Ingatlah kuasa yang ada didunia ini hanyalah fana dan sementara , kuasa yang sementara itu tidak akan dibawa masuk ke dalam kubur anda nanti .
Jangan ke hulu ke hilir dengan kuasa sahaja , sampai LUPA APA MAKSUD TANGGUNGJAWAB dan AMANAH , pakej yang disertakan dengan kuasa yang diberi sementara itu .
Saya cuma orang biasa yang tidak ada apa-apa , terpanggil untuk memberi nasihat ini , jika mahu didengari .
Jika tak nak dengar sebab SIAPALAH SAYA kan , tak payah dengar , saya tidak akan rugi 1 sen pun didunia atau diakhirat nanti .
Tapi bagi pemimpin yang masih beragama Islam dan percaya pada HARI PEMBALASAN , elok juga mengambil serius nasihat yang saya berikan ini .
Kelak nanti , jagan beri alasan TIADA ORANG BERITAHU ANDA TENTANG TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang anda pikul itu .
Memang tak nampak amanah dan tanggjungjawab itu , itu yang selalu salahgunakan kuasa , pecah amanah dan rasuah itu .
Tapi masih belum terlambat jika anda mengakuinya , bertaubatlah sementara nyawa tidak sampai di halkum dan ingat pesan ini baik-baik nanti .
Anda semua tiada alasan diakhirat nanti untuk mengatakan tidak tahu atau tidak pernah diberi peringatan .
Baca hadis dibawah , fahamkan , telan dan hadamkan .
Berubahlah ke arah kebaikan , buatlah perkara yang betul mulai hari ini , mulai saat ini .
Kerana KUASA YANG ADA PADA AWAK ITU SEMENTARA sahaja sifatnya dan anda semua akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan