Akuan Bersumpah Sarjan Mejar Manimaran a/l Palaniappan


Saya, Manimaran a/l Palaniappan (K/P Polis No: D/94894) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Pemangku Sarjan Mejar (P/SM) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. 
Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJK. 
Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 11.07.2005, saya telah terima arahan dari T/KPD Johor Baharu Utara (Skudai) Johor iaitu Supt. Tan Sook Fuan mengarahkan saya menjalani pertukaran ke D7, IPK Johor. 
Saya dikehendaki melapor jam 1400 hrs hari yang sama dan diarahkan melaporkan diri kepada ASP. Hedzir Bin Hussin – T/PT – D7, IPK Johor. 
Saya juga diberitahu secara lisan dan menurut Supt. Tan, arahan pertukaran saya secara bertulis akan menyusul kemudian.

3. Saya telah merayu dengan T/KPD dan KBSJD dan IKG Johor Bahru Utara agar saya tidak ditukarkan ke IPK Johor, di atas alasan saya baru sahaja bertukar Daerah JBU iaitu pada 1.11.2002. 
Namun rayuan saya ditolak dan diarahkan untuk menjalani pertukaran ini kerana arahan dari DIG-Dato Seri Musa Bin Hj. Hassan. 
Kemudian saya merayu untuk menjalani pertukaran pada 15.07.2006 dan permintaan tersebut diluluskan.

4. Pada 13.07.2005, saya telah menerima arahan pertukaran dari pihak KP Johor yang mengarahkan saya menjalani pertukaran serta merta ke Caw. D7, IPK Johor.

5. Pada 15.07.2005, saya telah melaporkan diri di Cawangan D7, IPK Johor. 
Kemudian saya telah ditugaskan dibawah ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin (T/PT-D7).

6. Saya dan anggota Cawangan D7, IPK Johor yang baru melaporkan diri hadir perjumpaan dengan ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin di Balai Polis Tampoi. 
Dalam perjumpaaan itu, saya dan anggota dikehendaki mengikut arahan ASP. Mohd Hedzir Bin Hussin dalam membantu beliau melaksanakan tugasan yang akan diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pucuk pimpinan iaitu IGP dan DIG.

7. Pada Ogos 2005, saya diarahkan oleh P/DSP. Mohd Hedzir Bin Hussin (dinaikkan pangkat dari ASP) untuk membuka kes fail ke atas tiga (3) orang subjek terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram iaitu penama LAW KENG SING, LAI SIN YAI dan CHEAH HUA SEAY (Hock Soon) di bawah undang-undang pencegahan Akta Kediaman Terhad 1933. 
Setelah siap ketiga-tiga kes fail di atas telah dikemukakkan kepada pihak D7, Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

8. Pada hari yang sama, pada diwaktu malam saya telah dibawa oleh P/DSP. Mohd Hedzir Bin Hussin dan SM/D.59920 NG SWEE MIN ke Restoran Lotus di kawasan Petaling Jaya, Johor Bahru, Johor. 
Kemudian saya telah diperkenalkan kepada seorang lelaki Cina gemuk yang dikenali sebagai AH HON yang kemudiannya saya dapati beliau adalah adik ipar kepada SM/D.NG SWEE MING.

9. Dalam masa itu telah datang seorang lagi lelaki Cina yang mana diperkenalkan kepada saya sebagai IVAN. 
Selepas itu, muncul seorang lagi lelaki Cina lagi yang mana diperkenalkan kepada saya oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN bahawa lelaki Cina itu tersebut adalah dikenali sebagai BK TAN. 
Apabila lelaki Cina datang saya dapati P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SM/D 59920 NG SWEE MIN juga memanggilnya sebagai BK TAN. 
Oleh itu, saya pun percaya beliau adalah seorang TAN SRI. 
Setelah lama baru saya dapati lelaki Cina itu adalah BK TAN.

10. Dalam masa itu, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN telah mengenalkan saya kepada BK TAN tersebut dan menyatakan saya adalah pembantunya dalam memproses kes fail. 
Saya jiuga dapati ketika itu, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SM/D, NG SWEE MIN telah menyatakan hal Pengedaran kes fail ke atas 3 orang suspek tersebut. 
Kemudian P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan telah ditanya oleh BK TAN kenapa penama-penama ini tidak diambil tindakan dibawah Ordinan Darurat (KA/MJ) NO. 5/69 keatas mereka. 
Lalu P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menyatakan kegiatan perjudian tiada arahan untuk membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat kerana tiada kekerasan ataupun ancaman.

11. Semasa dalam perjalanan balik ke Johor, saya telah bertanya dengan SM/D. NG SWEE MING siapakah BK TAN dalam organasasi PDRM dan saya diberitahu beliau adalah seorang ahli panel penasihat yang dilantik oleh PM untuk menasihati pucuk pimpinan PDRM iaitu IGP/DIG dalam penambahbaikan pasukan PDRM. 
Saya juga dimaklumkan BK TAN adalah seorang bekas pegawai risik tentera. 
Manakala AH HON adalah seorang ‘ground comander’ bagi zon selatan dalam usaha mengesan merisik intergriti ahli pasukan PDRM.

12. Pada September 2005, saya telah bersama P/DSB. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN pergi ke Bukit Aman untuk mengambil tiga (3) buah kes fail untuk diproses semula dibawah Ord. Darurat (KA& MJ) 5/69 mengikut arahan PJSJ NO.2

13. Pada September 2005, saya telah membantu P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN memproses kembali tiga kes fail tersebut dan dimajukan kembali untuk kelulusan. 
Kelulusan telah diperolehi pada hari yang sama.

14. Pada hari yang sama, saya dapati P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN mengaturkan untuk menangkap subjek-subjek tersebut. 
Kemudian saya dapati AH HON pun berada di Johor Bahru, Johor dengan beberapa orang lelaki Cina yang tidak kenali untuk mengesan subjek-subjek tersebut. 
Dimana subjek LAW KENG SING dan LAI SING YAI telah ditangkap dengan dibantu oleh AH HON dan kumpulan lelaki Cina yang dikatakan pegawai / anggota E1 Bukit Aman.

15. Pada November 2005, saya telah diarahkan oleh P/DSP. NG SWEE MIN untuk membuka kes fail ke atas subjek LEE GEE LAM. 
Setelah mendapat kelulusan tangkapan dibawah Sek 3(1) Ord. Darurat (KA/MJ) 5/69. 
Penama LEE GEE LAM telah ditangkap dan dihantar ke lokap Bukit Aman.

16. Pada Disember 2005, saya telah diarahkan oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menemani beliau ke Putra Jaya untuk berjumpa dengan KUP DATO YUSOF ZAINAL ABIDIN. 
Saya diberitahu oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN bahawa TAN SRI CHIA (BK TAN) telah mengaturkan perjumpaan tersebut dengan DATO KUP untuk berbincang mengenai pertuduhan-pertuduhan keatas subjek LEE GEE LAM. 
Semasa saya dalam perjalanan TAN SRI CHIA juga telah menalipon P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan menanyakan kedudukan kami dan menyatakan beliau telah mengaturkan perjumpaan tersebut.

17. P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dengan ditemani oleh YA. WAHAB (SFC) KKDN berjumpa dengan DATO’ KUP untuk berbincang pertuduhan ke atas subjek LEE GEE LAM. 
Saya diarahkan oleh P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN untuk tunggu di bilik pelanggan dihadapan pejabat DATO KUP. 
Selepas keluar dari Pejabat DATO’ KUP, P/DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN menyatakan ,
“Kita terus semua tuduhan yang telah disediakan untuk tindakan dibawah Sek. 4(1) Ord. Darurat”.

18. Pada Mac, 2007, saya telah terima arahan dari ASP. MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk mendapatkan maklumat dan keterangan ketas sindiket TENGKU yang merupakan satu sindiket judi empat nombor ekor haram yang bergerak aktif di Negeri Johor.

19. Pada Mac 2007, saya telah diarahkan oleh ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk membantu beliau membuka kes fail ke atas tiga orang subjek iaitu :-

(i) CHAI NGEW;
(ii) CHAI YEW FAH; dan
(iii) TAN LEE POEY

yang merupakan ajen (taukeh ekor) dari kawasan KLUANG, JOHOR.

20. Pada 28.03.2007, kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA/MJ) 5/69 ke atas ketiga penama telah diperolehi dan pada 03.03.2007 .
Ketiga-tiga Penama telah ditangkap di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA/MJ) 5/69. 
Kemudian pada 08.04.2007 ketiga-tiga penama telah dibebaskan di atas arahan Pucuk pimpinan JSJ, Bukit Aman.

21. Pada Mac 2007, saya telah membantu ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk merakamkan percakapan risikan ke atas seorang lelaki Cina yang ditangkap di pusat pengiraan judi loteri awam haram di Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor oleh pihak D7, Bukit Aman sepertimana Johor Bahru Selatan Repot: 7295/2007. 
Selepas seminggu Penama dibebaskan, beliau telah membuat laporan polis dengan mengatakan saya dan ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD telah mengasari beliau ketika merakamkan percakapan risikan. 
Saya dapati beliau berbuat demikian kerana hendak mencabar keterangan positif yang didedahkan terhadap ketua sindiket tersebut iaitu TENGKU (GOH CHENG POH).
22. Saya juga telah membantu ASP MIOR FAHIM BIN AHMAD untuk membuka kes fail ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram dibawah sindiket TENGKU dan kes fail telah dikemukakan ke D7 Bukit Aman dan masih belum ada kelulusan lagi.

23. Pada 26/06/2007, saya dan anggota D7 yang lain telah menerima arahan pertukaran. 
Dimana saya diarahkan untuk bertukar ke D7, Bukit Aman. 
Saya dapati arahan pertukaran saya dan Sjn/D.104700 Raja Kumar a/l Govindasamy adalah didorong kerana saya terlibat dalam merakam percakapan positif terhadap TENGKU (GOH CHENG POH) dan ahli sindiketnya yang lain. 
Keduanya kerana saya terlibat dalam pembukaan kes fail ke atas subjek-subjek di atas yang merupakan ahli sindiket TENGKU tersebut. 
Selain itu, saya dan Sjn/D.104700 Rajakumar sering menyalurkan maklumat-maklumat judi loteri awam serta melaksanakan Tangkapan dengan diketuai oleh Pegawai Penyelia kami C/Insp. Sundra Rajan a/l Ellumalai (I/12413) yang juga telah ditukarkan ke PGA SIBU. 
Tindakan saya, C/Insp. Sundra Rajan dan Sjn/D.104700 Raja Kumar mungkin menimbulkan perasaan tidak puas hati PT-D7 P/DSP. NG FOOK LONG. 
Oleh itu, saya dan yang lain-lain ditukarkan keluar dai Kontinjen Johor.
24. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya di JSJ dalam menjalankan risikan menyebabkan saya dikenakan pertukaran. 
Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh SARJAN MAJOR MANIMARAN A/L )
PALANIAPPAN (D.94894) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan