Info Terbaru Panas Mengenai Kehilangan MH370 Selepas 34 Hari


Lama saya tak update mengenai kehilangan MH370 ini .

Saban hari kita dilambakkan dengan berbagai berita konspirasi dan "fakta" , konon-kononnya .

Setiap hari berita satu dunia menghebahkan berita mengenai KOTAK HITAM , walaupun satu cebisan serpihan atau barang-barang lain dari MH370 , langsung masih tidak dijumpai diasaat entri ini diterbitkan .

Tak pelik lagi ke ?

Debris atau serpihan dari MH370 langsung tidak dijumpai , tiba-tiba cerita pasal KOTAK HITAM ke hulu ke hilir , "ketahian" apakah ini ?

Bagaimana mereka  sangat yakin kotak hitam akan dijumpai sedangkan kesan yang patut dijumpa dahulu iaitu DEBRIS , langsung tidak dijumpai ?

Melalui kawan saya , seorang pilot yang memberikan fakta dalam entri sebelum ini:

Fakta Berkaitan MH370

Beliau memberi pendapat sekali lagi , satu lagi fakta menarik dan saya memetik:

Katakanlah MH370 betul terhempas di Lautan Hindi di kawasan yang didakwa selama ini , katakanlah , dan kononnya kotak hitam tenggelam bersama MH370 , 4 kilometer ke bawah laut , katakanlah , ADALAH MUSTAHIL DEBRIS ATAU SERPIHAN PESAWAT TIDAK DITEMUI!

MH370 tidak akan tahan tekanan selepas melepasi 100 meter kedalaman laut dan bahagian EKOR dan SAYAP MH370 CONFIRM 100% AKAN PATAH DAN PECAH bila memasuki kedalaman 100 meter .

Ini kerana bahagian sayap dan ekor diperbuat dari fiber yang lompang dan ringan , dan akan patah bia menerima tekanan sebaik memasuki 100 meter , ini bayangkan mereka mendakwa , kotak hitam berada 4000 meter dalam laut atau 4 kilometer ke bawah laut , tapi langsung tiada debris!

Memang ajaib dan langsung 100% TIDAK MASUK AKAL!

Kebetulan pula semalam , Agensi Perisikan Russia iaitu FSB , dahulunya KGB , mendedahkan MH370 confirm dihijack dan sekarang berada di sempadan Afganistan .

Mereka melaporkan demikian kepada berita antarabangsa yang popular dan established iaitu dailystar.co.uk dan bukan sumber berita picisan atau underground , jadi sumbernya MEMANG BOLEH DIPERCAYAI .

Yang lebih pelik , berita ini langsung tidak disiarkan oleh BBC , CNN atau sekutu media British dan Amerika Syarikat , yang pantang sahaja ada info sebelum ini , mereka akan menghebahkannya segera .

Cuma media Arab yang memetik berita ini selain daily star , jadi maklumat ini agak tenggelam , kerana itu saya akan sharenya bersama anda .

Menurut FSB atau Perisikan Rusia , semua penumpang selamat dan sekarang berada di Afganistan . Hampir sama seperti berita-berita sebelum ini:

MH370 Ada di Pakistan

Isyarat Tango Dikatifkan

Penganalisa Percaya MH370 Telah Selamat Mendarat

Jika anda baca berita sebelum ini dan bandingkan dengan berita yang diberi oleh FSB Russia , ia selari dan konsisten , anda tidak perlu jadi pakar konspirasi untuk menghuraikannya .

Antara kesimpulan dalam berita yang diberi oleh FSB Russia ialah:

1. MH370 tidak terhempas dan mendarat di sempadan Afganistan

2. Semua penumpang selamat termasuk anak kapal

3. Mereka semua dipecahkan kepada 7 kumpulan dan tinggal dikawasan berlumpur dengan tiada makanan

4. 20 pekerja Freescale Semiconductor yang merupakan keutamaan kepada misi ini telah diseludup keluar melalui terowong rahsia ke Pakistan .


Cuma FSB Russia tidak mendedahkan siapa yang bertanggungjawab merampas MH370 ini .

Jadi anda nilaikan sendiri apa yang berlaku sebenarnya berdasarkan info yang diberikan ini , selamat membuat kesimpulan .


RUSSIAN intelligence sources claim the passengers on MH370 are alive after the flight landed in Afghanistan.

A source in the country’s FSB secret service said the plane has been hijacked and flown close to the Pakistan border.

The Boeing 777 has been missing since March 8 and it is thought the black box which holds the flight’s secrets may have run out of battery.

There are 239 people on board the Malaysia Airlines plane, which was flying from Kuala Lumpur to Beijing.

The source told a Russia newspaper: All the passengers are alive, they have been divided into seven groups and are living in mud huts with almost no food,” reported the Sun.

The report added that 20 passengers who were Asian “specialists” have been smuggled into a bunker in Pakistan
.


Berita penuh , klik link dibawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan