Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Bekas Guru Terkilan Diberhentikan Kerja

PERAI – 19 Ogos 2013 - Sinar Harian

Seorang bekas guru kecewa selepas mendakwa ditamatkan perkhidmatan tanpa dipanggil untuk membela diri di atas tindakannya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di sebuah universiti.

Ismail Omar, 57, berkata, lebih menyedihkan lagi apabila dia diberhentikan kerja ketika perkhidmatannya sebagai guru berbaki hanya setahun sebelum berpencen.

“Saya terkilan dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan kerja sebagai guru ketika hampir pencen, sedangkan sudah berkhidmat selama 30 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Hussin Onn di sini.

Ismail berkata, kerana hukuman itu dia kehilangan segala hak dan faedah termasuk pencen, selain seolah-olah melakukan satu kesilapan besar walhal dia hanya menyambung pelajaran.

Menurutnya, dia memohon cuti untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh, selain mendakwa mengikut segala peraturan ditetapkan.

"Selepas 10 bulan mengikuti kuliah, saya diberitahu permohonan untuk bercuti bagi menyambung pelajaran tidak diluluskan dan perlu kembali menyambung tugas.“Saya mengikut arahan yang diberikan dan berhenti belajar sebelum menyambung semula tugas sebagai guru,” katanya.

Ismail mendakwa, selain tidak menerima gaji, dia dikatakan berhutang kepada kerajaan serta diminta membayar hutang berjumlah RM22,279.

“Sudahlah saya tidak menerima gaji, malah disuruh membayar hutang pula dan saya tidak mempunyai wang simpanan lagi,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa memohon pertukaran sekolah yang berhampiran dengan rumahnya di Seberang Jaya kerana tanpa gaji, dia tidak mampu untuk berulang alik ke sekolah di Bayan Baru.

“Permohonan saya berjaya dan saya bertugas seperti biasa selain turut mendapat gaji seperti sebelum ini, namun saya terkejut apabila diberi surat diberhentikan kerja pada Disember 2011,” katanya.

Dia yang kecewa berasa teraniaya selain berharap pihak terlibat dapat menilai kembali konflik yang dihadapi kerana masih perlu menyara isterinya yang menghidap strok dan dua anaknya masih belajar.

“Saya sudah tidak tahu untuk mengadu kepada siapa dan jalan terakhir adalah dengan meminta bantuan media,” katanya yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah mengambil tindakan itu kerana Ismail tidak mengikut prosedur yang betul sebagai penjawat awam.

Katanya, Ismail diberhentikan dengan cara yang betul selepas siasatan yang dijalankan SPP yang mendapati dia telah ingkar.

“Bukan senang untuk memberhentikan seorang penjawat awam sekiranya tidak membuat kesalahan namun kita mendapati, dia telah ingkar terhadap tanggungjawabnya,” katanya.


Komen saya

Jika pembaca amati ditangan guru ini ada 2 laporan, satu laporan polis dan satu lagi laporan pada Biro Pengaduan Awam . Entri ni menjadi bukti betapa Biro Pengaduan Awam hanya bertindak sebagai tunggul bila melibatkan perjawatan dan kebajikan penjawat awam yang lebih rendah pangkatnya .

Sila rujuk entri berkaitan BPA macam tunggul kayu: 

http://one4u-one4me.blogspot.com/2013/09/biro-pengaduan-awam-yang-tidak-berfungsi.html




Selanjutnya ...

Promo Intro SIAPAKAH MANUSIA YANG HEBAT - Kisah Kebaikan Nabi Muhammad S.A.W


Entri ini sengaja dicetus untuk mempromokan entri sebenar yang akan saya share dengan kawan-kawan yang lain .

Kandungan dan isinya semuanya dah lengkap , cuma saya masih mencari cara untuk mejadikannya KOMPAK dan mudah diikuti .

Entri baik yang panjang berjela-jela pun boleh menyebabkan orang bosan membacanya .

Kalau tak jumpa cara menjadikannya kompak, maka terpaksalah nanti saya memecahkannya kepada beberapa bahagian .

Sementara itu , mari kita hayati dulu , kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan pedoman dan trigger kepada entri sebenar yang akan saya terbitkan tidak lama lagi .


Riwayat 1

Dari celah daun pintu Fatimah r.a,  anak Nabi Muhammad mengtintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan menyambut .

Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu .

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa ?

Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung .

Di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu .

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah , Abu Jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud .

Dengan linangan air mata Fatimah r.a datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata .

Lalu Baginda bertanya: kenapa Fatimah menangis ?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.a  berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab :

Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di bandar;

Dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti kejadian siang dan malam  , yang diberi kepada semua orang


Riwayat 2

Di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawarah, terdapat seorang pengemis tua yang buta berbangsa Yahudi, 

Setiap hari apabila ada orang yang menghampirinya, dia selalu berkata, 

“Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong, tukang sihir, apabila kamu mendekatinya kamu akan dipengaruhinya.”

Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah perkataan pun,

Baginda Sallallahu’alaihi wasallam menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. 

Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam melakukannya sehingga menjelang Baginda wafat.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya Aisyah Radi-Allahu anha. 

Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, 

“Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.”

“Apakah itu wahai anakku?”tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu.

“Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana.” jawab Aisyah Radi-Allahu anha.

Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut. 

Pengemis Yahudi buta ini selalu menjerit-jerit dan berkata kepada orang yang mendekatinya; “Wahai saudaraku… 

"Janganlah kamu mendekati Muhammad. Jangan sampai kamu terpedaya dengan tipu dayanya. 

Dia itu orang gila, tukang sihir, suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya.."!!”

Kata-kata itu kerap meluncur keluar dari mulut si pengemis tanpa henti setiap hari. 

Perkataan buruk yang merendahkan darjat seorang nabi. 

Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun kehairanan , kenapa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam tetap memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari. 

Sesampai sahaja di hadapan pengemis itu, Abu Bakar Radi-Allahu anhu terus memberikan makanan. 

Ketika Abu Bakar Radi-Allahu anhu mulai menyuapnya, pengemis itu mengherdik sambil berteriak;

“Siapakah engkau?”

Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab;

“Aku adalah orang yang setiap hari dating dan memberi kamu makan..”

Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. 

Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapnya.

“Bukan! 

Engkau bukan orang yang biasa setiap hari memberiku makan..!” kata si pengemis buta itu.

Apabila dia (Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam) datang ke sini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku dan tidak susah mulut ini mengunyah. 

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” tambah pengemis itu menyambung kata.

Abu Bakar Radi-Allahu anhu tidak dapat menahan air matanya kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam. 

Baginda Sallallahu’alaihi wasallam tetap datang memberi makan dan menyuap mulut orang yang setiap hari dari kata mulut itu, hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri Baginda

Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang

Betapa mulianya manusia yang bernama Nabi Muhammad ini!

Dengan linangan air mata, Abu Bakar Radi-Allahu anhu menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang setiap hari memberimu makan, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. 

Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan.”

Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata, “Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? 

Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi..”

“Orang yang mulia itu telah tiada. 

Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. 

Aku adalah Abu Bakar sahabat Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. 

Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapmu..” kata Abu Bakar Radi-Allahu anhu.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar Radi-Allahu anhu, seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya, dia menangis menyesal dan kemudian berkata, 

Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan melecehkan harga dirinya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun;

Dia tetap mendatangiku setiap hari dengan membawa makanan dan dengan sabar menyuapku, dia begitu mulia.” 

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah.” ujar pengemis buta itu lagi.

Ketika itu juga, pengemis Yahudi tua yang buta tersebut mengucapkan dua kalimat Syahadah dan memeluk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu. 

Keperibadian Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah SWT .
Selanjutnya ...

Mengapa Teknik Menghafal Diamalkan Dalam Sistem Pendidkan Malaysia ?


Pelik tetapi ia benar , sebenarnya memang banyak perkara pelik di Malaysia ini , cuma antara sedar atau tidak saja .

Bayangkan sistem pendidikan kuno yang masih diamalkan di Malaysia ini , hafal satu buku , atau hafal sepuluh buku , kemudiaN MUNTAHKAN IA SEMUA DALAM PEPERIKSAAN!

Apa hasilnya ?

BURUNG KAKAK TUA YANG MENGAJUK KATA ORANG TANPA FAHAM APA MAKSUDNYA!

Saya sendiri pernah menggubal soalan , ada pulak elemen KENA BUAT TRICK DALAM SOALAN ITU , supaya pelajar keliru dan jawapan dalam soalan mesti hampir seiras supaya pelajar keliru untuk pilih jawapan jika ianya soalan objektif atau soalan aneka pilihan .

Tidakkah ia begitu menggelikan hati ?

Kerana budaya dan method sebegini juga WUJUDNYA ISTILAH SOALAN SPOT . Pelajar diajar dengan sebegitu banyak topik atau tajuk , katakanlah 100 TOPIK . Tetapi yang keluar nanti dalam peperiksaan mungkin hanya dari 20 topik .

Pelajar yang tidak berupaya menghafal dan membaca 100 topik ini terpaksa mengambil risiko untuk membuat agakan atau ramalan soalan dari topik mana yang keluar dan mereka akan memberi tumpuan pada topik berkenaan , malang bagi mereka bila agakan atau ramalan mereka salah .

Ada juga guru sekolah mereka atau guru tuisyen mereka memberi soalan spot ini . Budaya yang memang nampak tidak pandai dan misleading sebenarnya .

Jika tanya saya , saya akan membuat sistem dimana pelajar akan tahu apa topik yang akan keluar kerana topik yang diajar tidak akan banyak . Soalan semua pasti akan terus tanpa mengelirukan sesiapa , yang membezakannnya hanya cara mereka menghuraikan jawapan mereka .

Hujah atau jawapan mereka nanti yang akan menjadi indikator sama ada mereka MENGUASAI ATAU TIDAK , topik yang telah mereka pelajari .

Soalan semestinya banyak berpusatkan soalan subjetif atau struktur .Soalan berbentuk objektif atau aneka pilihan mungkin hanya akan ada 20% sahaja .

Kadang-kadang saya kesal kerana ramai golongan yag berada di atas sana dikalangan YANG KURANG CERDIK dan sebenarnya tidak peduli pun dengan sistem pendidikan di Malaysia ini .

Yang mereka tahu ialah apa keuntungan yang mereka dapat bila mendapat jawatan itu dan bukan apa TANGGUNGJAWAB MEREKA BILA MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT!

Buktinya , wujudlah sistem pendidikan yang sekarang ini ada di Malaysia ini yang jelas kelihatan kuno dan dimonopoli dan berpaksikan GOLONGAN KURANG CERDIK .
Selanjutnya ...

Dunia Makin Tanpa Sempadan , Tetapi Hari Persekolahan Semaki Panjang , Pelik Tak ?

PETALING JAYA: Parents who want to book holidays with their children next year should bear in mind that there will be more school days.

There will be 209 school days – four days more than this year. Students will also get a shorter break with 81 holidays next year compared with 84 this year.

The 2014 school calendar, as shown on the Education Ministry’s website, showed that school begins on Jan 2 in all states except Kedah, Kelantan and Terengganu, where classes start a day earlier.

School heads can apply for four days of “cuti peristiwa” (occasional holiday), which need not be replaced.

They can also apply for “cuti ganti” (replacement holiday), which is subject to approval by the respective state education departments.

The first mid-term break will be from March 22 to 30, the mid-year break will be from May 28 to June 15. The second mid-term break will be from Sept 13 to 31.

The year-end break will start on Nov 22 next year, except in Kedah, Kelantan and Terengganu where the holidays start a day earlier.



Komen saya

http://fortresslearning.com.au/wp-content/uploads/2011/10/16.jpg


Memang makin pelik Malaysia ini , dunia telah bergerak dan menuju ke paperless dan wireless, cloud application dan more to virtual , kerajaan Malaysia masih terhegeh-hegeh berjalan ke arah belakang .

Masih dengan pemikiran tradisional walaupun ke hulu ke hilir nampak macam menteri-menteri Malaysia bertwitter ke hulu ke hilir . Saya tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak mereka sebenarnya .

Dalam zaman ledakan cyber ini , seharusnya jumlah hari dan waktu persekolahan di pendekkkan supaya istilah capaian maklumat di hujung jari segera tercapai .

Waktu persekolahan patutnya 4 jam sahaja sehari , bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 1 tengah hari . Hari persekolahan juga patut dipendekkan kepada 4 hari sahaja seminggu supaya generasi muda Malaysia ini banyak masa bersama keluarga mereka , tambahahan dengan kroniknya masalah sosial masa kini akibat remaja berada di luar lebih lama dari masa mereka berada bersama keluarga .

Boleh kata semua rumah ada komputer dan ada capaian internet sekarang ini . Jadi galakkan remaja dan kanak-kanak ini menggunakan internet untuk mencari ilmu dan mengalakkan budaya berfikir di luar kotak supaya tidak berfikiran kolot seperti menteri di Malaysia . Mereka akan jauh tertinggal jik masih berfikiran seperti menteri pendidikan Malaysia yang masih tertinggal jauh dan berfikiran remaja zaman sekarang ini masih seperti dirinya yang membesar di kampung dan Felda .

Sistem pendidikan Malaysia perlu transformasi drastik dan bukan seperti yang diamalkan sekarang ini akibat idea dan pemikiran orang tua yang ketinggalan zaman seperti menteri pendidikan Malaysia .
Selanjutnya ...

Perbandingan Tahap Akademik Masa Kini & Masa Lampau

Mungkin generasi muda akan terpanggil mempertahankan apa yang saya sampaikan ini . Mana tidaknya , mereka rasa mereka telah belajar bersungguh-sungguh dan berhak mendapat keputusan cemerlang seperti yang dipaparkan dalam sijil peperiksaan mereka .

Bukannya saya mahu menidakkan kehebatan generasi muda zaman sekarang ini tetapi saya mahu melihat lebih jauh , melangkaui kepentingan peribadi atau kepentingan sesiapa pun .



Jika diimbau 15-20 tahun dahulu , paling lama pun 30 tahun lalu , bagi pelajar SPM untuk dapat pangkat 1 semasa itu , memang amat sukar dan yang dapat memang hebat . Selalunya pelajar yang dapat keputusan demikian mudah saja masuk ke IPTA dan sebaik tamat , kerja telah menunggu mereka .

Apa pula berlaku sekarang , kalau SPM beratus ribu dapat 15A , nasib baik juga Kementerian Pendidikan menghadkan subjek yang diambil kepada 10 subjek sahaja berbanding 5-6 tahun lepas yang tiada batasan , kalau boleh ambil 50 subjek, ada juga yangs aya rasa akan ambil 50 subjek itu .

Saya ingat kes Nor Amalina yang dapat 20A dalam SPM nya, setahun kemudian seorang pelajar lelaki menewaskan beliau dengan dapat 21A , tahun selepasnya pula , kalau tidak silap saya , seorang pelajar wanita dapat 22A pula dalam SPM .



Nilai A dalam peperiksaan itu tidak bernilai lagi dan ramai orang boleh dapat , kalau setakat nak cerita zaman sekarang ni dapat A, dalam satu kampong pun berlambak orang dapat A .

Teringat nostalgia saya semasa saya belajar dahulu , saya menemankan seorang sahabat yang lewat menghantar assignmentnya . Sahabat saya tu ramah orangnya dan bertanyakan pada pensyarah yang menerima assignment itu . 

Katanya , “Puan ini tahun kedua saya disini dan juga tahun kedua Puan disini , saya rasa sepanjang pengamatan dan ingatan saya , tiada seorang pun pelajar Puan termasuk saya yang pernah dapat A dari Puan untuk subjek Puan. Jadi saya harap kali ini Puan boleh beri saya A kerana saya sudah buat sehabis baik untuk assignment kali ini.”

Pensyarah itu seorang berbangsa Cina tetapi saya kagum dengan jawapannya . Namanya pun saya masih ingat segar sampai ke hari ini . Elsie Chan nama pensyarah itu . Nak tahu apa jawapan pensyarah itu kepada soalan kawan saya itu ?

Pensyarah itu menjawab sambil tersenyum , “ You tahu tak sebelum I ajar disini , I lecturer di USM Penang selama 10 tahun . Masa tu I ajar Geografi . You boleh buat survey pada ex-students I kalau you terjumpa , you sebut nama I , Elsie Chin dan tanya mereka , berapa kali I pernah A pada student I dulu , I boleh bagi jawapannya pada you , 2 orang sahaja . You nak tahu kenapa ?”

Sahabat saya menggeleng-gelengkan kepala , saya khusyuk mendengar perbualan itu .

Pensyarah itu menyambung kembali hujah beliau , “ I nak Tanya you , apa nilai itu A kalau senang-senang almost semua orang boleh dapat itu A . I bagi A only for the best student because they deserved it . That’s it . Kerana itu I boleh ingat 2 orang students I sahaja yang pernah I bagi A sepanjang 10 tahun I mengajar disana dan I boleh sebut nama mereka kerana mereka special student.”

Apa yang saya cuba sampaikan dalam contoh diatas ialah saya sangat bersetuju dengan pendapat pensyarah di atas . Yang terbaik sebenarnya memang tidak ramai dan A itu ialah sempadan antara yang terbaik dengan yang biasa .

Saya faham bila kita berada dalam sistem yang sangat korup , semua perkara diketepikan dan kebanyakan agenda peribadi mengatasi kepentingan pendidikan itu sendiri .

Kajian dua tahun lepas menunjukkan 200 ribu graduan IPTA dan IPTS masih tiada pekerjaan , dan jumlah itu semakin meningkat hingga ke hari ini . Adakah ia menunjukkan generasi sekarang semakin pandai , saya rasa anda sendiri tahu jawapannya .

Sistem retorik yang berlaku di Malaysia ini sebenarnya harus diubah , ia kelak menjadi bahan ketawa orang luar . Piawaian dalam peperiksaan umum persekolahan perlu diubah dan keputusan sebenar harus dizahirkan . Istilah “keputusan remote” harus dihentikan serta-merta supaya gejala syok sendiri ini dihentikan dan manusia sedar pada realitinya . 

Saya hanya melontarkan pendapat saya ini melalui blog ini kerana saya tidak mempunyai kuasa . Orang yang berkuasa di atas sana kebanyakannya sangat inkompeten dan tidak relevan dalam pemahaman pendidikan sebenarnya .

Dalam pendidikan , yang penting ialah nilai yang terhasil dan bukan keputusan retorik yang digembar-gemburkan seperti sekarang ini . Bila kita tengok keruntuhan akhlak generasi zaman sekarang mencerminkan kegagalan sistem pendidikan yang penuh dengan penipuan dan agenda peribadi .
Selanjutnya ...