Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015 - Satu cetusan pengarang


Lama telah saya tidak update blog ini .

Sehinggalah Syawal 2015 menjelma .

Allahu akbar! Allahu akbar!

Saban tahun kita mendengarnya , tidak pernah jemu takbir itu melontarkan zikirnya .

Adakah kita faham pengertian Aidil Fitri itu ?

Aidil Fitri bermaksud manusia kembali kepada FITRAH nya .

Fitrah manusia ialah baik , tolong-menolong , berkasih-kasihan , sentiasa berasa simpati dan empati .

Asas agama ialah KEBAIKAN , jika anda tidak baik, maka anda sebenarnya tidak beragama walaupun anda selalu melaungkan kata-kata yang berunsur agama atau melakukan ibadah yang berteraskan agama .

Agama ialah satu manifestasi fizikal yang dapat dikesan dengan deria seperti sentuh , dengar , lihat , rasa dan bau .

Ia bukan retorik yang diajar kepada kita sejak sekian lama iaitu dengan hanya melontarkan kata-kata indah dan mengasingkan agama daripada kehidupan .

Agama atau kebaikan sewajibnya dizahirkan oleh manusia yang beragama SEPANJANG MASA .

Bukan hanya dalam senggang masa dalam ritual tertentu sahaja .

Orang yang beragama ialah orang yang baik , sentiasa melakukan kebaikan, tak perlu anda memberitahu satu dunia anda menganuti sesuatu agama , SATU DUNIA MENYEDARINYA!

Bertolak dari nilai sentiasa membuat kebaikan itu , atau ISTIQOMAH SENTIASA MEMBUAT KEBAIKAN ....

Ayuh...

Jadikan Aidil Fitri 2015 ini sebagai titik mula untuk sentiasa berbuat kebaikan dan sentiasa menjadi manusia baik tanpa sebarang pengecualiaan .

Orang yang beragama ialah ORANG YANG BAIK!

Akhir kalam , sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015 dan sentiasalah menjadi manusia yang beragama .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan