Kami Bukan Rasuah !

http://mk-cdn.mkini.net/641/18d22ced2be8cae862b27bf8eda82a0d.jpg

Calon Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau tewas dalam pemilihan Umno ekoran masalah pembelian undi, selepas memberi amaran berhubung 'politik wang' sebulan sebelumnya.

Nur Jazlan hari ini menjelaskan, wang yang dirujuknya sebelum ini merupakan kos menggerakkan jentera dan bukan imbuhan untuk membeli undi.

"Saya kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal.

Ia bayar wang untuk orang berkempen , bukan bayar untuk undi."

Bawah sistem sekarang, kata Nur Jazlan, sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Nur Jazlan pada September lalu menganggarkan kos untuk selamat di sesebuah kawasan bernilai RM200,000 dan menjadikan kos untuk kerusi naib presiden sebanyak  RM13 Juta  untuk selamat di 64 bahagian.

Klik link berita berkenaan:
Pautan berita dari MalaysiaKini



Komen saya

Ayat yang digunakan pun nampak penipunya POLITIK WANG INSTEAD OF RASUAH . soalannya kenapa , kerana perkataan rasuah nampak jijik dan hina kan ?

Memang rasuah sangat jijik dan hina , malangnya anda semua begelumang didalamnya .

Tolong beritahu saya Nur Jazlan, siapa yang mahu undi anda kalau anda tidak rasuah dia

Apa sumbangan anda kepada Malaysia sampai pengundi UMNO hendak undi anda ?

Satu lagi soalan pada calon yang bertanding dalam PAU 2013 , tolong auditkan perbelanjaan anda dan buktikan yang wang yang anda gunakan untuk rasuah pengundi anda ialah WANG ANDA SENDIRI . 

Soalan ini lebih memfokuskan pada calon-calon di kalangan menteri dalam kerajaan Malaysia .

Buktikan pada saya , SEMASA MERASUAH DAN MEMBELI UNDI , ANDA GUNAKAN 100% WANG ANDA ATAU WANG MAK BAPAK ANDA . 

Kesimpulannya , MEREKA INI SEMUA PERLU RASUAH UNTUK ORANG BUAT KERJA IAITU KEMPEN UNTUK MEREKA . DAN MEREKA PERLU RASUAH SUPAYA ORANG UNDI MEREKA

Luar dalam , atas bawah , kiri kanan , timur barat , semuanya rasuah , tiada yang lain , melainkan rasuah belaka .

2 ulasan: