Perkara Lawak dan Menyakitkan Hati di Malaysia


Ia jadi lawak kerana nampak sangat tak pandai mengurus dan mentadbir, bayangkan pula bila ia menyentuh isu keselamatan di Malaysia .

Baca link dibawah dan beritahu saya apa anda fikirkan dan rasa:
Lebih Banyak Pasport Palsu Dikesan

Anda telah baca ? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ?

Menteri yang sama juga semasa kes Lahad Datu tahun lepas mengatakan pengganas yang datang itu tidak merbahaya dan membiarkan pengganas itu berkampung diasana lebih kurang 2 minggu sehingga mereka boleh menyusun strategi dan membunuh polis Malaysia akhirnya , boleh ke panggil manusia macam ni menteri ?

Saya beri buktinya .




Sekarang bila ia melibatkan pasport senang dipalsukan atau senang lepas pemeriksaan imigresen di KLIA walaupun menggunakan pasport palsu , nak tau apa jawab pakcik ni ?

“Kesemua empat nama ada dengan saya dan saya sudah serahkan kepada unit risikan,” katanya.

Masalahnya perkara telah berlaku dan "the damage has been done" , bagaimana keselematan boleh jadi sangat longgar di pintu keluar masuk Malaysia .

Ini yang kita ketahui dan bocor kerana ada kes sebegini , bayangkan entah berapa puluh kali , atau ratus kali , atau ribu kali , atau juta kali  sebenarnya ,  yang telah lepas menggunakan cara yang sama , siapa boleh sahkan ini kali pertama sahaja ia terjadi ?

Sebelum ini kita juga kita dikejutkan dengan kes pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank wanita , dan dia sebenarnya seorang rakyat Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu dan berjaya menjadi pengawal keselamatan dan bebas menggunakan senjata api .

Penjenayah tersebut juga ada akaun bank Malaysia , begitu juga ramai kawan-kawannya yang lain .

Bayangkan betapa longggarnya keselamatan di Malaysia ini , semuanya "boleh dibeli"!

Buat apa ada menteri kalau kes-kes sebegini berlaku , bagi makan gaji buta je!

Setakat tahu komen dan bagi alasan selepas perkara buruk berlaku , letak sahaja lah jawatan sebagai menteri tu , memang tak layak langsung sebenarnya , makan gaji buta dan menghabiskan duit rakyat Malaysia sahaja .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan