Pencalonan Dyana Sofya Satu Tamparan Hebat Bagi UMNO Sebenarnya


Pada umur 27 tahun , Dyana Soya telah menjadi calon pilihanraya .

Menang atau kalah ialah perkara kedua , pendedahan dan peluang itu yang sangat penting dan kritikal .

Bayangkan kalau Dyana Soya duduk dalam UMNO , apa jawatan beliau sekarang , adakah beliau mendapat peluang sebegini .

Jangan mimpi dan tunggu sampai kerepot lah nanti kalau nak jadi calon pilihanraya UMNO.

Parti mana yang beri peluang ni ?

Jawapannya ialah parti DAP , parti yang majoritnya dipenuhi oleh orang bukan Melayu .

Mana UMNO tak malu dan nampak begitu diperbodohkan .

Isu kecantikan Dyana Soya yang menjadi sinikal dalam kempen PRK masih tidak difahami UMNO .

Mesejnya ialah kenapa Dyana Soya cantik ?

Jawapannya ialah kerana Dyana Soya  masih muda tapi telah berpeluang menjadi calon pilihanraya yang didokongi oleh parti yang majoritinya bukan Melayu .

Bagi saya ini satu check-mate besar bagi pada sesiapa yang memahami senario politik Malaysia .

UMNO masih dengan totoknya , kalau tiada hubungan atau kabel , atau ada kroni dan boleh rasuah perwakilan , jangan mimpilah seseorang itu boleh jadi calon UMNO walaupun berumur 100 tahun!

Lihat kes Sharizat jalil , yang terkenal dengan kes 'lembu kondo'nya masih disimpan oleh UMNO .

Nampak jelas UMNO mempunyai hobi yang sangat jijik iaitu menyimpan sampah yang lama sepatutnya telah dibuang .

Nama saya boleh beri selain Shahrizat Jalil ialah Isa Samad .

Nama-nama diatas masih gah menjadi pemimpin dalam UMNO dan ia begitu meloyakan .

Tokoh paling muda yang menonjol dalam UMNO ialah Khairy Jamaludin .

Itu pun beliau naik semasa bapa mentuanya iaitu Abdullah Badawi menjadi perdana menteri Malaysia .

Khairy patut bertanya pada dirinya sekarang ini , adakah kalau Abdullah Badawi dulu tidak menjadi perdana menteri Malaysia , beliau akan berada dalam kedudukan hari ini ?

Jangan mimpilah , jelas UMNO parti yang mengamalkan kronisme dan rasuah yang telah sebati dengan budaya politik mereka .

Jelas Dyana Sofya menelanjangkan kebodohan dan kerakusan UMNO selama ini .

Dyana Sofya ialah satu ikon yang dipilih bukan bersandarkan beliau siapa  atau mempunyai wang berbillion ringgit yang boleh rasuah perwakilan .

Beliau hanya seorang gadis Melayu biasa yang diberi peluang oleh parti bukan Melayu .

Dyana Sofya menempelak Khairy Jamlaudin dan menyatakan bahwa Khairy Jamaludin juga 'nobody' satu masa dahulu sebelum bergelar 'somebody' pada hari ini .

Cuma nasib Khairy Jamaludin lebih baik kerana menjadi menantu kepada perdana menteri Malaysia ketika itu , Dyana Sofya tidak .

Bayangkan kalau Dyana Sofya menang PRK Teluk Intan ini ?

Impaknya begitu besar kepada politik Malaysia sebenarnya .

Pemimpin dilantik bukan kerana beliau banyak duit untuk rasuah orang memilihnya , tetapi kerana beliau layak untuk melakukan kerja itu , tidak kira umur beliau berapa .

Tapi perkara ini tak akan berlaku dalam UMNO . yang lebih suka menyimpan 'sampah' seperti Shahizat Jalil dari memberi peluang kepada pemimpin muda yang jujur dan amanah .

Seolah-olah kalau Shahrizat Jalil mati atau tiada lagi dalam UMNO , dunia ini akan kiamat!

Lihat begitu bodoh dan ceteknya pemikiran pemimpin UMNO , bagaimana pemimpin sebegini dipilih untuk memimpin Malaysia ?

Saya rasa mereka ini tak layak pun dipanggil pemimpin .

Pastinya saya bukan salah seorang dari yang memilih pemimpin-pemimpin korup ini .

Jadi gunakanlah PILIHAN yang kita ada sebaiknya , kalau tidak MENGAPA KITA PERLU ADA PILIHAN ?

Buat pilihan yang bijak , jangan suka simpan 'sampah' .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan