Egois Sifat Tercela


Tanpa kita sedari media sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dalam diri kita kian hari .

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan , kalau ada barang baru, jangan menunjuk depan kawan , nanti kawan sedih nak beli juga tapi mungkin mak ayahnya tak mampu..

Kalau makanan ada sedikit , jangan makan depan kawan nanti dia terliur..

Betapa indah pembentukan akhlak kanak-kanak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain .

Tapi kini, tanpa kita sedari , melalui Facebook dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah atas alasan "share" .

- Beli barang baru , upload gambar
- Sebelum makan , upload gambar

- Perah susu banyak , upload gambar
- Dapat komisen, elaun atau gaji lebih , upload gmbar cek , slip gaji , slip bank
- Melancong kesana kesini , upload gambar
- Anak dapat result exam bagus , upload gambar buku penyata anak
- Dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan , kemenangan , "konon-kononnya" ....


Realitinya tanpa kita sedar atau memang kita tidak peduli kerana gejolak egois yang mencengkam jiwa , mungkin pada masa kita bersifat ego itu :

- Ada antara yang lihat gambar makanan yg kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan,
 

- Ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja
 

- Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang tidak seberapa
 

- Ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi kesengsaraan yang kita tidak sedari 

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"

"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang sedang papa kedana"

"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"

"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana."


Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia .

Ingat dosa pertama makhluk di alam ini ialah IBLIS kerana sifat TAKBUR atau RIAK , MENINGGI DIRI DAN MERASAKAN DIRI SENDIRI HEBAT , mahukah kita semua tergolong dalam kalangan begitu ?

FIkir dan nilaikan kembali , saya hanya berpesan dan mengingatkan , hendak terima atau tidak , bukan urusan saya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan