Fakta dan Bukan Auta , atau Teori Berkaitan MH370


Saya sendiri kalau memberi teori atau spekulasi , saya akan nyatakan ia sebagai teori , saya tidak suka cakap pusing-pusing .

Fakta dan teori sangat jauh berbeza, teori lebih kepada andaian , begitu juga spekulasi .

Berbeza denga fakta , ia ialah perkara yang telah dibuktikan , kalau ada perbezaaan dari yang sebenar pun, PERBEZANNYA TERLAMPAU SEDIKIT dan TIDAK KETARA .

Dibawah ialah FAKTA yang diberikan oleh seorang pilot MAS yang berpengalaman 20 tahun dan masih berkhidmat sekarang ini  dengan MAS , dan juga pernah memandu MH370 tetapi bukan yang hilang itu .

Beliau sendiri pelik dengan maklumat yang diberikan kepada media selama ini kerana ia begitu tidak logik .

Nak tahu kenapa tidak logik ?

Beliau memberi 4 arguments dibawah:


1. B777(MH370) itu , certified max altitude hanya lah 43 ribu kaki sahaja . kalau boleh pun naik hingga ke paras 45 ribu kaki, dari paras 35 ribu kaki , jangkamasanya , ialah boleh capai purata ketinggian 300 kaki dalam seminit , jadi mengambil masa sekurang kurangnya 33 minit.

Dalam jangka masa itu, semestinya MH370 sudah jauh masuk kedalam ruang udara Vietnam . 

Pesawat panjang dan besar seperti MH370 bukan macam pesawat pejuang yang kecil dan pendek , boleh accelarate ketinggian 35 ribu kaki ke 45 ribu kaki dalam beberapa saat atau 2-3 minit sahaja .


2. Jika betul lah MH370 terbang pada paras 45 ribu kaki semasa kejadian , oksigen dalam kabin penumpang tetap beredar seperti biasa , keadaan sama juga dalam cockpit MH370 , tiada masalah oksigen habis sehingga semua pengsan kecuali ada kebocoran atau penumpang tidak tutup tingkap. 

Kalau ada kebocoran , walaupun pada ketinggian 10 ribu kaki , pesawat tetap perlu turun lebih rendah , mungkin sampai ke 5 ribu kaki untuk mendapatkan oksigen dari luar .

Pesawat persendirian yang jauh lebih kecil dari MH370 pun , boleh terbang pada paras ketinggian , sehingga 50 ribu kaki , tanpa menggunakan topeng oksigen .



3. Kalau berlaku kebocoran besar secara tiba-tiba , katakanlah ia berlaku , tak bermakna setiap penumpang atau krew atau pilot , akan pengsan serta merta.. 

Ada masa beberapa minit mereka akan masih sedar secara total , kemudian 2-3 minit lagi untuk mereka separuh sedar , dan kemudian baru mereka akan pengsan sepenuhnya .

Jadi dalam jangka masa ini , sebenarnya , mereka boleh buat panggilan kecemasan atau bantuan dan pilot masih sempat turun ke ketinggian yang lebih rendah untuk mendapatkan oksigen dari luar .

Bila semakin turun . semakin banyak oksigen .

Situasi nya tidak seperti yang digambarkan oleh media atau laporan rasmi , yang menggambarkan , seolah-olah kalau berlaku kebocoran dalam MH370 itu , penumpang , pilot dan krew MACAM KENA CEKIK DAN TERUS PENGSAN SERTA-MERTA!



4. Dalam kes jika berlaku kebocoran yang kuat , pintu cockpit akan terbuka secara automatik , salah satu fungsi keselamatan yang ada pada MH370 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan