang mahir dalam bidang
undang-undang untuk menyiasat kes ini secara mendalam.
Sekian sahaja lapuran saya
Pengadu,
Lee Heng Yau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan