Saya rasa saya tidak perlu bercerita panjang mengenainya .
Anda baca sendiri , fahamkan , hadamkan dan fikirkan betapa nazaknya polis dan undang-undang di Malaysia ini .
Mungkin juga pada yang telah membaca entri Akuan Bersumpah ASP Mior Fahim Bin Ahmad sebelum ini secara sinis akan berkata , 'MESTI MIOR FAHIM NI PEGAWAI YANG BERMASALAH'
Itulah biasanya alasan dan tuduhan yang dikenakan , kepada pegawai dalam perkhidmatan awam yang berjawatan lebih rendah , bila membuat aduan salah laku ke atas pegawai yang lebih tinggi jawatannya dalam perkhidmatan awam .
Bagaimana dengan aduan bersumpah 5 pegawai lain , ada antara mereka berjawatan ASP , sarjan , sarjan mejar , adakah mereka ini juga bermasalah ?
Daripada 6 pegawai yang membuat akuan bersumpah ini , 3 dari mereka berbangsa Melayu , 2 berbangsa India dan seorang berbangsa Cina .
'KEENAM-ENAM PEGAWAI INI 'MENIPU' TANPA DIKETAHUI APA MOTIF MEREKA'!
Kemudian tidak dikenakan tindakan pula lepas itu walaupun antara dakwaan mereka ialah Ketua Polis Negara Malaysia sendiri terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Kalau dakwaan keenam-enam mereka 'palsu' , pastinya mereka telah didakwa kerana ini melibatkan kes yang sangat besar dan berat , kenapa tidak ada dakwaan pada mereka ?
Saya akan biarkan soalan ini difikirkan jawapannya oleh anda sendiri .
Baca kompilasi akuan bersumpah 6 pegawai terbabit dibawah :
Baca kompilasi akuan bersumpah 6 pegawai terbabit dibawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan