Anak Raja Sebuah Negara Yang Bertegas Mahu Buat Undang-undang Hudud


Tidakkah ia menggelikan hati ?

Belum laksana hudud , dah beritahu awal-awal raja dan sultan , tak termasuk dalam undang-undang hudud tu , undang-undang apa macam tu ?

Undang-undang sewajibnya , adil kepada semua orang atau hidupan , itu baru undang-undang , contoh 'langgar lampu merah'.

Atas apa alasan atau siapa pun , undang-undang pasti lebih tinggi .

Lawak di Malaysia bila ambulans dan polis boleh langgar lampu merah , undang-undang mana dia pakai pun saya tak tahu .

Undang-undang tiada pengecualian , itulah hebatnya undang-undang .

Ia tidak mengenal anda sesiapa atau apa jua alasan anda .

Berbalik kepada entri ini , kalau raja yang mahu laksanakan hukum hudud ini mengamalkan ajaran Islam sebenar , saya yakin, anak beliau tidak berkelakuan dan jadi begini .

Tetapi kerana undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan , hanya tertakluk pada rakyat biasa dan bukan dari kalangan beliau , maka beliau beria-mahu dilaksanakan .

Ia kelak menjadi bahan ketawa bagi penganut agama lain .

Walaupun saya bukan rakyat negara berkenaan , tetapi bagi saya agama Islam menjadi tunggangan sahaja dalam kes ini .

Islam diperbodohkan kerana banyak munafik yang mengambil kesempatan .

Tengok sendiri semua gambar dibawah ini , apa hukuman yang raja ini sepatutnya kenakan pada anaknya sendiri , mengikut hukuman hudud , bila anak beliau sendiri berakhlak sebegini ?

Yang membaca boleh menilai sendiri justifikasi apa yang berlaku sebenarnya .












Tiada ulasan:

Catat Ulasan