Ibu Dyana Sofya Pengkhianat UMNO ?


Seseorang telah mengedarkan kepada saya apa yang Yammy Samat , iaitu ibu kepada Dyana Sofya , calon DAP PRK Teluk Intan dapat selama ini iaitu semasa menjadi ahli UMNO dengan jawatan Setiausaha Wanita Bahagian .

Tak tahu pula dakwaan itu fitnah atau betul , itu tak penting bagi saya , kerana saya memandangnya dari persepektif yang berbeza .

Perinciannya ialah seperti dibawah :


Mungkin yang mengedarkan dan menghebohkan perincian ini fikir mereka telah checkmate Dyana dan ibunya .


Bagi saya ia menelanjangkan UMNO yang sebenarya , memang jelaslah UMNO ini parti rasuah jika perincian yang diberikan diatas benar 100% , iaitu kesitimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada Yammy Samat iaitu ibu Dyana Sofya kerana memegang jawatan dalam UMNO .


Bayangkan Yammy Samat , yang hanya memegang jawatan Setiausaha Wanita Bahagian UMNO , mendapat limpahan rezeki dan kelebihan sebegini , bayangkan jawatan lain yang lebih tinggi daripada beliau .

Bayangkan berapa banyak kelebihan dan limpahan wang yang didapati dengan jawatan dibawah :

- Ketua Bahagian UMNO
- Putera UMNO
- Puteri UMNO
- Ketua Pemuda UMNO
- Ketua  Wanita UMNO
- Bendahari UMNO
- Setiausaha Agung UMNO
- Exco UMNO
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO
- Naib Presiden UMNO
- Timbalan Presiden UMNO
- Presiden UMNO

Anda boleh bayangkan tak keistimewaan dan kelebihan untuk jawatan-jawatan diatas ?

Saya bagi anda senarai jawatan besar sahaja , sedangkan beribu-ribu  lagi jawatan yang lebih kecil atau setanding dengan jawatan ibu Dyana Sofya .



Siapa checkmate siapa sekarang , jelas terang lagi bersuluh sekarang , memang rasuah menjadi permainan dan oksigen dalam UMNO .

Yang menyertai UMNO memang pentingkan tembolok dan kroni masing-masing sahaja , nasib orang Melayu miskin lain di luar sana BOLEH PERGI MAMPUS!


Betul lah dakwaan Nur Jazlan yang cuba melobi menjadi Ahli Majlis Tertinggi semasa PAU13 tempoh hari .

Anda semua boleh baca berita detailnya dibawah:
Nur Jazlan Kata Tak Rasuah


Tiada soalan lagi yang arif!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan