
Speedtest ialah satu istilah cara kita mengukur apakah kelajuan sambungan kita . Bila kita online , ada 2 perkara yang berlaku iaitu data yang dihantar dan data yang kita terima . Kebiasaannya data yang diterima lebih banyak daripada data yang dihantar .
Kerana iu juga dalam sesuatu sambungan internet kelajuan download mengatasi kelajuan upload . Download ialah bila mengambil atau menyedut data atau file daripada internet tak kiralah ia berbentuk movie seperti mkv atau mp4 , lagu seperti mp3 atau ra , fail seperti pdf , doc dan sebagainya .
Setakat ini kelajuan paling pantas dan stabil himgga le tarikh ini di Malaysia ialah UNIFI Telekom Malaysia iaitu 20mbps . Rekod paling laju di Malaysia sebenarnya di pegang oleh Celcom dan Maxis yang menawarkan kelajuan 21mbps . Malangnya kelajuan sambungan internet Maxis dan Celcom ini kurang stabil dan kurang mantap berbanding yang ditawarkan oleh UNIFI Telekom Malaysia .
Saya pula menggunakan pakej Streamyx Telekom Malaysia dengan pakej 4mbps . Download speed saya secara purata ialah 450kpbs dan upload sepeed saya secara purata ialah 60kbps . Kbps ialah kilobytes per second manakala mbps pula ialah megabytes per second .
Boleh lihat kan perbezaan antara speed download dan upload saya yang sangat ketara . Download speed saya lebih pantas hampir 7 kali ganda dari kelajuan upload saya .
Biasanya speed download ialah 1/10 dari kelajuan speedtest . Contoh , seperti saya , speedtest saya biasanya ialah 3.9mbps .
Saya tahu ramai dah tahu mengenai apa itu speedtest di Malaysia ini . Tutorial ini target odiennya ialah pada yang masih baru dalam dunia internet atau yang dah lama tetapi masih tidak tahu apa itu speedtest .
Ada banyak web untuk speedtest di internet , ada dari luar negara dan ada dari Malaysia sendiri . Biasanya saya menggunakan laman speedtest dari Malaysia yang disediakan oleh Maxis , Celcom dan P1 .
http://speedtest.maxis.com.my/page1.html
http://speedosht.celcom.net.my/
http://speed.p1.com.my/
Manakalah penyedia laman luar negara antara terpopular yang saya gunakan selalu ialah speedtest.net .
http://www.speedtest.net/
Anda juga boleh google untuk mencuba laman lain yang menawarkan perkhidmatan serupa dan ianya percuma . Selamat berjaya .
thanks for share...
BalasPadamNo problem bro Aully , sharing is caring
BalasPadam