Banyak manusia dari zaman dahulu hingga sekarang masih keliru antara kebenaran dan kepercayaan .
Dan saya yakin kekeliruan ini akan berterusan sehingga ke hari kiamat .
Tidak kira anda hidup sekarang , seribu tahun yang lampau atau seribu tahun akan datang , polemik dan konflik antara kebenaran dan kepercayaan akan tetap menghantui anda .
Yang berbeza hanya tahap kesedaran seseorang manusia itu , sama ada beliau seorang yang berilmu atau jahil .
Bila jahil , maka kepercayaan akan jadi kebenaran dan orang akan cop anda syok sendiri!
Walaupun ia sebenarnya dua benda berbeza , masih ramai diluar sana percaya ia ialah dua perkataan berbeza tapi merujuk kepada benda yang sama .
Apa yang seseorang atau sesuatu kaum percaya tidak bererti kebenaran .
Tetapi kebenaran tidak kira satu dunia pun menentangnya , kebenaran akan tetap menang dan tidak boleh dipertikaikan .
Apa yang A percaya betul , bagi B pula ialah kesalahan , maka konflik berlaku disini .
Tetapi kebenaran tetap sama bagi A dan B , waimah jika ada C, D dan sebagainya .
Kepercayaan hanya sahih dan betul dikalangan pengikut sesuatu kepercayaan itu .
Kebenaran pula 100% sahih dan betul walaupun tiada siapa mempercayainya .
Contoh jelas kebenaran ialah KEMATIAN .
Kalau anda dari golongan mereka yang beragama yang percaya bahawa mereka tidak mati , kebenaran akan over ruled kepercayaan itu , dan kematian tetap datang , disitulah hebatnya kebenaran .
Kebenaran bersifat UNIVERSAL dan kepercayaan pula bersifat selektif .
Satu lagi kebenaran ialah buang air besar , tak kira anda dari golonngan mana , sama ada anda pecaya atau tidak, anda tetap buang air besar!
Tak kira apa status anda , atau anda seorang yang gila sekali pun, and tetap buang air besar .
Kepercayaan hanya berlaku pada yang mempercayainya , kebenaran pula berlaku kepada semua hidupan dan manusia .
Biasanya KEBENARAN BOLEH DIBUKTIKAN , manakala kepercayaan pula lebih bersifat teori yang tidak boleh dibuktikan dan kadang-kadang ia dipaksa atau menjadi kebiasaan sahaja .
BilA seseorang manusia tersesat atau tersasar dalam kehidpannya, beliau digesa supaya MENCARI KEBENARAN!
Tak pernah lagi saya dengar manusia yang sesat disuruh MENCARI KEPERCAYAAN .
Jadi jika anda pecaya kepada tuhan atau Allah , pastikan kebenaran menjadi asas pegangan anda .
Bila anda bepegang kuat kepada kebenaran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda , insya-Allah tuhan akan meredhai anda .
Jika ditanya kepada saya , KEBENARAN ITU ADALAH AGAMA SEBENARNYA kerana tuhan atau Allah hanya satu dan ia suka kepada kebenaran .
Melainkan jika anda percaya setiap agama ada tuhan mereka masing-masing , iaitu banyak tuhan sebenarnya.
Nampak ?
Bila jadi banyak sahaja , ia kembali pergi ke arah kepercayaan kerana ia akan bersifat selektif .
Insya-Allah , jika semua manusia mengamalkan dan berpegang kepada kebenaran setiap hari , dunia ini akan menjadi 'syurga' .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan