Kisah Kebetulan dan “Masuk Akal” Berkaitan Kehilangan MH370

 

- Selama lebih seminggu SAR Malaysia dan negara-negara lain , membuat kerja bodoh kerana mencari di sekitar Laut China Selatan dan Selat Melaka , kerana menggunakan data yang diperolehi dari radar sahaja .

- Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Britain yang punyai kepakaran menggunakan data satelit untuk mengesan objek di mukabumi ini , hanya “mendiamkan diri"   lebih dari seminggu itu , seolah-olah tiada apa-apa berlaku sedangkan kehilangan MH370 menjadi topik hangat bualan sedunia!

- Selepas menghampiri dua minggu MH370 hilang , baru Boeing Amerika Syarikat mengumumkan mereka mengesan melalui satelit MH370 masih terbang selepas 6 jam hilang dari radar TUDM Malaysia .

- Selepas itu barulah berbondong-bondong negara lain yang mengumumkan mereka mengesan MH370 melalui satelit mereka walaupun sebelum ini hampir 2 minggu , mereka mendiamkan diri , seperti tiada apa-apa yang berlaku!

- Bermula dengan Boeing , kemudian Amerika Syarikat sendiri , kemudian China , kemudian Australia , Perancis dan terkini ialah Britain atau UK , yang mengemukakan data dari satelit mereka , “yang beku dan kaku” lebih dari 2 minggu , selepas kehilangan MH370 , memang menakjubkan!

- Permulaan teori ialah MH370 dibawa ke koridor utara atau selatan , tapi lebih logik ialah dibawa ke koridor selatan kerana disitu ada Lautan Hindi , berbanding ke koridor utara yang perlu melalui banyak negara dan daratan .

- Jadi pencarian itu hanya bersandarkan logik sahaja tanpa disokong oleh info yang konkrit .

- Pada mulanya , Boeing Amerika Syarikat memberitahu , mereka boleh mengetahui , melalui data satelit mereka dari “ping” MH370 , yang masih terbang selepas 6 jam hilang dari radar TUDM Malaysia , tetapi tidak boleh mengesan kordinat terakhir MH370 .

- Peliknya semalam , Britain atau UK boleh mengesan kordinat terakhir MH370 , melalui data dari satelit Inmarsat , walaupun Boeing sendiri tidak boleh mengesannya sebelum ini!

- MH370 hilang selepas keputusan Anwar Ibrahim dijatuhkan bersalah oleh mahkamah , kesannya Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding dalam PRK Kajang .

- Sehari selepas keputusan PRK Kajang diumumkan , MH370 “dikatakan” ditemui di Lautan Hindi .

- Timbul pula info mengaitkan Kapten Zaharie iaitu pilot MH370 ialah ahli seumur hidup PKR .

- Kemudian merebak berita yang “menampakkan” Kaptan Zaharie sebagai “saspek utama” dalam kes ini walaupun dinafikan oleh Hishamudin Husein dan polis Malaysia .

- Bermula dengan berita Kapten Zaharie sebagai ahli seumur hidup PKR , disusuli dengan perkahwinan bermasalah Kapten Zaharie , kemudian Kapten Zaharie berkelakuan pelik pada hari kehilangan MH370 .

- Ia tidak berhenti setakat itu, Kapten Zaharie kemudian dilaporkan membina simulator penerbangan dirumahnya walaupun “beliau hanya seorang penoreh getah” , “yang nampak amat janggal”!

- Bersambung pula berita itu , dengan data dari simulator I yang dirampas dari rumah Kapten Zaharie , berkaitan penerbangannya ke destnasi terpilih telah dipadam dan akhirnya , Kapten Zaharie menerima dan membuat panggilan dari dalam cockpit MH370 , sebelum MH370 berlepas , pemanggil atau penerima panggilan itu , dikesan menggunakan identiti palsu semasa mendaftar simkadnya!

- Dalam kes kehilangan MH370 ini kita juga didedahkan yang TUDM tidak perlu memantau atau mengambil tahu , objek yang tidak dikenali radar dan membiarkannya sahaja terbang di udara Malaysia “sesuka hati mereka” .

- Untuk terbang ke Lautan Hindi , MH370 sebenarnya perlu melalui 2 negara iaitu Indonesia dan Australia .

- Kedua-dua negara ini menafikan mereka ada mengesan MH370 melalui radar mereka , seolah-olah MH370 ini ialah pesawat 'pejuang stealth Amerika Syarikat' yang tidak boleh dikesan radar dan boleh terbang sangat rendah .

- Kita boleh andaikan MH370 terbang sangat rendah hampir 3 ribu kilometer , sehingga radar Australia dan Indonesia tidak dapat mengesannya , dan kemudian terjun ke dalam Lautan Hindi .

- Kerana kehilangan MH370 juga , kita mendapat maklumat , bawah menaiki pesawat penumpang awam yang terdapat beratus-ratus orang didalamnya , dan menggunakan passport palsu ialah perkara biasa dan tidak perlu diperhebohkan .

- Yang lebih ajaib pula . sudahlah menaiki pesawat awam menggunakan passport palsu , kemudian pesawat awam itu hilang tanpa dapat dikesan , ia juga satu perkara biasa!

- Bila berkaitan kes sebesar sebegini , kita boleh anggap laporan rasmi dan kenyataan media , SEBENARNYA TIDAK RASMI kerana mereka sangat sibuk dan tertekan “kononnya” , sampai beri maklumat tidak sah dan kadang-kala palsu pula .

- Ini ialah antara kesimpulan dan analisa yang saya dapat kumpulkan sepanjang mengikuti kes ini , anda fikirkan sendiri jika anda berminat .

2 ulasan: