Berkesempatan menyaksikan persembahan Moq , ex-vokalis Search beraksi live di The Camelot , yang terletak di Royale Chulan Damansara , pada 12 April 2014 , pukul 10.30 malam hingga 2 pagi .
Sebetulnya 10.30 malam itu masih bertarikh 11 April 2014 , cuma endingnya selepas pukul 12 tengah malam , iaitu pada pukul 2 pagi , yang telah masuk hari baru iaitu 12 April 2014 .
Saya bersama 3 orang rakan lain menonton persembahan ini sehingga tamat , crowd memang Full House .
Moq masih menyengat selepas hilang dari pandangan saya lebih 15 tahun dahulu .
Bagi peminat Search tentu masih ingat , Moq menggantikan Amy untuk album SELEPAS BANJIR yang dihasilkan pada tahun 1999 yang dahulu .
Lineup asal Search pada ketika itu hanya tinggal Yazid .
Amy , Kid , Din dan Nasir telah keluar dari Search .
Vokalis diambil oleh Moq , lead gitar diambil oleh Shah Slam dan bassist ialah Zam yang saya tidak berapa tahu sejarahnya .
Lagu paling hit dalam album itu ialah KEJORAKU BERSATU .
Album ini tidak mengecewakan walaupun saya sebagai dia hard fan dari dulu sehingga kini .
Kemudian Amy masuk balik menganggotai Search dan semua lineup asal macam Kid , Nasir dan Din juga kembali .
Maka Moq, Shah dan Zam , menghilang terus selepas itu , hilang dari pengetahuan dan pandangan saya .
Shah masih jadi sessionist , kita boleh tengok beliau bermain di Astro selalu , sekitar tahun 2012 sehingga sekarang .
Rafi hilang tiada berita , dan Moq saya temui juga pada malam 11 April 2014 yag lalu .
Nampak Moq masih belum hilang sengatnya walaupun semakin berumur
Banyak lagu heavy dan high pitch yang dinyanyikan beliau , yang kebanyakannya ialah request penonton .
Sampai Moq buat lawak pada satu ketika , "Takde ke orang nak request lagu Broery ?".
Broery Marantika terkenal sebagai penyanyi yang bersuara garau dan low pitch singer , mungkin itu maksud Moq .
Ketika menyaksikan persembahan Moq itu , saya terasa rupanya "muzik Melayu" masih wujud di Malaysia pada tahun 2014 ini .
Tetapi muzik Melayu seakan tidak wujud lagi di Malaysia , bila saya melihat Youtube , TV , atau bila mendengar radio di Malaysia .
Saya rasa muzik melayu telah mati di Malaysia seawal Millineum dahulu iaitu bermula tahun 2000 .
Saya rasakan selepas zaman kegemilangan ROCK KAPAK , yang bermula sekitar tahun 1986 dan tamat selepas tahun 1993 , muzik Melayu di Malaysia semakin suram dan lesu , dan mati pada tahun 2000 yang lalu .
Boleh dilihat kebanyakan penyanyi yang lahir di Malaysia selepas tahun 2000 , akan menjadi deejay atau pelakon selepas itu untuk meneruskan kerjaya .
Muzik tidak lagi oleh dijual di mainstream di Malaysia yang penuh dengan birokrasi dan politiking .
Saya bertemu dengan ahli kumpulan yang agak popular pada awal tahun 2000 dahulu dan beliau menyatakan management radio sekarang perlu dibayar UNTUK MEMAINKAN LAGU MEREKA .
Beliau ada menyatakan radio mana tapi saya tidak akan nyatakan disini , dan bayarannya boleh mencecah RM20 ribu bagi satu lagu , mana industri Melayu tidak mati!
Situasi industri muzik Melayu mati di Malaysia tiada siapa pun peduli , ramai pemuzik dan penyanyi terpaksa beralih ke kelab malam , pub atau persembahan live untuk mencari rezeki , agak menyedihkan .
Mereka semua sangat berbakat dan SARAT DENGAN IDEA dan MELODI baru , malangnya tidak mendapat tempat dalam arus media zaman sekarang .
Selagi perkara ini tidak diperbetulkan , industri muzik Melayu akan terus berkubur di Malaysia , kubur yang tidak bertanda!
Untuk Moq , saya ucapkan maju jaya dan teruskan berjuang walaupun terus dipandang sepi , ROCK SAMPAI TUA bro.....
Saksikan video dari persembahan Moq dengan kumpulannya dibawah , membawakan lagu Pawana dan lagu hit Moq ketika bersama Search , Kejoraku Bersatu .
Pawana
Kejoraku Bersatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan