Tak ramai manusia yang sebegini .
Kerana itu didunia ini penuh dengan kemisikinan dan kesengsaraan .
Sikap terpuji beliau membuat sesuatu yang tak ramai orang akan buat memang wajar dapat 2 THUMBS UP dari saya .
Kerja mulia yang dilakukan beliau bukan kerja hakiki beliau pun, tapi beliau melakukannya demi satu nilai yang dinamakan KEBAIKAN .
Orang yang dimaksudkan itu ialah Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin .
Kerja ikhlas yang beliau lakukan ini juga tidak diberi promosi oleh media kerana beliau melakukannya secara senyap .
Berita nya pun saya perolehi dari FB Dr Asri atau MAZA .
Seperti biasa , lumrah manusia BILA MEMBUAT KEBAIKAN , memang ramai manusia tak peduli , tetapi jika membuat kesalahan , RAMAI JE DATANG MENGUTUK DAN MENGEJI .
Seolah-olah macam buat baik ni SEMUA ORANG BUAT SEPANJANG MASA dan ia bukan perkara yang mengkagumkan terutama yang membuatnya ialah 'seorang anak raja' .
Persepsi dan mentaliti ini harus diubah segera kerana ia tidak menggalakkan orang ramai untuk membuat kebaikan .
Seperti yang diketahui biasanya orang kaya tidak akan memperdulikan nasib orang miskin , KERANA ITU JUMLAH ORANG MISKIN SEMAKIN BERTAMBAH-TAMBAH .
Berbeza pula dengan sifat dan akhlak Tuanku Syed Faizuddin Putra ini , kerana itu saya tanpa segan memujinya , untuk melahirkan penghargaan atas kerja yang beliau telah lakukan walaupun status beliau amat tinggi dalam masyarakat sebenarnya .

Walaupun yang melakukannya tidak mengharapkan balasan , sikap ambil tahu dan prihatin umum akan MENGGALAKKAN LEBIH RAMAI ORANG UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN .
Dan kebaikan itu pula WAJIB BERTERUSAN , dan bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja .
Dibawah ialah sedutan tulisan MAZA mengenai apa yang beliau dan Tuanku Syed Faizuddin Putra lakukan selama ini .
"Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat.
Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Muda Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali.
Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.
Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.
Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu."
Di bawah ialah gambar mereka , semoga mereka yang terlibat dibawah ini boleh konsisten membuat kebaikan ini dan diharap lebih ramai orang akan mencontohi dan melakukan perkara yang sama iaitu membuat kebaikan .
Dunia ini memang perlukan LEBIH RAMAI ORANG BAIK YANG MEMBUAT KEBAIKAN SECARA BERTERUSAN .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan